April 20, 2009

April Full

April datang lagi!!
1 April lepas anda terkena April fool?? Heheh, saya tidak!!
Tapi April 2009 ni.... April full untuk saya...
Sabtu dan Ahadnya yang pertama saya ke Pulau Pinang atas urusan pejabat.
Minggu berikutnya (minggu lepas) saya sepatutnya bersama-sama seantereo rakyat jelata Kuantan meraikan kedatangan PM baru Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Minggu depannya pula, saya (dengan secara paksa( dan terpaksa)relanya) perlu ke BTN di Kem Kuala Lipis.
Cuba lihat kawan-kawan, sepertinya tiada weekend bagi saya bulan ini, bukan?
Oleh yang demikian, saya telah mencalonkan diri saya kepada Encik Ketua Jabatan dan Puan Dekan saya untuk excuse perarakan minggu lepas atas alasan keluarga. **Kalau boleh nak je argue kenapa saya perlu bekerja 30hari sebulan??? Huhu tapi sebab sedar diri ni masih hingusan kat opis ni, so buat-buat redha, sudah!
Oleh yang demikian, Sabtu dan Ahad yang lalu saya habiskan sepuas-puasnya melawat Kuala Lumpur hihihi (skema gaban!)... Oh, KL! I miss you!!!!
Guess what?
.
.
.
.
.
.
Shopping~~~~
Dan saya yang masih belum habis qada' puasa Ramadan yang lalu sudah bersiap siaga dengan 2 pasang baju raya untuk tahun ini!!! Hihihi, perlu tak pasangan yang ke-3, 4, 5... dan seterusnya?? Hiiiiiiiii **Encik Mohd mungkin terkilan kerana tanpa kehadirannya, saya telah bershopping sakan! Kalau Encik ade, pasti kite balik awal dan saya tak boros begitu, kan?! *sigh*
Rindunya zaman blajar-blajar dulu. Window shopping on Friday! Wow, that's our fav!! Sekarang.... Alahai susahnya nak berkumpul enam sekawan! Anyway, thanks God walaupun "ngedate" plan terpaksa di cancel oleh Encik Mohd saye last minutes tapi saye telah pergi shopping dengan Pooja & Cik Aan! Hahahaha Ima, ko bile nak turun KL? Pooja ajak shopping lagi!
So, overall saya puas hati! Walaubagaimana pun, raya lambat lagi tapi tailor saye dengarnya macam dah taknak amek tempahan huhu... Takpe, bulan depan I turun KL lagi p pujuk you, okay?!
Dengan ini, sekembalinya saya ke Kuantan, bererti berakhirlah episod shopping sakan buat kali ini dan marilah kita sama-sama bekerja keras untuk mencapai kejayaan saving account kita....
"Hidup ini umpama roda....."
Kerja kuat bererti duit
Duit bererti enjoy
Enjoy bererti lupakan masalah
Lupakan masalah bererti happy
Happy beerti shopping
Shopping bererti duit habis
Duit habis bererti kena kerja kuat semula!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers