May 31, 2010

mode pelbagai...

Cuti tiga hari, syok balik kampung!
Tapi xde buat ape pon... selsema sepanjang cuti. Hampeh!

Masuk opis hari ni, keje masuk-masuk-masuk, xde yang keluar...
Tengah syok layan satu manuskrip sambil main gunting dan tampal, masuk satu page proof, dan esok akan sampai lagi satu manuskrip...
Saya seronok kerja di sini cuma kadang-kadang saya takut jadi buta! Ngeehehehe...
Hari ini saya malas bekerja. Hati saya tertinggal di rumah, jiwa saya terbang ke PJ! Hehe
Banyak kerja, sama banyak dengan main...
Kalau Encik Izo tau, kompem saya kena perli kaw-kaw!
Tapi takpe, janji kerja saya tak over dateline... Esokkk???? Huhuhu

Kelmarin di kenduri, ada makcik bertanya mak saya "Anak cikgu yang ini kerja apa? Dekat mana?"
Mak jadi serba salah, kalau sebut nanti takut banyak soal jawab pulak, maka mak cakap "Kerja tulis buku kat Shah Alam sana."
"Ooooo... Menulis bukuuuu..." Jawab makcik yang di sebelahnya dengan muncung panjang sambil pandang memandang.
Saya senyum-senyum saja sambil angguk tanda 'faham'...
Balik rumah mak cakap pada saya, "Mak tak tau nak cakap kau kerja apa pada diorang tadi. Mak cakap je la macam tu. Mesti diorg ingat kau kerja cikai yg xde gaji..."
"Bagus la mak, kalau cakap betul-betul nanti, lambat pulak kita balik sebab kena explain lebih!"
Saya tak kisah apa org nak cakap tentang kerjaan saya sebab saya suka kerja ini dan lumayan juga!
Cuma saya tak faham kenapa ada diskriminasi status dalam masyarakat di kampung saya?
Kakak saya punya cerita, ambil ubat di kaunter hospital, dilayan kerek oleh akak nurse.
"Kerja ape ni? Nak rekod!"
"Saya DOKTOR haiwan, kak," jawab kakak saya spontan!
Terus akak nurse itu senyum dan cakap lemah lembut... Perlu ke????
Cubalah... Cuba jadi insan berbudi bahasa, walau dgn siapa pun anda bersapaan!

Ah, tak kesah lah dengan masyarakat... Yang penting mak dan ayah saya pasti bangga, punya anak sulung seorang doktor haiwan, dan saya jadi editor! Anak-anak bujang mak juga pasti bakal-bakal buat mak dan ayah bangga sama seperti kami kakak-kakak mereka...

Mak dan ayah juga sedang berbangga, bakal dapat menantu tak lama lagi!
Kalau ade yang tanya nanti, "Menantu cikgu kerja apa?"
Saya suruh mak jawab, "Menantu saya seorang jaga!"

P/S: Sorry ayongm saya potong Q kamu! Ngeehehehe

May 27, 2010

hey, ya!

sejak sibuk tender resignation, da xde memblog dah...
sejak beli hp baru, da xde photo blogging dah...
tak indahnye dunia saye!!

alhamdulillah, dah sebulan di opis baru. gaji pon dah dapat, semalam! hehe
ups, gaji terakhir di opis lama bilakah bakal sy perolehi? huhu
kerjanya sesuai dengan perasaan, setakat ini lah...
cuma perlu ketekunan dan kesabaran yg tinggi, be double to the power of hundreds alert with everything, but i like doing d checking vm! thank Allah!
cuma jauh perjalanannya agak tak digemari... tabesh3x!
wid the tols of average RM5.10 per day, n d heavy traffic here and there, n d must of waking up as early as 530... saye saket kepale!!!
dan paling tak mahsyuk, walaupun suda dekat tetapi encik izo yang sebok baru dua kali kudatingi sepanjang perpindahan ini huhu

hmmmm... 3 more saturdays to pass be4 my E day...
oooo my honey bee, tak bole sabar mahu jadi tunanganmu!
hehe berangan kuat ini amoi!
semalam katanya dia kesingapore pd hari kejadian...
tak dapatlah berchenta di hari pertunangan ye?
tak pe la, d next week itu nnt kita ke wedding exhibition okeyh!
IF AND ONLY IF kamu tidak sebok..... berhentilah sebok!

petang ini, lepas kerja akan terus pulang ke kampung halaman...
nak tengok ape progress prep utk majlis itu nnt
kesian bonda buat semuanya sendiri... maaf bonda, saya jauh lagi sibuk!
nway tqvm bonda, i love u more!!
sabtu nnt kwn saya penya majlis... dua2nya kawan saya...
sabtu depan kwn lagi... dan lagi...
kemudian sabtu berikutnya sabtu terakhir saya berstatus "single and available"
esoknya masih single tapi "single but engaged" hehehe

sebenarnya, sejak perancangan ini di buat kurang enam bulan yg lepas, semalam kali pertama saya mula merasa excited utk bertunang!
tq encik izo kerana membuat saya excited (selepas dua minggu kamu menghilangkan diri!)
tak lama lagi boleh la start hunting~~~~
tak sabar!
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers