July 21, 2008

kisah saya... (tajuk tak terpikirkan)

Rabu
Menjadi ibu bapa sebab terpaksa gantikan mak dan ayahku yang sibuk bekerja ke perjumpaan ibubapa-guru murid-murid target UPSR 2008. Huhuhu hari itu kelakar sekali. Dalam perjalanan ke sekolah adalah orang-orang tengah buat road construction. Tak pasal-pasal satu pakcik ni boleh lak tanya "Lambat ke sekolah hari ni cikgu?" sebab waktu tu dah pukul 9 pagi. Tak sampai hati nak gelakkan so just jawab, "Takdelah, saya meeting hari ni" dan trus blah cepat-cepat haha malu... Cun sangat gamaknye aku hari tu. Lepas tu dalam meeting makcik pakcik ni sebok pulak berborak. Sakit hati betul bila ada orang yang buat-buat tahu segala macam benda sampai bleh lak kutuk-kutuk kerja bank ni tak bagus la, kerja macam tu macam ni tak elok la. Boleh pulak atur-atur hidup aku suruh amek KPLI segala. TAIK IDONG! Maka terpaksalah jawab, "Kalau memang betul nak jadi cikgu, tiga tahun lepas saya dah fly ke UK, makcik... Dapat je tawaran, 2 lagi tapi tolak. Kerja cikgu ni bukan senang, tanggungjawab besar. Pesan kat anak makcik tu, kalau dah keluar maktab nanti, jangan ingat mengajar ni mudah. Ingat amanah tuhan tu kalau tak dipenuhi dengan betul, azab tuhan maha besar," huhu maafkan saya kerana bersyarah, makcik!

Khamis
Sekali lagi menjadi ibubapa sebab mak kerja luar. Kesian pulak tengok adik kena g sekolah naik beskal. Tap budak adik tu takde la kesah pulak. Hahaha seronoknye jadi kanak-kanak! Tak perlu risau perkara-perkara penting, apetah lagi yang remeh-temeh!

Jumaat
'Encik Malik' call suro masuk keje Isnin nanti!

Sabtu
Perang mulut lagi dgn adik-adik murid ku huhu... Topik circles yang mudah tu dipikirkan dgn terlalu mendalam sgt... mengapekah wahai adik2? "Teacher malas la nak layan bakal-bakal saintis huhu teacher cuma nak bg korang faham n dapat jawab soalan tu nanti dgn mudah. Kalau rasa-rasa yang ni pon belum faham, jgn agrue fakta dgn teacher, plsss!!!" Alhamdulillah, Syabani dah oke lam kelas, dah tak berlagak terrer ngn aku n dah nak bagi perhatian lam kelas hehe tu la nak mengajar kena memikat dulu! Geng-geng Ariff pun dah tak take five berkali-kali utk "makan asap" lagi. Good! Good! Adik-adik teacher! Haqeem, Nabilah, Azim & Syafiq pun dah makin terrer dah. Bleh la beat Faizal trial nanti! Teacher seronok gile!

Tapi lepastu join venture dengan Teacher Hanis n akak kerani perang dingin dengan teacher tuttt... Huhu saye ni innocent tau. Bos yang suruh saya ajar subjek tu, bukan saya yang mintak. Lagipun memang option saya kan? Whatever lah, doakan je saya cepat dapat kerja so that you can take over the class but please make sure my adik-adik get good guidance from you, oke!

Ahad
Tidur tak ingat dunia. Bangun n bersiap-siap g beli buku untuk adik-adik murid. Lepas tu g alter baju konvo huhu Sampai ke petang tolong mak buat power point presentation for her next class. Malam tu tido awal tapi my Pooja called to share story. Aduh dunia, mengapa lelaki dilahirkan sebagai makhluk yang tamak?!


Isnin (hari ni...)
Kerja!!! Penat lah tapi seronok!! Lebih seronok bila dapat call lepas lunch tadi. Ah, masih awal sangat nak bercerita. Tak pe, kita tunggu confirmation dulu and the good news will be announced later, promise!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers