May 4, 2009

Dimanakah cantiknya seorang wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam…
Atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja…
Boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis…
Atau yang sekali-kali memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan anak-anak…
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan…

Sejuta perkataan belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan wanita… Dan kitalah wanita itu!

Panjatkanlah kesyukuran terhadap Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan itu. Namun betapapun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram… Mata akan kelam… Tapi satu saja tidak akan di makan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman…
Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita kerana jiwanya lemah, fikirannya cetek sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan -kecuali wanita beriman.

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers