D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

January 14, 2008

kasihnya mak... sayang ayah...

semalam, baru balik dari rumah sebenarnya. ada mak, ada ayah, ada adik.
hari ni, rindu sangat-sangat la pulak, entah kenapa...

my malaysian idol, mak n ayah, both!

sejak kecik aku memang rapat sungguh dengan ayah. kadang-kadang macam kawan. kawan-kawan pon cakap macam tu. maybe sebab aku lahir masa ayong, kakak aku yg sulong baru setauhn tiga bulan. pulak tu asyik sakit-sakit aje. seingat aku la, ayah panggil aku adik sampai darjah 4. tapi kadang-kadang je la. aku lak anak pompuan bongsu ayah... lagi la pulak kan... sampai sekarang pon, kadang-kadang ayah main-main dengan aku macam budak-budak. gosok-gosok kepala. god, for me it is a bless! kadang-kadang, aku dapat banyak benda yang ayah tak bagi kat adik beradik yang lain. bukanlah maksudnya ayah pilih kasih lak tapi selalunya aku la yang paling pandai bodek ayah. kan anak ayah...

tapi sekarang, aku selalu jauh, keterreran aku tu diambil alih lak oleh si adik. tapi kalau dah dua-dua orang ada kat rumah, haru jugak ayah nak menunaikan permintaan bukan-bukan kitorang hihi. paling best, ayah suka bawak jalan-jalan. jauh ke dekat ke, mesti bawak kalau takde urusan penting. dulu, zaman muda-muda, selalu ayah bawak g outstation. seronok sangat. mandi laut... jalan-jalan... paling seronok bila ayah kata boleh ponteng sekolah. tu lah saat yang ditunggu-tunggu. nasib baik anak-anak ayah yang selalu ponteng sekolah ni dapat nombor 1 je tiap-tiap kali preksa. tapi sekolah rendah je la... huhu...

dengan mak tak berapa rapat sangat kecik-kecik dulu. ye la, aku ni kinda tamak sikit. bila ayong n adik-adik semua rapat dgn mak, aku sebok-sebok la kat ayah. tapi bila dah besar-besar, rapat jugak dengan mak. macam kawan. kawan baik. semuanya cerita dengan mak. paling seronok bila dah besar-besar ni mak lantik aku js akauntan dia. hihi bestnyer kalau diberi kepercayaan nak-nak lak bab duit ni kn... mak selau treat aku macam orang dewasa. kianya balance jugak la hidup. kalau ayah main-main macam budak-budak, mak naturalkan balik utk jadi dewasa balik. seronok kan mak dan ayah aku?

seingat aku, setiap kali aku sakit, sejak kecik sampai sekolah rendah, ayah mesti tidur sebelah aku. sampai sekarang pon, kalau aku sakit, mak n ayah tak tidur nyenyak, siap standby depan pintu bilik aku malam-malam, takut-takut kalau tak bangun-bangun kot. kadang-kadang tengah-tengah malam ketuk pintu tanya aku oke ataupon tidak. terharukan? kesian mak dan yaha aku. aku lah anak yang paling susah nak dijaga. tapi takpe.. anak kan anugerah... nak-nak pulak anak yang sorang ni... anugerah tak ternilai ni... hahaha

bila dah besar, selalunya aku tak mampu hadapi kegagalan tapi mak n ayah selalu kata, cuba lagi, kalau bukan rezeki kat sini, ada benda lain yang akan bagi kejayaan. ayah bacakan kitorang sekeluarga yassin setiap pagi. aku tak mampu lagi untuk buat begitu tapi alhamdulillah setaip kali lepas solat, aku belum pernah lupa doakan kesejahteraan mak, ayah dan keluarga kami. setiap kali aku telefon dan menangis, mak mesti buat sesuatu sebab mak tau, anak
mak yang ni memang suka menangis tak tentu pasal. jiwa kacau la tu...

tahun ni, perubahan bakal berlaku dalam keluarga kami. tak sabar tunggu semuanya. cuma harap-harap aku tak sememeh macam dulu lagi. hihi

rindunya kat mak dan ayah....

0 precious comments: