September 17, 2009

Selamat Hari Raya semua....

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a daripada Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang bangun beribadat (dengan tahajjud atau sebagainya) pada malam dua hari raya (Adha & Fitrah) dalam keadaan ikhlas serta mengharapkan keredhaan dan pahala daripada Allah s.wt., nescaya hatinya tihak akan mati pada hari semua hati makhluk mati (kerana banyak melakukan dosa & maksiat)."
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1772)
Namun, hadis ini disifatkan sebagai hadis dho'if. Walaubagaimana pun, menurut Imam an-Nawawi dan lain-lain ulama muktabar, hadis dho'if boleh diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amal dengan syarat-syarat tertentu. Renung2kan dan selamat beramal!!

Petang ini mahu balik raya!! Selonot! Selonot!
Kat opis tinggal 5 orang sahaje. Saye, Mariam, Kak Ecah, Cik Apis & Cik Din. Ni citer department saye sahaja. Anda semua rasa department orang lain yg lebih sikit bilangan manusianya dari SPP ni tinggal berapa orang? Hihi
Tu pon Cik DIn dah pergi ntah ke mana... Dia pon cakap kn hari ni hari "mengulo" sedunia...
So kami pompuan2 bertiga ni nak g shopping lepas ni! Yeeahaaa! Las kopek b4 raye.
Ala, students pon semua dah balik kampung semalam huhuhuuuuu (what is d purpose of lecturers coming to work today & tomorrow, huh?!)
Sebelum shoping shipong, saya pindah dahulu. Pindah ke meja kak juju yang dah dua bulan kosong. Hehe tibe2 dapat space gile kentang besar pulak cik dila! Dapat PC jugak! Yeay!! So kalau malas nak angkut laptop nanti, ade la jugak sumber internet & nak wat keje skolah... My space tu pulak? Heheheh saye & mariam announcekan sebagai "SMOKING AREA" hihihi mesti Dato' H suka ader smoking area lam kolej ini!! Kompom saye & mariam naik pangkat pas ni hahah!!
So oke lah, time utk mencari ape yang belum cukup untuk berhari raya.
Selamat hari raya kepada semua.
Maaf zahir & batin, mental & emosi to all ya!
Berhati-hati di jalan raya juga! (Esok midnite sampai subuh tol free kan?! hihi)
P/S: tahun ni kena raya di kampung mak, Lumut, Perak.... :((
kalau saya kate saya half-herated je nak balik, derhakakah saya?
owh bonda, ku tahu bonda tahu ku tak mahu pulang ke situ... maafkan daku!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers