February 12, 2014

You two should not get married!

"You to should not get married from the very begining!"
Tangggg!!!
Saya rasa seperti dilempang!
Sumpah!
Macam kena lempang dengan tudung periuk besar kipas angin.

Seperti bebelan dan keluh kesah saya sebelum ini, si sulung buah hati saya disyaki menghidap penyakit bawaan genetik.
MUCOPOLYSACCHARIDOSES

Ya, kita semua sangat arif dan maklum tentang Thalassemia, bukan?
Sejenis penyakit bawaan genetik yang semakin meluas kewujudannya sehingga diwajibkan ujian Thalassaemia dilakukan oleh semua pasangan yang bakal berkahwin.
Oh, my! Thalassemia tu pon baru kebelakangan ni ajelah org Malaysia ni alert nak buat screening bagai.
Dan kalau dah sah-sah pembawa, kena p kaunseling dan dinasihatkan ape jadi kalau kawen jugak, pon ada lagi pasangan yang janji sehidup semati tetap kawin jugak kan...
Jadi kenapa saya dan UA kawen jugak dulu?

Mohon rujuk kepada yg lebih pakar jika penerangan saya yg sedang melalui ujian getir melalui si sulung ini masih meragukan anda.
Blame me. Blame my husband. Blame the marriage.
Tapi ujian pengesanan untuk penyakit metabolic disorders tidaklah semudah ujian Thalasaemia, sayang...
Kalau sebegitu mudah, takkan lah dah masuk tahun kedua ni pun Zihni masih dalam stage "SUSPECTED" dan kami masih dengan sebak risau sedih gundah ni menanti dengan sabar dan merelakan anak sekecil Zihni dicucuk tebuk untuk segala jenis spesimen.
 Tahu tak betapa susahnya nak tadah air kencing anak kecil itu?
Tahu tak susahnya sampai satu waktu selepas seminggu berusaha, saya dan UA terpaksa merelakan tiub dirodok ke kawasan nyahtinja si sulung kami supaya urinnya boleh dikumpul?
Tahu tak setinggi mana rasa frust kami sebab tak dapat kumpul urin Zihni manually dan kena benarkan doktor menyakiti dia sebegitu?
Tahu? Pernah rasa semua perasaan tu?
Kamu yang dah besar panjang pun merungut kan bila kena masuk tiub kat situ, kan?!

Jika tidak tahu, maka ambil tahu jika perlu.
Jika rasanya tidak perlu untuk ambil tahu, maka ambillah keputusan untuk berdiam diri.
Jika semudah ujian Thalassemia, pergilah kamu ke mana-mana pusat rawatan dan mohon dilakukan "ujian gangguan metabolik" kerana tidak mahu nanti anak menghidap penyakit seperti anak saya.


Saya hargai cadangan, saranan dan nasihat kalian.
Apatah lagi semangat yang sangat2 saya perukan dalam melepasi "peperangan" ini.
Tetapi mohonsaya biarlah bicaranya seiring minda.
Kenapa dipersoal perkahwinan kami sekarang setelah kami dikurnia anak istimewa ini?

Oh ya, sekadar rujukan sendiri:
Thalassemia tergolong dalam penyakit inherited abnormalities of erythrocyte differentiation or function sementara mucopolysaccharidoses dalam penyakit inherited disorders of metabolism
Nilailah sendiri beza serupanya, yang sama cuma kedua-duanya inherited dari ibudan bapa.

Untuk anak-anak momy dan ayah,
Jika benar salah momy dan ayah kerana mewariskan gen yang rosak ini untuk kalian, ampunkanlah momy dan ayah, mohon redhailah kasih sayang momy dan ayah untuk kalian.
Maafkanlah momy dan ayah kerana masih tetap dengan pendirian untuk menjaga kalian walau apa pun juga keadaan kalian yang diturunkan kepada momy dan ayah.
Tetapi anak-anakku, momy mohon yang amat sangat, jangan sesekali kalian menidakkan kuasa Allah untuk memberi dan menarik kembali segala pemberianNya kepada kita
Sebagaimana kalian merupakan pinjamanNya buat momy dan ayah, kami juga pinjamanNya untuk kalian, anak-anakku.
Malah "keistimewaan" keluarga kita inilah yang menyedarkan momy bahawa ayah, atok, opah, kalian dan segala isi alam ini juga hanyalah pinjaman Allah buat momy.
Jangan lupa tentang itu ye, anak-anak ku!

Salam sayang,
Momy the Zs

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers