May 22, 2011

Jong Jong Inai Mak Ipong Raja Wali

Sejak kecil sampai sekarang, saya dan poja masih mengamalkan kegiatan kepala otak gila meroyan secara berjemaah! Poja dah kawen selama 1 tahun 4 bulan 22 hari dan saya akan kahwin dalam masa seminggu lagi. Hari ni poja buat manicure treatment dengan bersungguh-sungguh siap potong kuku kaki saya bagai. Maklumla sepupu dia ni tengah uzur, setakat bongkok 30 darjah tu pon dah masalah besar, memang kena cari tukang la kalau nak ptg kuku kaki yg keras tu. End up dia boleh gilapkan sekali, memang ahkak x pegi salon dah la, nyah!
Lepas maghrib tu boleh pulak dia tunjuk inai tube tu. Katanya kawan dia beli kat Mekah walaupun nampak macam inai beli kat Mydin. Maka operasi belah malam ialah trial and error tepek inai kat kuku jari tangan. Sekali kau merah la pulak! Huhu... Sebenarnya dan dua tiga kali argue dgn Izo pasal nak pakai tak nak pakai inai ni. Saya taknak sebenarnya sebab tak gemor kate org Perak tu. Tapi dia cakap kalau tak pakai tak macam kawen la... Haishhh kau ni nak macam-macam pulak haishhh *ahaks, tetibe!* hurmmmm tgk rupa cani lawo jugak, tapi kalau x pakai inai penuh memerah di hujung jari cam pengantin tu, agak-agak korang kena seligi dgn uwan saya dan nenek Izo, x?! Huhuhuuu penat saya pujuk Izo pakai inai sama tapi jawapan tidak meyakinkan! Tsk.. Kalau dia x pakai... Siaplah!!! Hehe
Oklah, ni nak share sikit artikel berkaitan pemakaian inai yang saya jumpa di laman web mysifu.net bertarikh 7 Januari 2011.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
(1) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
(2) Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
(3) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Ini sekadar perkongsian. Saudara-saudari boleh merujuk ahli-ahli agama yang lebih arif berkenaan isu ini. (=

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers