Hari 1st masuk office.... tadaaaaaaaaa!
1 ready tittle + 3 return titles = 4 titles + 1 title yang masih dgn Datin boss (I like!)
Maka dengan segera saya capai BB dan text di twitter
i swear i WON'T cuti lama-lama lagi!
begitu juga bunyi status di YM yang mengundang gelak ketawa rakan-rakan sealam cyber!
Dan demi kerja yang tidak mungkin pernah susut ini, saya layan kalendar untuk raya tahun depan yang jatuh pada Ogos 2011 bersamaan Syawal 1432H
(sebenarnya nak layan kalendar untuk bg dateline kat author hehe)
Dapatan/Analisis Kajian adalah seperti berikut:
(1)
28 & 29 Ramadhan 1432H = Sabtu & Ahad
30 Ramadhan 1432H = Isnin, 29/8/2011 = cuti perayaan
(harus kompiden MD akan bagi full day!)
(2)
1 Syawal 1432H = Selasa, 30/8/2011
2 Syawal 1432H = Rabu, 31/8/2011 = Hari Kemerdekaan Malaysia
Maka,
3 Syawal 1432H = Khamis, 1/9/2011 = Cuti ganti Merdeka
(3)
4 Syawal 1432H = Jumaat, 2/9/2011 = mintak cuti la sehari je kott
(4)
5 & 6 Syawal 1432H = Sabtu & Ahad kembali~~~
Kesimpulan Kajian:
Mintak cuti hanya untuk hari raya keempat yakni selama satu (1) hari tetapi anda akan bercuti selama 3 + 6 = 9 hari; 3 hari masih puasa dan 6 hari seterusnya ialah beraya yeebaa!!
~~~
Maka cuti yang 24 hari selebihnya bolehlah dibajetkan untuk hari-hari yang sebelum atau selepas rayanya nanti hehehe
Selesai!
~~~
Upsss! Raya tahun depan turn raya rumah mak siapa dulu?! *gulp!!*
0 precious comments:
Post a Comment