January 8, 2018

Tahfiz Cilik: Rahsia Menghafaz Sejak Kecil

Dalam minggu lepas ada viral kan kisah adik comel Ahmad Ziyyad yang hafal 42 surah pada umur 2 tahun lebih tu kan. Masya Allah.. Dah lah comel, hufaz pula!


Cari-cari di FB, terjumpa posting uminya. Rupa-rupanya sejak kecil lagi adik Ziyyad ni dah dijauhkan daripada gajet, Selain daripada bacaan umi dan ayahnya, Ziyyad juga didedahkan dengan surah alQuran daripada buku bercakap!
Buku bercakap? Ada ke? Tak percaya cuba baca tulisan umi Yadd ni.


Ya! Buku boleh bercakap. Masukkan je tiga biji bateri dan boleh la buku tu jadi kawan adik Ziyyad. Dibawa ke hulu ke hilir dan dengar. Proses berulang- ulang ni rupanya telah menjadikan Ziyyad seorang hafiz muda.


Tahniah untuk umi dan ayahnyanya. Kalau anda semua nak dapatakan buku bercakap macam kepunyaan Ziyyad ni, boleh hubungi saya sebagai pengedar sah Ebookku Islamic Special Edition Mommyhana. KLIK SINI UNTUK MEMBELI EBOOK.


x

Buah tangan 2018


Bagi yang belum berjumpa, jangan lupa dapatkan buah tangan saya tahun ini ya. Moga-moga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

SETAHUN YANG INDAH

Assalamualaikum.

Lamanya!
Lama sangat-sangat tak menulis.
Tapi hari ni Allah izinkan untuk menyapa kembali laman ini yang pernah sutu masa dahulu menjadi medan luahan hati dan perasaan yang tidak matang-matang. Sigh! Malunya jika dibaca semula tetapi biarkanlah ia menjadi pengalaman dan peringatan untuk lebih mendewasakan. InsyaAllah.

Sebelas bulan yang magis telah berlalu. Sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka magis ini berlaku terhadap saya, suami dan anak-anak kami. Membaca entry pertama tahun lalu, teringat saat pertama kali mengetahui ada dua heartbeat di dalam rahim. Kandungan keempat, anak ke lima dan enam. Eh? Macam lain kiraannya hehe

Betullah...
2012 saya lahirkan Zihni Aflah
2014 lahirkan pula Zunur Ajdaa
2015 Allah izin menjadi ibu susuan Nur Imani Alya
2016 keguguran si wildan syurga
2017 melahirkan si kembar Zayda Azra dan Zawra Afra

Saya buka tahun 2018 dengan penceritaan semula kisah melahirkan si kembar di bilik bedah MHKL tetapi sebagai POV3. Teringin nak baca? Klik sini ya!

Sehingga kita bertemu lagi. Semoga blog ini berseri kembali. Eh!
Saya perlukan sedikit rehat. Pagi nanti perlu bawa si kembar dan dak Noy untuk temujanji klinik. ZAs the twin dah 5 bulan usianya. Kena jab esok huhuhu...

Assalamualaikum.

February 22, 2017

Sorry seems to be the hardest word

😭😭😭

Mami marah Zihni.
Dia susun kerja mami yang bertimbun tu.
Susun cantik-cantik dengan niat nak tolong kemas. Tapi...
😓

Kepantangan mami is orang usik kerja mami sebab benda tu bukan sepah tetengah alam pun, kat atas meja yang orang lain tak guna.
Plus, minggu lepas baru je si ayong buang one of the important sheet yang memang publisher pesan tolong jangan hilangkan yang ini ye.
So memang petang tu mami agak kasar, jerit kat Zihni.

Kenapa kakak usik work momy?
Kan mi dah pesan work mi ayah jangan usik.
No susun. No alih.
Biar situ dia tak kacau sape-sape kan?!

Mami bebel sambil mami rearrange balik kertas yg bercampuran tu 😭😭😭 dan Zihni pergi duduk depan tv, masam mencuka.

Pastu mami ke dapur, basuh pinggan.
Menyesal.
So mami stop basuh pinggan, ke depan dan duduk sebelah Zihni.
Mami peluk bahu dia.

Mi minta maaf.
Mi tahu kakak anak yang baik dan nak tolong mi kemas.
Tp kakak boleh kemas banyak lagi benda lain.
But not my works and not ayah's work.
Mi tahu Zihni sgt rajin dan suka tolong momy.
Ni mainan kakak yg sepah-sepah ni, lagi bagus kakak tolong mi kemas ni.
Mi minta maaf, ok?

(No respon)

Kakak, momy minta maaf ye 
Terima kasih sebab tolong kemas.
Tapi nanti kakak jangan kemas work momy lg ye.

(No respon)

Momy minta maaf.
Kakak maafkan momy?

(No respon)

Ok. Mami surrender.
Mami basuh pergi sambung pinggan dan Zihni tiba-tiba menangis dan lari masuk khemah.

Selesai basuh pinggan, mami masuk bilik nak mandi.
Zihni masih nangis diam-diam dalam khemah.
Mami tak tahu nak respon macam mana.
Mami decide nak tungu dia berhenti,
Lepas tu kita girls talk.

Tiba-tiba, dia masuk bilik.
Slowly datang dekat-dekat mami.
Pastu berdiri depan mami.

Dia diam.
Mami diam.
Lama...

Then mami tanya.

Kakak marah momy?
Dia geleng.

Kakak dah maafkan momy?
Dia angguk.

Mami hulur tangan.
Dia sambut, cium n terus peluk mami.

Terima kasih kakak, sebab maafkan momy.
Dia peluk mami makin erat.
Pastu mami ceramah sikit lagi pasal kenapa tak boleh usik work momy & ayah.
Dia angguk.

Kakak minta maaf momy.

Mami senyum.
Mami maafkan kakak!

Dia keluar keriangan, sambung tengok tv dengan Zunur.

😭😭😭😭😭

Mami rerfikir... 😭😭😭

Ya Allah, anak aku yang kecik ni pun dah mula susah memaafkan orang lain.
Aku ke yang tunjuk contoh tak baik ni? 😭😭😭


February 9, 2017

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?


Terserempak give away ni which macam sesuai sangat untuk insan-insan yang nak kembali menulis macam saya.

Jadi, ayuh kita penuhi permintaan cik puan penganjur untuk memperkenalkan diri secara ringkas.

Bagus juga, pembaca pun boleh refresh semula tentang momy dan pembaca baharu boleh kenal juga siapa momy :)
10 years of blogging hahaha

Mempunyai pelbagai nick name hasil pecahan nama berdaftar yang amat panjang iaitu
BASRIPUZI NURULADILA BINTI HASSAN BASRI

So nak panggil apa?
Boleh panggil dari sependek-pendek D sehingga sepanjang-panjang Basripuzi :)
Family panggil Angah, bffs sekolah rendah panggil Adila, bffs sekolah menengah panggil Seri, bffs kat u panggil D, Dil, Cik D dan kebanyakannya menanggil Adila, Dila, Nurul, Asrie, and as formal as Basripuzi
Ikutlah janji angpa suka kawan ngan cheq...

Married in 2011, sebulan selepas pembedahan tulang belakang akibat prolapsed invertebrate disc atau slipped disc.

Blessed with 2 girls born alive, an adopted baby girl for breastmilk (anak susuan), another baby up in heaven waiting for momy & ayah... dan now blessed with mo-mo twin in the womb insyaAllah...

Turns 32 in the middle of this year, jika panjang umur hehe...

Surirumah sepenuh masa, penulis dan editor bebas separuh masa.
Peniaga online juga. Boleh tengok jualan saya di instagram.
Trusted seller since 2011. insyaAllah

Ok apa lagi ya?
Ringkas dah kot buat masa ni hehe...

Jadi jangan lupa follow IG dan like page momy ya!

Semoga murah rezeki penaja giveawaynya :)

Assalamualaikum

February 8, 2017

Pertama: 2017

Assalamualaikum...
Lamanya tak menulis...
Lama sungguh!

Siapa sangka menjadi surirumah ni penatnya 48x ganda berbanding ibu bekerjaya...
Jadi saya tidak mahu bercerita tentang hidup sebagai ibu yang bekerja dari rumah pula haha
Ngerinya... Biar saya hadap sendiri!

Entry pertama dua sifar satu tujuh...


Nah, untuk entry pertama ni, tatap puas-puas wajah ibu mengandung 10 weeks with monoamniotic monochronic twin hehehe

Doakan kesihatan dan keselamatan kami bertiga serta ayah dan kakak ZAs ya!

Terima kasih semua!

July 16, 2016

of 731 days: tamat kontrak

Alhamdulillah...
 
 
 
Sincerely,
post signature
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers