D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

November 11, 2011

Al-Quran Kitab Ajaib!

Bangga pulak nak share tentang keajaiban kitab suci al-Quran yang menjadi pegangan dan panduan umat Muhammad s.a.w sejak diturunkan kepada junjungan besar kita ketika Baginda berusia 40 tahun secara berperingkat-peringkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari sehingga ke akhir zaman nanti. (Imej semua ihsan Google)



Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada nabu Muhammad s.a.w kira-kira 1400 tahun yang lalu sebagai panduan buat umat Baginda. Dalam al-Quran dikisahkan segala cerita sejak kewujudan bumi melalui teori Big Bang sehingga pengakhiran kemusnahan bumi ini. Segala ilmu berkaitan Sains, Matematik, Geografi dan sebagainya juga telah lebih dahulu diceritakan dalam kitab suci ini.


Walaupun kini kitab ajaib ini dah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa malah dah wujud pun Quran Digital yang canggih sepadan peredaran waktu, keunikan dan keajaiban al-Quran sedikit pun tak goyah, pudar atau hilang.



Dalam al-Quran disebut tentang solat sebanyak 5 kali (kan kita wajib solat 5 waktu sehari semalam?), tentang bulan sebanyak 12 kali (kan ada 12 bulan dalam setahun?), tentang hari sebanyak 365 kali (kan ada 365 hari dalam setahun?), tentang laut sebanyak 32 kali dan tentang tanah sebanyak 13 kali. Jom kita buat kira-kira berikut untuk melihat lagi bukti keajaiban yang terkandung dalam al-Quran ni.

Laut + tanah = 32 + 13 = 45
Peratus laut = 32/45 x 100 = 71.11111111%
Peratus tanah = 13/45 x 100 = 28.88888889%
Maka, laut + tanah = 100%




Subahanallah!!!
Ilmu sains moden pun membuktikan bahawa air meliputi 71.111% permukaan bumi sementara tanah meliputi 28.889% yang selebihnya. Jelas, ini bukan suatu kebetulan tetapi kuasa Allah lah yang telah mengajar Rasulullah s.a.w tentang ilmu ini melalui al-Quran terlebih awal daripada semua para saintis di muka bumi ini.



Kita tahu kan al-Quran mengandungi 114 surah? Tahu kan? Ala... Kan ada nasyid nama-nama surah tu... Feveret waktu sekolah! Tapi berapa ramai yang tahu fakta-fakta di bawah ni?

Al-Quran mengandungi
54 ayat ganjil daripada 27 surah ganjil dan 27 surah genap (27 + 27 = 54);
60 ayat genap daripada 30 surah ganjil dan 30 surah genap (30 + 30 = 60);
114 surah daripada 54 ayat ganjil dan 60 ayat genap (54 + 60 = 114);
114 surah juga terhasil daripada 57 surah ganjil dan 57 surah genap (57 + 57 = 114);
(Nota: 27 surah ganjil/genap + 30 surah genap/ganjil = 57)

Grafik daripada susunan ayat dalam surah-surah al-Quran yang terhasil daripada kajian sains fizik membentuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD (Ye, saya pernah jumpa grafik ni! Pernah juga disiar dalam dokumentari di tv) dan imej-imej gelombang tersendiri yang unik.

Lihat pula bilangan perkataan yang disebut berulang kali dalam al-Quran.
Dunia & akhirat = 115
Malaikat & syaitan = 88
Hidup & mati = 145
Manfaat & binasa = 50
Manusia & rasul = 50
Iblis & perlindungan daripadanya = 11
Musibah dan terima kasih = 75
Sedekah & kepuasan = 73
Orang yang disesatkan & orang mati = 17
Muslimin & jihad = 41
Emas & kesenangan = 8
Ajaib & fitnah = 60
Zakat & keberkatan = 32
Fikiran & cahaya = 49
Berani & takut = 8
Hidup susah & bersabar = 114
Lelaki & perempuan = 24

Pasti ada suatu mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita dan bukan sekadar satu kebetulan matematik. Eceh... katenye orang Maths hehehe

Memilih untuk menyiarkan entri ajaib ini pada tarikh 11.11.11 pada jam 11.11 pagi, sumber cerita adalah dari (1) http://duniametamatik.com, (2) http://www.isuhangat.com, (3) http://tadikatahfizfitrah.com.

1 precious comments:

Ainul Arina Madhiah said...

salam ziarah kembali =)