D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

September 24, 2007

cerita ceriti minggu lepas yang pening

Satu petang last week aku tengah agak-agak khusyuk jugak la study programming tiba-tiba bucuk call. What a shocking news dia cakap dia kena tukar ke Kemaman on 1st October huhu... Ape bucuk cakap ni???!!! Aku tak leh nak cakap pape dah lepas dengar tu selain asyik sebut "jauhnye... jauhnye..." sambil tergelak-gelak (tak tau kenapa mesti gelak) sampai dia pun dah malas nak cakap ngan aku dah. Tiba-tiba aku rasa macam bapak la jauhnya orang tua tu dari aku nanti. Sedih tu tak de la sangat tapi macam cannot go je and lepas tu aku termenung aje sampai la berbuka puasa.

Aku call la my kezen. Bleh lak die gelakkan aku terkekeh-kekeh. Hampeh tol! Kawan-kawan aku pun pakat gelakkan and perli-perli aku je sambil berbuka. Tau la Kemaman tu takde pape selain The Store tapi bleh buat duit ape huhu... Malam tu aku suruh dia call mak dia tanya apa mak dia cakap. Dia ni kalau tak disuruh nanti esok nak pergi hari ni baru sound mak dia. Tak ke terkejut makcik tu nanti huhu. Lepas tu mak dia kata pegi je la, bukan takleh nak tukar semula pun sooner or later. Btol jugak ape yang mak dia tu cakap tapi dia tu yang sebenarnya aku rasa macam taknak g je. Dah bosan kot belajar kat area-area sana, keje pon area-area sana. Ha, pape la yang penting takde kerja takde duit! Hahaha (aku memang RM RM sket, mahap la kawan-kawan)

Esoknyapagi-pagi dia call aku. Dapat lak lagi satu offer keje kat Shah Alam. Aku lak yang tersengeh-sengah hihihi... Dia pun macam suka je pasal kawan-kawan dia pun ramai kat situ. Terus je aku tanya dia nak quit ke kerja sekarang ni. Ye la, kan company lain-lain. Pastu dia cakap dia nak g discuss ngan bos dulu pape hal pon. Tapi ada la dia cakap kat aku, dia lagi tertarik yang 2nd offer walaupun gaji kureng sikit la compare ngan yang dia akan dapat if dia transfer nanti. Hehe tibe-tibe aku rasa mcm kelakar je sal mesti dia cuak-cuak nak bgtau bos sal bos kan sayang dia, takut la bos tak kasik lak nak berenti keje.

By dat time aku rasa aku lebih prefer dia keje kat Kemaman tu. On my materialistic side la, kalau dia dok sana dengan basic mcm tu takexclude alaun, hihihi tahun depan bleh la belikan aku kete sbijik hahaha (tu jahat secara halus la kn...). Kalau duduk sini, bapak la banyaknya dugaan dan cabaran pastu mesti tak leh nak saving. Kalau saving pun sikit la tak sebanyak yang dia boleh buat kat sana. Tapi bile pk dia bagi aku kata dua nak dia balik office hour ke nak dia balik malam kol 10, aku lak yang macam terdilema huhu. Tapi bila balik memikirkan sal duit tu (gelak jahat) aku rasa aku memang sanggup la dia g Kemaman. Biar la jauh pun tak pe... hihihi zaman sekarang ni money sometimes can be everything babe!

Dipendekkan cerita, dia akhirnya decide nak quit and tak jadi g Kemaman tu. So the conclusion is dia akan start keje kat sini minggu depan. Aku? Tak tau la nak kata seronok ke tak. Dua-dua perasaan ada maklum la semua perkara tu kan ada pro and cons dia. Seronok jugak sebab dia dekat. Tak seronok jugak sebab tak leh aku nak menjahat (hahaha gelak jahat lagi!!). Yang aku tau sekarang ni aku dah memang tak sabar-sabar nak keje mcm bucuk. Bestnyer... Bleh pegang duit sendiri. Syok kan kawan-kawan?!


~~~~~~~~~~~
P/S: Sejak akhir-akhir ni susah betul nak memblog. Ade je perkara-perkara lain yang buat aku tak bisa memblog huhu. Balik rumah langsung la takde feel nak blog, on je PC, mula la beratur panjang insan-insan yang nak tunggu turn. Tak reti-reti nak on sendiri ke masa aku taknak guna? Huhu tetiba lak emo hihi


0 precious comments: