September 15, 2009

keperluan...

Tiba-tiba teringat cerita ni...
Beberapa hari lepas saya berbual dengan kawan-kawan "angkatan pensyarah baru" dan terkeluarlah satu topik.
Alkisah dua orang daripada ahli APB sudahpun melangsungkan perkahwinan sementara sorang lagi bakal-bakal naik pelamin Disember ini. Maka pada suatu hari muncullah seorang senior berborak dengan salah sorang ahli APB.
Kak Senah: Naemah (bukan nama sebenar), awak tak tanya ke Jamilah (juga bukan nama sebenar) tu berapa hantaran kawen dia?
Naemah: Eh, Kak Senah (pun bukan nama sebenar) niiiii... tu kan sensitip! Mane leh tanye. Status kawan baik pon tak memberi chance kepada saya untuk tanya soalan-soalan macam tu.
Kak Senah: Ish, nanti awak tanya la! Akak dulu konon-konon nak mintak 8K. Macam gempak la konon hantaran akak compare ngan kawan-kawan time blaja dulu. Sekali dapat 6K aje Naemah oiiii!!!
Naemah: Hehe... (sambil berfikir tentang ketidak signifikan soalan dan statement yang beliau utarakan)
Kak Senah: Ganas-ganas erk budak-budak baru ni. Kawen ngan orang gempak-gempak. Hantaran mesti mahsyuk. Kita tengok lak Dila (nama sebenar -nama aku la tu!!) nanti kawen ngan sape!
Weeehaaaa! Menyirap lak makcik dengar tibe-tibe lak nama makcik dikaitkan huhu.
Betapa tiba-tiba saya merasakan keperluan mencari laki yang kaya-raya tetapi zuhud yang akan menghadiahkan saya hantaran senaskah alQuran beserta rehal dan maharnya sepotong surah alIkhlas sebagai membuktikan bahawa saya bukan mata duitan macam kak Senah sebaliknya mementingkan pegangan agama yang kukuh sebagai ketua keluarga dan keikhlasan hati seorang lelaki yang meyayangi saya (tak lupa juga wajah yang kacak dan tidak berbau hapak!) huhuhuhu... kan aku dah keluar ayat syarahan agama!
Tak paham la kenapa ko nak sebok pasal hantaran orang Kak Senah oiiiii!!!! Lantak ko la kalo hantaran ko dulu 6K aje. Zanam tu bukan 6K dah kire cam mahsyuk ker? 4-5 ekor jugak kan anak kak Senah sekarang ni walaupun kawen dulu hantaran 6K aje! Huhu Kak Senah sengal!!

2 precious comments:

eL said...

jangan emo weh
ade je segolongan manusia yg saaaaaangt mementingkan jumlah hantaran
siap buat loan la bagai
kalau ikut aku x payah bende2 ni sume
bek gune duit tu utk beli rumah ke..or gune utk kehidupan selepas kawin..time tu lg byk nk pkai duit
tp nak wat cane
da adat macam tu
takleh nak elak
sian Mr Right aku kene kompol duit byk2
hehehe

Cik D momy the ZAs said...

x la emo sgt cume cm geram je sbb sejak dulu pon kak senah memang suke carik pasai ng aku...
dats y la aku merasakan keperluan mencari laki yang kaya-raya tetapi zuhud yang akan menghadiahkan aku hantaran senaskah alQuran beserta rehal dan maharnya sepotong surah alIkhlas.

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers