July 24, 2007

another brand new life of mine

Another new year came 2 my life... Soooo good 2 leave my 21st, yet soooo many things wait here on 22nd huhu... Dan tahun ini, pada usia ini, aku jatuh cinta lagi... Cinta kali kedua... Ups! Entah kenapa tiba-tiba kali ini hati terbuka untuk berteman tapi mesra dengan seseorang. Pelik... Ajaib... Kelakar sungguh pun ada sampaikan 2-3 orang kawan tumpang bersyukur sebab akhirnya terbuka juga pintu hati aku untuk berkasih sayang. Hmmm ada juga betulnya walaupun kadang-kadang aku rasa pelik dengan diri sendiri yang sekarang ini... Apa-apa pun, satu perkara yang terbukti sekarang, rupa-rupanya dalam dunia yang semakin sempit dek teknologi dan pembangunan ini, masih wujud seorang insan yang mampu membuat hati aku berdebar-debar (tergelak besar sebab ingatkan dah tak wujud lagi orang yang sebegitu haha).

Selepas 2 tahun mengubat sendiri hati yang dilukai... Selepas 24 bulan menikmati hidup "baru" sendiri-sendiri... Setelah 105 minggu mengungkit kenangan-kenangan terindah yang tertingggal, juga sendiri-sendiri, akhirnya hati aku (tanpa berdiskusi secara damai dengan fikiran dan kehendak), tiba-tiba bersetuju menerima kehadiran seseorang untuk menghuni ruang kosong dalam hati yang ditinggalkan selama 735 hari ini... Tapi walaupun keputusan nekad dan muktamah ni cuma dari pihak hati, ada waktu-waktunya fikiran menyokong juga. Cuma kadang-kadang dalam beberapa situasi, kehendak tiba-tiba membangkang keras keputusan hati. Pening juga bila kehendak, fikiran dan hati mula bertelagah tentang insan nan satu itu =D Satu harapan aku, biarlah hidup dan perasaan baru yang hadir ini tidak meninggalkan penyesalan dalam diri aku pada waktu-waktu yang akan datang. Sesungguhnya setiap yang antik, indah dan baik-baik itu adalah kurniaan dari Allah sementara yang buruk dan tidak enak itu datang dari diri dan hati aku sendiri yang selalu alpa. Namun hakikatnya, semua perkara harir dengan kehendk Allah juga.

Hidup masih tak berubah. Kalau ada pun cuma perubahan-perubahan minor yang jarang-jarang sekali terkesan. Mungkin natijah kehilangan dulu yang membuat aku belajar cara-cara untuk menghadapi hidup sendirian dengan lebih gigih telah semakin mengeraskan hati yang sakit ini untuk menikmati sentuhan cinta seseorang yang lain. Mungkin... Tapi di suatu sudut dalam hati kecil aku ini terwujud perasaan kagum terhadap insan gigih nan satu ini yang sentiasa berusaha untuk melembutkan hati perempuan nan seorang ini semula. Caiyok!! Caiyok!! Suatu yang pasti sekarang, kekuatan dan semangat yang penat sungguh aku pupuk dan juangkan dalam hati sepanjang menikmati hidup sendiri-sendiri ini semakin berkobar-kobar pula rasanya. Mungkin sebab sekarang sudah berdiri di sebelahnya satu hati yang lain untuk menjaga, meniup semangat dan memberi harapan untuk kehidupan seterusnya. Ya Allah, Kau berkatilah dan ikhlaskanlah persahabatan ini serta jauhkanlah kami dari kekecewaan... Amin...

Sekarang, tahun terakhir aku di Universiti Malaya (insya'alla, begitulah harapan dan kehendak semua orang yang terlibat). Harapan dan impian aku untuk sesi ini, biarlah semangat baru yang tertiup kini semakin merangsang aku untuk berusaha dengan lebih gigih untuk menggenggam segulung ijazah sebelum ijazah seterusnya hahaha... Kepada kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama aku saat susah dan senang, suka dan duka, semoga kita sama-sama berjaya mencapai cita-cita dan semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita dengan keredhaan dan nur kasih Allah s.w.t. Amin...

1 precious comments:

Anonymous said...

chaiyok2... wahahaha

~judeng~

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers