March 25, 2010

lari pecut..

Boy mengantuk.

-Hampeh punya sepupu, balik malam-malam buta!
Hati kecil Boy merungut kerana terpaksa menghantar sepupu-sepupunya yang baru balik berhibur tengah-tengah malam begitu.

Boy memecut laju. Jarak rumah neneknya ke rumah mama dan papa Boy tidaklah jauh sangat tapi pada waktu pagi yang sunyi sepi itu, Boy rasa cukup bosan memandu sendirian. Boy pecut 120km/j...

-Tak lah laju sangat pun....
Kata boy sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba Boy terdengar ketukan yang bertalu-talu dari arah belakang kereta. Boy diam. Tumpuan terus diberi terhadap pemanduannya.

-Biarkan je, Boy... Mainan perasaan ko je tu...

Ketukan berbunyi lagi. Dan lagi... Dan lagi...

-Jangan pandang, Boy... Nak sampai dah ni...

Tapi Boy tak dapat menahan dirinya lagi. Boy menoleh. Pintu penumpang belakang sebelah kiri. Boy lihat seorang perempuan cantik berbaju putih berdiri di luar pintu sambil tersenyum. Manis! Senyum untuk Boy yang berdarah manis.

MasyaAllah!!

Dan Boy terus memecut 180km/j sambil berdoa mengharapkan tiada lagi makhluk tuhan yang mampu berlari selaju itu bersama-sama dia dan Wajanya.


~~~
Seperti yang diceritakan oleh suami sepupu saya. Nama dan watak dalam cerita telah diubah untuk kepentingan peribadi. Yang pasti Boy (nama samaran) memang terrer la sebeb tak terkucil lam seluar dan kereta Waja milik Boy juga tidak terlibat dalam kemalangan kerana kejadian tersebut. (Waja itu eksiden mase nak balik umah mertua Boy beberapa bulan kemudian.) Hehehe....

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers