March 18, 2008

saya dan selasa

Kurang lebih 12 jam lagi untuk presentation Integer Programming to Schedule A Hierarchical Workforce with Variable Demand untuk kelas Advance Linear Programming yang mana saya memilih untuk sekumpulan dengan Ayu dan Lyndia, tapi saya masih belum cukup arif dengan tajuk tersebut. Susah la... Harap-harap dapat sedikit kelonggaran daripada ayu memandangkan saya telah menghabiskan separuh Ahad saya menyudahkan slide presentation tersebut! =D

Alhamdulillah, sebakul penuh baju-baju yang saya basuh juga pada awal-awal subuh Ahad lepas sudah pun siap saya lipat dalam malas-malas saya selepas solat Maghrib tadi. Akhirnya... Locker yang saya tangguh penyelengaraannya sejak beberapa minggu lalu berikutan test, presentation dan assignment yang tak putus-putus juga akhirnya rapi semula seperti dulu. Meja study saya juga kemas lantaran baru semalam dikemas semula isi perutnya. Senang hati saya untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain (terutama sekali tidur) nak-nak pula esok saya bakal meninggalkan bilik tempat berteduh saya ini untuk beberapa hari.

Hmmm.... Kepudaran idea untuk tulisan seterusnya. Mungkin dah sampai masanya saya mulakan kembali pembacaan artikel yang bakal saya persembahkan esok. Semoga markah yang 10 itu kami miliki semuanya esok!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers