May 18, 2011

RDC (12)

Ep 11 hari tu Izo suro bgtau mak kan... Haishhh dia pok sesenang ke nak ckp hal2 cani? Tak lah kan!!!
Hari tu saya balik ke rumah dengan pelbagai perasaan di hati. Awal ahkak balik, uols! Mandi-mandi, masak-masak, makan-makan, kemas-kemas pastu termenung. Haishhh korang ingat nak buat ayat, "Oh mak, saya mahu kahwin!" itu mudah?! Huhu memang tak lah kan...
Malam tu pas Maghrib saya call mak. Cerita habis la kat mak ni. Then mak marah, "Ape pasal kau pergi kawan ramai2 ni, anak oiii?!" Huhu bukan kite kawan ramai mak. Kite langsung la tadek hati kat yang sorang ni. Kat yang sorang tu mmg la ade hati lagi tapi kan macam tak jumpa lama kan so cane kite nak tau... Then suddenly mak cakap, "Terimalah yang dah lama kenal tu, kawan skolah tu." OMG?! Mak biar bebenor, acam tetau je rasukan ablasa dlm hati anak mak ni. Muahahaha... Mak cakap sebab dah kenal, dah tau, lepas-lepas ni nak berkenalan pun x banyak hal dah. Lagipun kate ko first love, hah ingat mak tak tau camane first love punye penangan?! Walaweyh... Cayalah mak! Ok, tu tambah2 je tapi camtu la lelebih kurang pandangan mak saya waktu tu.
"Habis yang sorang ni acamane nk buatkan?"
"Kau cakap je mak dah pilihkan utk kau orang lain. Xpe, guna je nama mak ni, mak izinkan untuk kebaikan anak mak." Muliakan hati seorang ibu. Tsk... "Tapi kau kat sana hati2lah, mak takut nanti dia buat bukan2 pulak. Kena tikam ke hape ke kang, risau mak!"
"Ye la mak... Takut kan kan..."
"Takpe, kalau dia ada iman, dia xde nak tikam2 tu bagai. Ha yang sorang tu, suruh dtg jumpa mak ayah cecepat. Kang lain yang dtg susah pulah!" Aiii x sabar maknye lelebih pulak hehe
Then, lepas tui Izo tepon. Oh, my! Tu la 1st time dgr suara beliau selepas bertahun2 tak jumpa... Rasanya adelah 3 tahun. Gile kan?! 3 tahun x jumpa skali bole will u meri me pulok. Tapi sumpah saya kagum! Mamat ni buat keputusan hidup mati ni cam mudah je huhu... So waktu call tu dia tny la betul ke sy setuju. Da bgtau mak ke n etc. Skali tgh syiok berbicara tu, mamat yg sorg lagi tu call le pulek. Izo suro saya jwb, "Cakap elok-elok dgn dia... Awak bukan saja-saja nak sakitkan hati dia." sbb saya dah mcm 'warghhhh tanak ckp dgn dia tanak tanak tanak!' *amboi kemain lagi kau dah dpt gading bertuah tanduk dah xmau dah! Hahaha*
Menjawab tepon mamat tu, mari kita namakan Mr. W (wrong! Hahaha), babak sinetron sedih dan air mata pun bermula. Eh, salah tu! Bukan ahkak yang meleleh tu... Mr. W! Lagilah mcm 'errrkkk! Kau ni dah kenapa?!' tapi ahkak layankan jugak. Rilek... Rilek...
"Sibuk hari ni? Banyak cencel call. Msg pun x reply."
"Hurm... Busy! Sorry!"
"Nape macam..."
"Saya ada hal nak bgtau."
"Agak dah! Apa dia?" Sumpah suara dia waktu ni curiga. Takut weh!
"Errr... Saya nak kawen! I mean, kawen tapi dengan orang lain, orang yang saya suka, yang saya nak kawen dengan dia!"
"Habis saya?"
Gulp! Kau?! "Errr... Saya takpernah lak kata nak kawen dgn awak." And he started to cry. WTH??? "Mak saya dah terima dia dah. Dia dah dtg jumpa mak saya. Dulu dpd awak."
"Habis mak saya cane? Mesti dia sedih!"
Hadoi... Ok, fine anak bongsu tapi takyah buat alasan keperempuanan boleh x?! Ahkak pon panas la uols!
"Hei, awak sesuka suki bgtau mak awak yg awak nak kawen dgn sy, ade awak pk hati & perasaan sy? Ade awak bincang2 dulu dgn sy? Takde kan? Syok sendiri je kan? Bkn salah mak awak, salah awak. Awak setelkan lah."
Ok, memang kejam la waktu tu tapi betul what... Tetibe ko ckp kat mak ko yg ko nak kawen dengan Aminah lepas tu esok lusa tetibe ko bgtau Aminah yang ko dah bgtau mak ko suruh g meminang Aminah. Memang Aminah akan rasa 'KAU NI BLOM KAWEN DAH PEPANDAI ATUR HIDUP AKU!' lah kan? Tol x? Huhu
Lepas2 tu Mr.W merayu2 tapi saya diaaaaaaaam je. Sampailah saya off phone. Saya call Izo. Sebenarnya saya rasa bersalah. Ye la, kalau saya jd Mr.W pun, apa saya nak bgtau mak kan? Dah cakap nak kawen skali sbnrnye org tu xnk pon kawen dgn kite. Saya terbayang lak waktu saya menangis termuntah2 bgtau mak "my boyfriend was engaged!" dulu... Ingat sedap ke pts cinta?! Ok, mmg la sy x bercinta dgn dia tapi dia jth cinta kat saya so mmg dia akan rasa la kan. Saya waktu tu xde siksa2nye, suka adelah hehe x adilkan dunia ni... Untuk dia!
Esok dan seterusnya dia masih cuba menghubungi saya. Bgtau dia demam. Saya? Saya cuba buat yang terbaik, cuba jadi kawan walaupun kalau ikutkan hati xde kuasa dah nak balas. Layan la sikit-sikit. Skali tu dia mms gambar dia kat hospital, adimitted. Saya? Tah la, hati ni sik cakap 'dia nak mintak simpati je tu,' walaupun saya tau dia mmg sakit. Kejamnya saya!
Weekend tu saya, mama & mat turun KL. We met, again @ KLCC, tempat detim waktu kanak2 dulu. First time nampak dia, 'eeh, itu ke? Gemok, okeh!' tapi layankan aje. Tanya2 khabar, then mama & mat decide to go somewhere and bg kitorg masa. So we wnet to McD for lunch. Hurmmm memang kegemaran dia la McD tu!
We spent the precious 1 hour talking abt family n ourself. Banyak yang dah berubah dalam tiga tahun tu. Dia pun dah lain, cuma senyum tu masih sama, masih senyuman yang buat saya tersedak jatuh tangga waktu form one dulu. Nice! Sebelum balik, saya sempat tanya, "Keputusan ni betul ke, wak?"
"Dah2lah... Macam2 yang kita dah lalui bertahun2 ni... Hari ni, kita jangan argue lagi, kita tetaplah dengan keputusan ni."
Tacing uols! Ape pasal la mamat ni yakin bebenor nak kawen dgn ahkak. Tapi above all, syukur sangat2, dah xperlu susah payah menanti sebab jodoh tu dah jatuh ke riba... Ok, berat uols kalau dia jatuh ke riba ahkak! Muahaha ampun!!!
Lepas tu, saya dan Izo dah mula buat step by step plan. Bila nak jumpa parents saya, nak jumpa parents dia, merisik, bertunang n etc. It was fun! Seronok! Izo came to Kuantan and we r having our 1st date. Oh, yeah! Ye la, date kat KLCC tu disertai mama & mat kan!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers