D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

October 27, 2011

Setengah tahun sudah berlalu...

Semalam deepavali wordless wednesday maka tak boleh tempek entry membebel panjang2... Eh, kaitan?
So kita tempek je hari ni untuk coretan tentang tarikh 26 semalam la tu...

Semalam, Rabu, 26 Oktober 2011, genap 6 bulan = setengan tahun saya selamat menjalani disectomy.
Alhamdulillah, pada usia 26 ini, saya diberikan kesempatan merasai nikmat diuji dengan pembedahan.
Eleh, ada orang sejak lahir dah berkali-kali dibedah, tak kecoh, pon!
Mungkin la saya terlebih kecoh tetapi apabila betul-betul berdiri dalam kasut sendiri eh ayat ape ni?! perasaannya sukar untuk diucapkan...

Ingat lagi usai menerima keputusan MRI Scan. "You have to wait 2 to 3 years to get pregnant!"
Jiran tetanggga pulak me'rumours'kan, "Anak cikgu tu tak jadi kawin, tangguh majlisnya..." atau "Dah sebulan dah kat hospital belum keluar lagi tak boleh berjalan..." dan lebih dahsyat, "Ish, mesti tak boleh mengandung dah lah tu!"
Ayah senyum, emak ketawa, kakak dan adik-adik yang masih darah panas menggelegak je yang kadang-kadang sentap!
Saya? Berita-berita macam tu la yang buat saya nak lebih segera sembuh.

In fact, sehari selepas pembedahan saya dah berjalan pun...
Tapi haruslah dengan bantuan orang lain *terima kasih daun keladi semua*
Cuma hari ke 3 & 4 yang terlantar kesan ubat yang tak sesuai buat saya muntah sepanjang hari.
Dan sebulan tiga hari selepas disect saya selamat diijabkabulkan dengan lelaki paaaaaaaaaaaaaaaaling saya admire sejak awal remaja lagi... Oh, paling tu over! Hehe
The most happiest is enam bulan selepas disect saya dah pun hamil 4 bulan setengah!
Kata-kata tuhan kan jauh lebih bermakna!

Bila saya renung lama-lama, jalan hidup saya sebenarnya sukar...
Tapi setiap kali tiba saat saya putus asa, Tuhan pasti gugurkan sekuntum bunga.
Wangi.
Segar.
Lantas saya cepat sedar, hidup ini hadiah yang indah!

Saya selalu fikir, mungkin tuhan bagi baby ni sebagai satu cara untuk cepatkan penyembuhan saya.
Macam mana?
Dengan semangat...
Kalau orang lain pada usia kandungan hampir ke penghujung baru nak sakit-sakit pinggang lenguh-lenguh belakang...
Tapi saya sejak usia si anak baru 10 minggu dalam kandungan saya dah mula menangis-nangis tak larat bangun dari pembaringan.

Kadang-kadang saya rasa serba tak kena.
Orang selalu kata, "kalau mengandung memang macam tu!"
Tapi pendapat saya berbeza.
Dan saya selalu jawab semua, "dont blame my pregnancy!"
Kalau baby dengar nanti kan dia kecil hati...

Entahlah...
Ramai yang kata semangat saya kuat...
Tapi ramai yang tak tahu saya cuma buat-buat kuat *big grin*
Kadang-kadang bila sakit dah tak tahan, saya buat-buat tak tahu saja.
Nak ke hospital memang tak lah!
Selagi saya boleh tahan, saya akan tahan, taknak baby merasa bahan-bahan kimia ubat-ubatan yang saya perlu telan.
Mommy rela sakit, asal anak sihat :)

Bila tengok dia melompat-lompat berjimnastik dalam kantung rahim saya, doktor selalu kata, "Dia tahu emaknya sakit sebab tu dia aktif, taknak emaknya sedih."
Eh ye ke? Kalau anak tahu, baguslah....
Mommy bukan sakit sebab kamu, mommy memang sakit sebelum mommy "jumpa" ayah kamu... Ehem... Ehem...
Nanti bila kamu besar, kalau mommy dah tak boleh bangun, kamu mesti jaga ayah macam mana ayah jaga mommy, ok, baby?!
Haaaaaaaaa... Mcm tu lah anak mommy!

Above all, saya syukur sangat sebab berjaya lalui enam bulan yang sakit ini.
Sumpah, sakit! Eh, salah! Alhamdulillah, merasa jugak nikmat sakit!
Sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang betul-betul sayangi saya...
Dan paling penting saya tahu setinggi mana balasan kasih saya pada mereka-mereka...
Terima kasih tuhan sebab letak saya dalam golongan yang berjaya untuk lalui ujian ini (setakat ini)...
Saya harap hari-hari yang akan datang saya akan kembali pulih... Macam dulu!

Boleh solat sempurna tak perlu duduk lagi...
Boleh jadi driver angkut adik-adik kemana-mana merakan sebut nak pergi...
Boleh angkat barang dan buat kerja berat supaya tak bebankan suami...
Boleh lompat-lompat dan berlari untuk ekspresi kebebasan hati...
Dan boleh sempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah, isteri, anak, kakak, adik, kawan malah mommy untuuk cikenit yang bakal lahir nanti...

Rindunya saya pada zaman tahan sakit gamble ke sana-ke mari.
Tapi zaman sakit begini seronok juga sebab semua orang beri perhatian untuk saya.
Kalau dulu bila cakap, "sakit sikit je..." semua orang ambil sebagai 'sikit jer..."
Tapi sekarang jangan harap ada yang percaya walaupun betul-betul 'sikit je...'

Indahkan ujian tuhan? :)

3 precious comments:

LeeN said...

salam iza...

wahh. leen pertama kali masuk sini. maaf ya sebab lambat. rasa insaf sangat atas ketabahan iza menjalani ujian.. dan betapa uniknya setiap keputusan dan takdir Allah..

dah pregnant pun kan.. happy. apa2 pun all the best to iza dan take care ok.. hidup ini mmg banyak mengajar kita supaya hanya utk percaya dan berharap pd Allah semata2.. InsyaAllah.

kudozu said...

sedih :3

LaLaLOLa said...

Leen: Nama kita Dila la hehe nway tq for dropping by. sy dpt byk info & tips from ur blog. tqvm. Kamu juga all d best n take care :)

Kudozu: Nape ko sedih, dik? Ko patut gumbira ho akak dah sihat... walaupun graf tangen hahaha