March 21, 2007

Ahmad dan rama-rama...

Suatu hari Ahmad duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. Kanak-kanak berusia lapan tahun itu memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. Setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor rama-rama dari lubang berkenaan. Tanpa berputus asa rama-rama menolak badannya keluar tapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. Akhirnya rama-rama itu berhenti. Ia tidak berdaya lagi. Kasihan melihat serangga itu, Ahmad mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut. Keluarlah seekor rama-rama cantik, tapi sayapnya terkatup. Ahmad menanti rama-rama itu mengembangkan sayapnya yang bewarna kuning, biru dan hitam. Dia tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke bunga yang lain untuk menghisap madunya. Tapi apa yang Ahmad harapkan tidak tertunai. Rama-rama itu terlalu lemah. Ia hanya boleh merayap dari ranting ke ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. Akhirnya ia jatuh ke tanah.
Niat Ahmad memang baik tapi kanak-kanak itu tidak faham fitrah perjalanan hidup ini. Secara semula jadinya rama-rama memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. Pergelutan itu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya cukup kuat apabila bebas daripada kepompongnya. Rama-rama yang keluar dari kepompong sebelum sampai waktunya samalah seperti bayi yang lahir tidak cukup bulan. Begitulah kehidupan ini. Perjuangan dan tekanan itu amat penting. Jika semuanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lemah. Kita tidak akan menjadi kuat, matang dan bertenaga untuk mengharungi hidup ini. Malah kita tidak akan boleh ‘terbang’ langsung....


a few moral values from dil's point of view

1. jauhkan kepompong dari Ahmad aka kanak2. [what a disgusting thing Ahmad is doing. watching the butterfly... uh uh sooo jijiknyer huhu.. jz cant imagine! kerana aku sgt geli~~~]

2. jangan menyebok dgn usaha n kerja keras org lain. kita mungkin akan merosakkan rancangan die or worst akan dikatakan menumpang senang or glamor or etc org tu kalau dia berjaya nnt.

3. wp kita ade perasaan belas kasihan terhadap makhluk2 lain, better 2 think a bit more deeply before helf cz ur help might be a disaster, maybe to u or to the person u're trying to help or to both huhu

4. berilah org lain [terutama org2 yg kita sygi] ruang dan peluang utk menentukan jalan hidup sendiri. percayalah bahawa they can manage n lead their own life, perhaps better than we do.

5. berusahalah sehingga denyutan nadi kita yg terakhir. wp rama2 2 tau dia akan mati sbb keluar dr kepompong 2 sebelum waktunya tp dia ttp cuba berjalan atas ranting sebelum jatuh.

6. njoy every pain created by god for u. manusia bukan diajar menjadi lemah, cuma kita yg sering merasa kita tidak mampu utk menghadapi nikmat dugaan yg tuhan berikan!

7. malu bertanya sesat jalan. lenkali Ahmad tny dlu ngan mak ke, cikgu ke... jgn pepandai nk korek2 kepompong 2 ngn gunting!

8. sentiasalah berhati mulia, ada keinginan utk membantu org laen wp end up dgn x membantu org 2 sekurang2nya dg niat, kita dh dpt 1 pahala =)

9. hidup ni tak mencabar kalau asyik lalaui jalan yg smooth je. kadang kala perlukan jugak adventure. tp jgn plak pepandai snirik create horrible n terrible things dlm hidup kalau pon nk sgt adventur tu huhu

10. yakinlah pd diri sendiri. wp rama2 tu tau ssh gile nk kuar dr lubang kecik 2, tp dia yakin die leh gk kuar. dats y dia try gak sampai bleh kuarkan kaki dr lubang 2.

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers