February 13, 2015

Al-fatihah: Pulangnya pembela agama

Cuaca 12 Februari 2015 itu muram...
Rupanya khabar duka bakal tiba...
Malam mulia Jumaat 23 Rabiul-Akhir 1436H
 
Dan pagi ini durja Pulau Melaka dan seisi Malaysia terus muram;
tanpa bendera terkibar separuh tiang,
tanpa perarakan berseragam hitam,
tanpa siaran langsung kawad lintas hormat...
Sungguh, zuhudnya dia hingga perjalanan paling akhir di dunia.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya
hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim
yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat
melainkan dia dipelihara oleh Allah s.w.t
daripada azab kubur.”
 
 
Benar sungguh janji Allah buat hambaNya yang taat.
Dihina dia ketika hidupnya dek kerana menegakkan agama Allah.
Mulia perginya terbukti tatkala lawan turut turun memberi hormat.
Allahu... Allahu... Allahu...
 
Dan pesannya yang terakhir
 
Ya Allah...
Sedih pilu kabut hati
Memikirkan hilangnya pembela agama suci.
Akan adakah penggantinya nanti?

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers