P/S: Gambar tiada kaitan dengan penceritaan... Cuma berharap masa senggang seperti itu bisa menjengah lagi :)
~~~
Tadi, sempat saya luangkan sedikit masa dengan emak. Sejam. Mendengar keluh kesah hati resah insan tua maha besar jasa bakti pengorbanan tulus suci untuk anak perempuan bongsu dan paling degil ya amat ini. Mendengar cerita susah payah terkejar-kejar menyelesaikan perihal tanah faraid arwah opah siang tadi. Mendengar nasihat tentang letak duduk diri seorang perempuan sebagai seorang anak, seorang adik, seorang kakak, seorang isteri, seorang emak, seorang makcik. Mendengar setuju-protes banding beza fizikal, mental, emosi, alak fikir antara adam dan hawa dalam dunia kini. Akhirnya tentang kerjaya. Emak yang masih setia dengan kerjaya paling dicinta daripada sebagai guru biasa-biasa sehingga kini seorang pensyarah merangkap ketua unit. Dan saya, kian hari kian sibuk dengan dunia kerja saya selepas enam bulan meninggalkan kerjaya kecintaan emak.
"Angah tak mampu! Sungguh tak mampu! Pengalaman 2 tahun tu cukup la. Ngeri!"
"Nasib baiklah kau tak ke UK dulu. Kalau tak, hari ni mungkin kau merana."
"Betullah, mak! Jiwa kacau betul kalau buat apa yang bukan kita minat."
"Eloklah mak tolakkan tawaran kau kan. Kalau kau pergi dulu, sekarang kau terikat. Mengajar la sampai tua. Jangan harap boleh lari2 macam skrg."
"Ye, betul2! Keje yang ni, sanggup! Kerja setiap hari pun xpe. Waktu mengajar dulu, keje 3 hari pun dah rasa nak weekend."
"Ha ye lah, jgn keje je... Ingat hidup jugak!"
Maka saya harap, (walaupun cuma dua tahun) saya pernah membuat mak bangga dan gembira kerana anak yang degil ini pernah mencurah ilmu untuk dua tiga kerat anak bangsa di luar sana. Sekurang-kurangnya, ada anak didik saya yang menjadi insan berguna selepas mendakap segulung diploma mereka.
~~~
Lepas tu saya berbual ringkas dengan tuan tunang.
"Mintak maaf, bgtau mak kamu, kite x boleh pergi bulan ni. Kite tak free."
"Weekend pon boleh. Xpe"
"Tak boleh la. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad. Minggu ni minggu dpn saaaaaampai hujung tahun."
"Nape? Keje?" Nada dia boring gile waktu ni.
"Hurmmm... Minggu ni keje. Minggu dpn keje. Minggu dpn lg kena balik kg. Minggu merdeka tu pun keje."
Pause!
"Erk, Krismas la. Mana ada merdeka! Salah." Haha mintak maaf atok nenek, cucu tersalah cuti!
"Macam tak betul je kamu ni."
"Eh, betul la. Kite kena bla bla bla bla bleh bla..."
"Ha tu la org ckp kamu x betul. Cakap dah merapu-rapu."
"Ala... Kite penat la..."
"Dah la, gi tido ye."
"Sikit je lagi ye. Keje kite blom siap sikiiiiiiiiit je lagi."
"Ah, xde! Xde! Kamu tido skrg! Keje, keje, keje." Ok, sentap! Gile garang laki aku!
"Ala kite..."
"Waktu keje, keje! Waktu makan, makan! Waktu rehat, rehat! Waktu tido, tido!"
"Ok....." Huhuhu ni dah sentap la sbb tu jwb gitu.
"Dah... Dah... Tido ye. Pejam mata. Tido ye. Kat rumah tu rehat aje la, tido. Nape nak keje gak. Kat opis je la keje kuat2..." Haha nada suara bertukar pujuk ye tuan-tuan.
"Jap lagi la."
"Takde. Takde. Tutup lampu. Tido. Skrg ye. Rehat. Tido. Esok keje." Pujuklah kau di situ huhuhuuuu
"Ok..."
"Tido ye, esok sambung keje."
"Ok... Selamat malam... Salam..."
"Malam. Salam."
Maka berakhirlah ceramah perjawatan oleh tuan tunang. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah mahu tidur sekarang. Selamat malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Birthday cucu saudara
9 hours ago
1 precious comments:
salam ziarah
Post a Comment