October 22, 2008

request org ramai...

sudah lame malas memblog. alasan sy? TIADA HATI! hahaha alasan tipu! sebetulnya, macam2 nak cerita tapi sy dikekang waktu. ramai mengutuk chenta, kaseh, duka & lara saya ini dah bersawang. ye, memang saat inni cinta dan kasih syg sy sedang sy biarkan bersawang penuh, biar tertutup segalanya. aduh, ayat makan dalam nampak! okelah, mari dengar cerita saya!


CERITA RAYA

bulan oktober bulan raya. bet, sy belum bercerita kisah2 raya saya kan? gambar2 raya pertama bisa dianalisis di laman friendster sy. gambar2 open house dan segalanya tak sempat dirakam lantaran kami semua sibuk menyuap kantung2 selera sendiri yang teruja dgn jamu2an yang terhidang. hmmmm raya tahun ni, tak cukup duit minyak la jugak menghadiri open houses kawan & lawan. ups!

ry tahun ini, sambut di rumah mak dan ayah, macam tahun2 sebelumnya juga, selepas arwah atok dan opah pulang ke pangkuan illahi. lepas sarapan raya, sesi memohon kemaafan dari ayah bonda. kalau tahun lepas, sy memohon didoakan agar berjaya menghabiskan ijazah seterusnya bekerja, tapi tahun ni giliran saya yg julung2 kalinya, menghulur duit raya buat ayah bonda kekanda & adinda2 sy. pengalaman pertama... sweeeet! lepas sembahyang raya, sekeluarga kitorg bersama2 adik2 ayah melawat kubur arwah atok & pak teh. sedih... pak teh, pakcik paling sy sayang! lepas segala yg peting2 selesai, mcm selal, rumah tak putus2 dilanggar tetamu sampai raya ke tiga.

raya tahun ni, pertama... kedua... ketiga... sy setia menunggu di rumah orang tua sy. khabar hampir gembira, ada org 'terdekat tapi paling jauh' bakal2 bertandang, macam raya tahun lalu juga. sy seronok dalam hati, seronok sendiri2. manakan tidak, khabar terdengar dari mulut empunya diri. maka, sepanjang tiga syawal tu, sy setia menanti tetamu yg memang ditunggu2, lengkap berbaju raya baru, takut2 tetamu tu datangnya surprise macam tahun lepas. tapi sy memang betul2 tersilap. manakan ada sang kucing tumbuh tanduknya. manakan bisa rembulan turun, jatuh ke riba. dan jadilah saya, perempuan yg kehampaan, syawal tahun ini.

maka pagi2 raya keempat, saya membawa diri dan hati ke kota metropolitan, pusing2 kl & selangor sampai tengah malam. esoknya awal2 pagi saya lari balik ke kuantan. walaupun saya cuti sampai raya ke enam tapi biarlah sy beraya dengan astro, sekurang2nya saya tak perlu penat2 bersiap siaga, menanti buah tak pernah akan gugur.

raya ke 7 sy mula masuk opis semula. bosannya.............. hari2 terakhir seorang seniman la jadinya sebab budak2 saya bakal2 final exam minggu depan. tak terkejar! Hujung minggu tu, sy 2 hari ke tapak perkhemahan, melawat kadet2 bomba. on & off ajelah. byk jugak pengalaman baru, paling best kena handle student yg histeria. alahai cik adik... dok hutan tu, jagalah adab sopan! lepastu sy semakin sibuk memenuhi jemputan open house2 wajib kawan2 seopis. isnin, sambung kerja semula... all out sampai khamis! balik kerja petang khamis, saya lembik!

jumaat yg cuti itu, sy berjalan kaki ke klinik belakang rumah... sedih pulak! baru sy terfikir, saya kurang rehat 10 hari berturut2! lusanya, rumah sepupu sy berkenduri. & open house. ramai gile yg datang. tak pasal2 hari tu sy yng asyik berbaju kurung je ke kolej, dressing dgn bagu raye ala2 tak kurung sangat la kan... alamak, kantoi ngn ustaz2 yg datag! malamnya, saya terbaring! hahah, bukan sebab kenduri lah! sebab sambung demam khamis tu sebenarnya... tapi malam yg demam itu, tuhan maha tahu telah menguji saya, ujian maha hebat buat tahun ini (sy kira) yg masih belum sampai ke penghujung. ***hmmmm check-it-out kisah saspen ini dalam entry akan dtg (kalau sy rs mcm nk berceritalah!)

hari ni, sy masih demam lagi, tapi tetap jugak masuk opis. student sy bakal2 exam 28 & 30hb. alamak, paper 1st la pulak! so kawan2, doakan anak2 didik sy lulus erk! kasi chance la lulus, kang nk target 4flat kang, jauh sgt la pulak! kepasa anak2 muridku yg sebok2 nak bergambar semalam, sory la saye bz sikit. carry marks sy dh post kat board oke! selamat berexam, jgn lupa bawak kalkulator!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers