August 30, 2010

Ramadan terakhir sebagai "single"

"Positif thinking is like this; a little bird in the sky, you look up and it shits in your eye but you don't mind and you don't cry instead you just thank God that cow doesn't fly!"
~~~
Ada waktu-waktunya jiwa ditebak resah melangit tinggi; jalan sayup berliku-liku, sempit dan berlubang-lubang dalam dan lebar; ujian menampar terlalu perit untuk ditanggung sendiri-sendiri; hati umpama tak mampu lagi dipujuk sabar; senyuman terlalu amat nampak dibuat-buat.
Getaran.
Skrin BB mencerah.
"Assalamualaikum. Awak oke?" tanya dia macam selalu-selalunya.
"Oke tak ni?" Disoal kembali bila saya tak membalas.
"Entah!"
"Oke, awak tak oke. Kenapa?"
"I'm sorry, I cant talk."
"It's oke. Kalau tak awak tak sihat!"

"Saya sihat je la..."

"Kalau sihat, ceritalah."

Dan dia seperti dulu-dulu jugak menjadi pendengar yang tegar dan "penceramah", yang tegar juga.

"Sabar... Jangan bersangka buruk. Saya tahu suruh sabar tu sangat mudah berpuluh-puluh kali lebih mudah daripada melaksanakannya. Tapi itulah hakikat, perlu bersabar. Awak. Saya. Semua kena sabar."

Saya diam. 'Saya dah penat bersabarlah...' Tapi cuma dalam hati.

"Kena bersangka baik pada Allah. Kadang-kadang Dia sengaja hold permintaan-permintaan kita padaNya. Allah kata; Aku masih rindu untuk dengar suara hambaKu yang satu ini meminta-minta dan merayu-rayu padaKu. Nanti jika Aku sudah puas mendengar dia merintih padaku salam sujud-sujudnya, PASTI akan Aku beri jawapan untuk setiap hajat-hajatnya. Allah bukan tak dengar atau sengaja tak makbulkan doa-doa awak, Dia cuma rindukan ingatan awak padaNya."
Air mata saya mengalir. Dia yang dihujung talian ketawa kecil.
"Awak ni masih cengeng macam dulu, kan?"
Macam tahu-tahu saya menangis!
"Ingat tak awak pernah cakap dulu setiap ujian tu Allah turunkan sebab dia tahu hamba-hambaNya mampu untuk tanggung dan lalui?"
"Hmmm..." Saya angguk. Tahu, dia takkan nampak...

"Dia tahu awak mampu, sebab tu Dia menguji."

"Tapi semuanya berat."

"Sebab awak cuma mampu tanggung yang berat-berat, Dia utuskanlah yang berat. Takut nanti kalau dia cuma bagi kerikil-kerikil kecil, awak tak pandai nak hadapi, sebab dah selalu tertimpa batu bata!"
Dan dia ketawa lagi...

"Saya tahu semangat awak kuat! Awak kuat. Saya kenal awak!"

"Dah la, saya bosan la dengan tipu muslihat tu. Saya tak kuat. Hentikanlah meniup kata-kata kekuatan tu sedangkan sikit kekuatan pun dah taknak hinggap lagi dalam diri saya. Saya bukan budak kecil yang senang dipujuk-pujuk!"

"Memang awak susah nak dipujuk! (Dia ketawa) Tapi saya tak tipu! Saya yakin orang-orang lain, yang kenal awak juga kata awak begitu, kan? Awak memang kuat... Cuma tak selalu sabar je. Awak boleh lalui semua ni. Tuhan dengari awak. Teruskanlah meminta, Dia akan tunaikan. Kan dalam Quran Allah dah janji Dia akan tunaikan segala hajat hamba-hambaNya dengan syarat kita meminta dengan ikhlas dan yakin. Mintalah. Minta semuanya. Dekati Dia. Dia akan tunaikan!"
Teresak lagi.
"Awak tahu satu perkara, tak?"
"Tak!"
"Tuhan akan tunaikan permintaan hambaNya. Kenapa? Sebab Dia dah berjanji macam tu dalam al-Quran. Jadi kalau Dia tak tunaikan, Dia akan malu. Allah tak pernah menipukan? Maka yakinlah bahawa Dia akan tunaikan hajat-hajat awak. Berdoalah! Dan jangan bersangka buruk. Bila kita fikirkan yang bukan-bukan, itupun akan jadi satu doa dan apabila dinamakan doa, Allah akan makbulkan. Awak fahamkan maksud saya?"
'Ya Allah..... Beratnya!'
"Hmmm macam nilah... Saya tahu cara untuk buat awak sedikit tenang. Utusan Tuhan untuk awak kot. Cari di Masjid ****. Berterawikhlah di situ. InsyaAllah awak akan tersenyum. Saya yakin awak akan senyum, sampai raya!"
"Maksudnya?"

"Awak rindu malam-malam Ramadan awak tahun lepas, kan? Saya tahu awak rindu. Ubatlah. Doktor awak ada kat masjid tu. Masjid ****. Pergilah. Saya cuma nak awak sihat!"
Saya senyum. Saya nak pergi! Siapa boleh temankan?

"Saya rasa awak senyum sekarang, kan?"

"Jangan pandai-pandai..."

"Eleh, dengar suara pun saya tau! Pergilah... Ni Ramadhan akhir awak untuk merindui semua tu. Tahun depan jangan nak berbagai-bagai macam ni lagi! Lagipun tahun depan saya dah pergi jauh dan takde lagi untuk carikan awak doktor awak tu."

Saya senyum lagi. Mengucapkan terima kasih. Salam. Talian mati. Saya cuba tidur.

BB saya dijengah mesej lewat 12 tengah malam.
'Salam. D, how's your Ramadhan?'
Doktor di masjid!
Macam tahu-tahu.
Dan malam tadi saya tidur tersenyum kerana mesej tengah malam itu.
Saya mahu ke masjid itu, cuma saya takut niat saya lari jauh daripada solat sunat terawikh itu nanti!

Tuhan, saya cuma memerlukan sedikit nasihat seperi itu. Terima kasih kerana melintaskan saya di kotak fikiran dia semalam. Dan terima kasih juga untuk ujian ini kerana jika saya tidak teruji, mungin saya tidak dengar khutbah-tazkirah yang saya damba, dan pasti saya tidak tahu di masjid mana beralunnya suara yang selalu buat saya terkenang-kenang. Terima kasih Tuhan!

August 26, 2010

RDC (6)

so life goes on soooooo sweet like candy...
sampailah satu hari dedekat nak final exam tu kan...
satu petang yg yang entah pape entah!
cewah gambarajah tak boleh belah kuikuikui....
"Kak asrie, kak asrie.." panggil satu awek comel berpakaian silat siap sepasang baru balik lEtihan la tu *spot the E?? hehe* lalu menghulur satu surat lipat kekecik melalui tingkap dorm kak asrie itu *sayelah yang name glemer mcm tu dulu mase skolah sebab dah ramai sgt dila/adila kat skolah tu!*
Eksaited!
Bukak pelan-pelan...
Sedih!
'Hantu kau sesukasuki buat daku sebagai alasan tidak boleh fokus untuk menghadapi peperiksaan! Bhai, SPM setauh lagi bhai... ni baru final exam bhai... jauh bhai... lambat g bhai....' maka merungutlah di dalam hati si Aseri itu selepas mendapat surat cerai itu huhuhu hampeh la!
Life goes on jugak... Saye tak ingat ape berlaku lps tu... rasa-rasanya saya balas je surat yg pada hemat saya (ececeh...) adelah sangat tak berkaliber dan pengecut terhadap SPM itu.
saya kate "i respect ur decision!" tapi memang siksa jiwa dan raga cumanya saya sebagai manusia paling keras hati (pada waktu itu) wat lek-lek saje di hadepan beliau tapi kat dorm.... mak kau!!!
setiap saat menyanyi lagu hape ntah tak ingat sampai Phyll yg same tarikh lahir, same dorm, same rumah sukan, same bilanganadik beradik, same kelas dan same macam-macam lg dgn saye kecuali tak same pakwe tu naik bengang dan kitorg gaduh seminggu sebab lagu tu! hehehe budak-budak oke!
exam habis dan kitorang pulang bercuti di rumah masing-masing membawa latihan-latihan addmaths, fizik, kimia, bio dll yang menimbun di rumah... kate nak SPM kan kan kan... kau siapkan lah latihan tu sume...
sampailah satu ketika yang sedang syiok menyudahkan keje skolah... ye la kalau cuti setakat 30 hari pastu main dah doploh hari campur tido makan jalan-jalan pastu chatting lg (zaman tu baru ade IRC tu pon curik2 main kol 2,3 pagi masa ayah tido haha jahat aku!) so tinggal la berape jam je nak siapkan keje skolah kan maka dah nak ujung-ujung cuti tu baru la wat keje skolah...
satu hari ada org tlepon... alamak ex bopren tlepon la! seronok oke, tp jual mahal... hehehe
ha tau pun dikau tak mampu hidup tanpaku (ececeh angkat diri!)
pujuk punya pujuk punya pujuk... awek ni choiiii xde maknanya nak balik kat kau! belagak tak hengat oke saye masa tu!
sampai la dia tepon banyak-banyak hari banyak-banyak kali. last-last tu, sehari dua lagi nak balik hostel semula saya pun maafkanlah... maunye tak kesian, dah la tepon tu nyuruk2 mase balik tusyen huhu malang nasib izo ku kerana kena g tusyen hehe nasib baik i x pernah kena paksa g tusyen oleh makayah hehe *terasa diri best!* maka balik la skolah dgn perasaan best sebab tiada berlaku pertumpahan darah dan air mata... cewah!
Oke dah! nnt sambung cite pasal ceramah motivasi dr. shukri abdullah (yg ni ade bahan bukti nnt mase yg sesuai nk g gelakkan encik izo hehehe) n cte menjelang spm lak ye...
chiaw!

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers