Showing posts with label ZihniZunur. Show all posts
Showing posts with label ZihniZunur. Show all posts

July 19, 2015

Throwback Ramadan 2015: Playground





Location:
(1) Playground depan rumah
(2) Playground Taman Tasik Ampang
















posted from Bloggeroid

May 12, 2015

pasanan untuk gadisku...



Anak-anak gadis momy, 

Jgn lupa menjadi sahabat paling baik antara kamu berdua.
Kakak utk adik & adik utk kakak.

Sayang kakak utk adik pagi ini, jgn terkurang sedikit pun menjelang petangnya.
Kasih adik utk kakak hari ini, jgn tersusut sedikit pun menjelang hari esok.

Ingatlah segala yang kita tinggalkan belakangan ini; menyanyi, ketawa, sakit dan menangis; bersama-sama.
Momy tak mampu lakarkan semuanya tapi kamu pasti ada simpan sikit-sikit memori kita.

Jadilah gadis-gadis baik yg tidak pernah saling melukakan.
Dan kalau satu hari nanti momy sudah pergi, kamu menjagalah sesama sendiri.
Hanya kamu-kamu si cantik yg momy ada untuk menitip doa sewaktu di sana.

April 24, 2015

K.E.J.A.M


Assalamualaikum...

Terlalu lama rasanya emendam rasa sendiri-sendiri,,,
Banyak yang ditulis-padam,
Terlalu banyak yg dikemam-telan dalam-dalam tusuk ke hati

Satu per satu Allah uji
Saya
Suami
Anak
Anak
Keluarga

Ada waktu hati saya libang libu. Banyak kali saya pilih untuk lap air mata sebelum menitis. Tetapi bukan dinihari ini, ketika yang saya pilih untuk menangis. Memang saya rugi kerana saat ini tak terkira ramainya insan sedang menghadap ilahi menghidupkan sepertiga malam tapi saya tak mampu terlelap walau sedikit pun. Hati saya luka lagi... lebih luka berbanding ketika saya gagal dan terpaksa mengulang subjek Monte Carlo Simulation Method di universiti dulu!



Ini cinta hati sampai mati saya. Sejak kewujudan mereka dalam rahim saya, semuanya saya langkahi demi mereka berdua, demi Allah taala. Saya makan untuk menyusukan mereka. Saya membanting tulang bersengkang mata untuk memenuhi keperluan mereka. Saya memandu secara merbahaya untuk serah mereka ke tangan doktor dengan lindungan Allah. Segala-galanya demi mereka!


Tapi semalam saya gagal lagi/ Gagal memegang janji menjadi momy terbaik untuk yg dua beradik...

Sejak berhenti kerja dan jadi surirumah bekerjaya, saya lebih banyak penat daripada rehat. Saya akui sakit-sakit sudah tiada sementelah saya tidak lagi memandu setiap hari dan turun naik tangga. Tapi penat surirumah ini amat berbeza. Setiap masa saya menghamba diri kepada rumah tanggaa dan kerja. Saya kadang kala jadi pemarah. Dan tadi, kakak dimarah lagi!

Kakak peepee. Atas toto yang dua lapis itu. Hati mana yang tak sakit? Sebab saya dah ajak suruh banyak kali untuk kaka tukar pampers tukar pampers tukar pampers.

Sudahlah. Tak sanggup nak sambung cerita. Kejamnya saya rasa. Saya tak memukul, cuma kurung kakak dalam tandas dengan toto yg terkena kencing. itupun tak sampai 3 minit! Tapi tetaplah hati saya luka. Kerana disebaik kemarahan semalam, ada lain cerita duka.

Ya Allah... Semoga saya boleh jadi momy yang baik untuk mereka!

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers