Hari ini saya pergi kerja dengan meredah hujan lebat buat kali pertama. Saya sangat cuak sebab saya tergolong sebagai pemandu separa buta dalam keadaan hujan lebat begitu. Saya rasa tidak selamat!
Hari ini saya hampir-hampir terlanggar sekumpulan mat motor yang berhenti di tepi jalan untuk memakai baju hujan. Mereka tidak memasang hazard light. Sangat tidak selamat!
Hari ini saya parking payung besar warna merah saya depan pintu surau sebelum masuk ke office. Saya harap payung saya selamat. Saya berjanji akan simpan payung tersebut pada waktu rehat nanti!
Hari ini saya lapar... 1 jam 30 minit menjelang lunch break, saya makan sebiji karipap yang memang akan saya sparekan sebab saya tau pada waktu begini saya akan lapar!
Hari ini saya mengantuk... Sebelum makan karipap tadi saya tersengguk-sengguk lantas terus tidur tiga minit dalam keadaan duduk. Sungguh tidak menarik!
Hari ini saya mahu pulang ke kampung halaman. Sebenarnya rumah emak dan ayah saya, sebab kampung halaman pada saya lebih merujuk kepada rumah arwah atok dan opah saya. Saya sangat tidak sabar untuk habis kerja!
Hari ini saya merasa sangat seronok!
P/S: Encik Izo ialah makhluk satu-satunya insan yang suka sound saya dengan ayat "Tak payah la cakap macam ayat buku!" Apa boleh buat, sayakan bekas tenaga pengajar... (tiada kaitan!)
0 precious comments:
Post a Comment