Sejak dua menjak kebelakangan ni, kesuperwomanan saya menjadi2 nampaknya. Hoyeah, ayat mmg boleh blah la lu! Hahaha ape kes?
Entah la kan tp sebab ada dua kaki ada dua tangan sempurna semua dengan sedikit keberanian dan kepala otak kreatif gila hahahaa ni angkat bakul x berat sgt 46 kg saje, saya makin menjadi-jadi gamble ke sana ke mari sendiri-sendiri!
Waktu blogging ni saya kat KLIA tunggu adik kesayangan berlepas ke NZ. Memang gamble la! Dengan x tahu jalannye saya belasah je sendiri-sendiri. Nak balik kang cemano? Haha kalau x jumpa jalan balik, berhentilah jadi manusia hahahhaah xtak belajar tinggi-tinggi, tulisan signboard pon x reti baca!
Tapi ada waktu-waktunya saya rasa ada insan-insan di luar sana fikir saya ni perempuan entah apa-apa. Kenapa? Hai tak kan lah tak tau pulak!
Perempuan, muda, lawa kecik comel (hahaha ni angkat sendiri!), berlagak buat semua perkara sendiri. Ayah kau mana? Adik-adik lelaki bodyguard kau mana? Tunang tersayang pendekar gagah kau mana? Saya jawab, ADA! Sentiasa ada bersama-sama saya, dalam hati dan jiwa saya!
Ok, fine! Ada masa ketika saya sentap juga. Saya bukan berlagak macho berniat songsang menukar fitrah. Saya mahu, saya perlu bantuan kamu-kamu para lelaki perkasa. Cuma selalunya saya lebih suka untuk susah sendiri-sendiri supaya nanti saya tahu duduk letak diri saya saat saya jatuh tersungkur tak bisa berdiri. Sekurang-kurangnya, tatkala saya masih boleh menongkat langit dengan kedua-dua tangan ini, saya punya waktu untuk belajar berdikari.
Saya tak pasti apa kata hati tuan tunang. Jauh sekali nak letak beliau yang saya sayang cinta kasih maha amat itu ke tepi. Selalu saya memberitahu kepergian saya ke sana ke sini cuma susah hati saya untuk sentiasa meminta itu dan ini tatkala saya masih belum menjadi tanggungan yang perlu beliau jawab di hadapan Maha Pencipta kita.
Saya tahu ada ketika hati tua ayah yang sentiasa muda dan sarat rasa cinta pada anak perempuan paling bongsu ini risau lihat saya kencang ke sana ke mari sendiri-sendiri tapi kasih sayang saya pada ayah juga menghalang saya terus-terusan menyusah-penatkan fizikal separuh uzur ayah untuk perkara-perkara yang mampu saya urus seorang-seorang.
Entah lah. Yang berbunyi yang membuka mulut mengumpat mengata BUKAN yang perlu menjawab tentang saya di depan Yang Esa.
Cukuplah saya memikirkan hati dan budi lelaki yang enam ini, yang sememangnya bakal-bakal disoal Allah tentang tanggungjawab mereka ke atas saya. Saya tahu saya yakin mereka semua tahu saya mampu uruskan diri maka kerana itulah mereka lepaskan saya begini.
Cuma saya mohon saya harap jika hati yang enam ini mahu saya meregek tangis minta dibelai & dimanjai, ucapkanlah... Kerana saya bisa bertukar jadi anak paling manja & kakak paling kuat menangis atau tunang yang paling blur tak tahu apa-apa untuk kalian jaga dan urusi. Tapi sanggup ke kalau saya begitu nanti? Ups!
Birthday cucu saudara
13 hours ago
0 precious comments:
Post a Comment