Mac... April... Mei... Tiga bulan berturutan, aku mimpikan arwah atok.
Arwah berkata-kata dengan pandangan mata. Ada mesej tersirat, aku berunding dengan sepupuku; seorang ustazah *rock*.
Dia kata, mimpi tak bersuara tandanya roh arwah betul-betul datang "bertemu" kita. Di pesannya lagi, "Kita kena banyak bersedekah, untuk arwah!"
Seingat aku, jarang-jarang aku putus sedekah untuk arwah suami isteri. Mungkin, mungkin masih belum cukup...
Bulan lepas mimpi paling "kronik", buat aku bangun dan terus tanya pada emak yang sedang sediakan sarapan, "Cuba teka mimpi angah malam tadi?"
Tanya emak balik, "Mimpi atok lagi?" dan terus cerita pada ayah yang baru tamat bacaan yassin selepas subuhnya.
Aku dengar emak cakap pada ayah, "Abah sedih tu sebab tau apa jadi pada anak dia (merujuk adik emak yang ke-4) yang sorang tu!"
Lepas tu cerita tersebar sampai ke telinga makcik pakcik di bandar.
Ramai-ramai pakat buat solat sunat dan baca yassin, moga-moga arwah tenang di alam sana.
Kenduri arwah? Masa sekarang belum mengizinkan aku kira.
Bila bukak cerita dengan sepupu-sepupu, ada yang sedih sebab katanya, "Sejak atok meninggal (Ogos 2002), tak pernah sekali pun aku mimpikan atok."
Sedikit bangga, aku menjawab, "Aku selalu jugak tapi dh lama la tak mimpi arwah opah (meninggal Ramadhan 1992). Mimpi dulu pun dah tak ingat ape cerita."
Sepupu aku membalas pulak, "Kira bagus la kau PERNAH dapat mimpi tu. Hensem lagi tak atok kita?"
"Of course la, babe!"
Semalam aku mimpi lagi. Tapi bukan atok!
Betul ke mimpi tanpa suara tandanya roh kita sama-sama sedang bersua? Kalau pasti, seronoknya!
Kadang kala mimpi seronok bagus juga. Selalu buat aku dah tak rela untuk sambung tidur lepas subuh. Ada juga faedahnya mainan tidur begitu!
Nak tahu mimpi apa? Makan malam dengan kekasih lama *LOL*
Seronok juga... Makin hensem dan bergaya *LOL*. Maklumlah mamat poket besar sekarang. Kabarnya belum bercalon, siapa berminat boleh la mintak nombor telefon!
Tapi bila dah besar-besar macam ni, mimpi-mimpiku selalunya ala-ala realiti *fake reality*
Teringin jugak mimpi cerita hantu macam zaman-zaman hingusan dulu!
Filem-filem seram sekarang pun banyaknya berakhir dengan mimpi. Penipu betul. Mana ada orang dewasa mimpi hantu lagi zaman moden macam ni!
Penat aku tonton cerita seram, tidur malam tak muncul-muncul jugak. Tak thrill langusng kalau asyik mimpi jiwang. Sekali sekala nak juga. Tapi kalau hantu betul-betul, aku surrender!
Masak pizza guna wrap | cepat dan sedap!
5 hours ago
0 precious comments:
Post a Comment