D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

Carian tulisan terdahulu

Final pregnancy Story

Assalamualaikum...

Agar tidak lupa, momy decided to jot a few things on this pregnancy here.
Happy reading!

First & only UPT done: 3 Januari 2017

Period belum lambat tapi mami saspek mami peknen sebab seperti 2 pregnancy sebelumnya, waktu awal pregnantkan Zunur Ajdaa dan the little angle, czer scar mami teramatlah sakit bagai diregang-regang. So kalau ikut waktu tu dah lebih kurang 4-5 minggu few days lah camtu. So kita biarkan sahaje tanpa berharap memandangkan kisah the little angle dulu pun pergi dalam minggu-minggu yang macam tu... Selepas 1 minggu kitorang tahu kewujudannya. So kita wat lek wat pis dulu.

Mami panggil ayah dan tunjuk double line. Lepas tu cukup situ.
Waktu tu cuma fikir satu benda je.
"Aik, cepat sangat dia mereh dengan jayanya. Baru 5 minggu kot..."
Tapi takpelah sebab malam sebelumnya memang dalam tahajjud mami doa, kalau betul peknen, tunjukkanlah segera dan permudahkanlah urusan-urusan selepasnya...

Ok one chapter done. Lega. Pregnant. So momy stop immediately makan Alfalfa tu.
So decided to buat booking a bit late lah sebab nak bg diri bertenang2 dahulu berenang-renang ketepian.

Alahan bermula: Wemg bagai nak rak sepanjang hari

Ye, sangat teruk sampai mami selalu tanya kat ayah kenapalah teruk sangat ni.

On CNY, kami balik kampung seminggu dan mami tak menunjukkan tanda-tanda akan pulih.
Dengan pregnancy asthma yang dihidap sejak kandungan kedua dulu, alahai complicated rasa hidup di dunia ni.
Teruk sampai tahap bau jiran masak pun mami boleh menangis-nangis.
Lain sangatlah masa pregnantkan Zihni Aflah & Zunur Ajdaa dulu.
Yang jiran tu pon... biasanya masak xde pon semerbai berbau satu bangunan... kali ni la dia nak masak kamain bgtau jiran... Dosa tau dah bau ni tak bagi! Hahaha

Kali ni mami mengalami keputihan melampau dan sangat membimbangkan sebab banyak gila dan busuk. Gatal of coz lah. Selama ni Alfalfa Shaklee penyelamat bumi tapi sekarang mami mampu telan Bcomplex, Vitac Plus dan Ostematrix je tu pon paksaan tanpa kerelaan.

First pregnancy check up: 6 Februari 2017

Sebulan 3 hari berselang. The day has come. So mami pergi la buat check up kali pertama pada usia kandungan 10 minggu 1 hari, menumpang Zihni checkpup 5 tahun dan Zunur 2 tahun setengah.

Banyak pulak prosedurenya tahun ni berbagai-bagai.
Lastly nurse hantar buku untuk scan.
Eh, pelik pulak kena scan ye?
Ye, sekarang ni 1st boking memang kena scan... Kata nurse yang memang attend mami sejak peknenkan Zihni 6 tahun lepas.
So ok, lets kita scan perut.

Tot tet tot tet, doktor tu suruh baring.
Dia pun mula la scan,
Ayah dan kakak-kakak dah keluar makan nasi lemak dan main gelongsor.
So me alone menengok doktor itu kamain lama scan dengan muka berkerut-kerut.

"Apesal doktor? Saya tak mengandung ke?'

"Aik? Kenapa pulak? Datang period ke?" Dia menyoal balas.

"Eh takdelah... Dah lame kebeno ni kerut-kerut dahinya, Ade ke idok baby tu?"

"Ade ni ha... DUA!"

"Whatttt???"

"Iye ni ha cuba awak tengok ni. Satu... Dua..."

"Ai doktor kot iye pon, satu kepala satu bontot kan tu."

"Oi mak! Takkan bontot berdegup-degup. Cuba tengok ni."

"Masya Allah... Masya Allah... Masya Allah..."

"Dan saya tak nampak membran tengah-tengah ni which I am certain that baby ni KONGSI KANTUNG, KONGSI URI."

"Masya Allah... Masya Allah... Masya Allah..."

Dan itulah sahaja yang momy ulang-ulang sebuat sehinggalah momi keluar bilih dokyor tu dan jumpa ayah & kakaks.

Lepas scan, doktor sambung tulis.

High risk ni katanya sebab dah ada 2 prev scar dan dgn masalah prolapsed disc mami tu bagai. Doktor minta perhatikan kalau-kalau warna scar atau kulit sekitarnya berubah biru, bimbang ruptured ovary, nauzubillah...

Tapi doktor ni positip ya ampun. Dia cakap "takpe, kita boleh wheel-chaires nanti kan" sambil senyum. Gila hahaha

Doktor dan para nurse semua happy. Mami masih blank.

"Aik, kenapa tak hepi pulak dapat twin?"

"Eh bukan... Saya tengah nak digest ni. Betul ke idok ni doktor?"

"Hmm... taknak percaya saya, takpe..."
Hek eleh pura2 merajuk pulekkkk...

Setel semua, mami keluar mencari ayah dan kakak.

Tersengeh-sengeh, terus tunjuk isi dalam buku pink.

"B... Baby ada DUA!"

"Hah?"

"Ni... satu. dua,"

Pastu laki aku terus senyum-senyum ajak pergi the curve.
Apakah? Hahaha

60.0 kg @ 10 weeks 1 day pregnant

Alahan semakin pulih


Alhamdulillah, masuk minggu ke 12, alahan makin pulih dah dah boleh kembali ke dapur.
Terjawablah teka teki kenapa teruk naw kali ni.
Kata orang, semua jadi double sebab ada 2 baby.
Allahualam...

0 precious comments: