November 23, 2014

Susu dah kurang? Tak cukup?? Taknak keluar???

Assalamualaikum...

Mommies....

Tengok gambar ni betul betul. Save dalam gadget.


Bila nak start complain pasal susah nya bf, tengok gambar ni.
Bila rasa cam penat, sakit, leceh, malas nak pam, malas nak pamp, tengok balik gambar ni... 

Bayangkan...

Rasa susu kurang? Tak cukup?
Kawan tu nak makan pun tak cukup..
Orang yang "tek"nya (bahasa Zihni) camtu pun gigih nak menyusukan anak.
Tek kita yg boobs sangat tu...
Jika mampu, tunaikanlah hak zuriat kita ye :)

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi buat si manja bagi ibu bekerja

1. Susui bayi sejurus sebelum pergi bekerja dan apabila balik dari kerja.

Beri penyusuan susu ibu dui payudara sepanjang masa semasa ibu berada dirumah dan pada hari cuti

2. Jika mampu, gunakan double pump.

Ia dapat mengurangkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu.
Kajian menunjukkan double pumping meningkatkan paras hormon prolaktin

3. Lebihkan kekerapan memerah susu sekurang-kurangnya 2-3 kali semasa bekerja

4. Perah payudara yang satu lagi semasa bayi sedang menyusu.

Kaedah ini digalakkan bagi bayi yang masih baru (kurang dari 6 bulan)

5. Tidur bersama bayi pada waktu malam dan menyusu bayi pada waktu malam kerana ianya dapat meningkatkan penghasilan susu.

6. Biarkan bayi menyusu mengikut keperluannya sendiri dan bukannya mengikut jadual menyusu yang ditetapkan oleh ibu.

7. Pamkan payudara anda selepas bayi menyusu untuk memastikan payudara anda kosong dengan menggunakan pam atau tangan.

8. Teknik urutan payudara yang betul akan menbatu susu mengalir dengan lancar.

9. Elakkan dari menyusukan bayi atau pam susu dalam keadaan stress kerana ianya akan membantutkan penghasilan susu badan anda.

10. Perkara yang paling penting adalah memastikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan penghasilan susu badan yang berterusan.





Oh ok... dia pon nak mengepam!


Good luck, mommies!
Tengah merajinkan diri pam kumpul stok susu. Huhu.. 


Sincerely,
post signature

1 precious comments:

Mar Mansor said...

in sha Allah..

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers