Showing posts with label pengalaman mendewasakan. Show all posts
Showing posts with label pengalaman mendewasakan. Show all posts

October 31, 2014

of baby travelling gear

 Assalamualaikum mommies :)
 
Anak
Nyawa
Harta
Kat mana bezanya?

Well, check semula. Cuba check semula.
Handbags kita, kasut kita, pakaian kita dan anak2.
Pendek kata keperluan harian kita lah.
Ade je kan yg satu tu harganya sampai RM200-RM300.
Kan?

Then, click here and check...
Ada tak yg afordable untuk kita gunakan, bawak anak travel seharian?
 
 

 Above was my post to one of a BW group I joined in FB.
Group mak2 lah gitu.
So, can you see the impact?
Do you now plan to present a car seat to each of your kid at suitable age?
Cewah, momy dah mcm chek-ghu!

But then, this is very true!
 
Mcm saya, rumah dan taska jaraknya jauh kemain.
Kalau traffic elok, setengah jam baru smpai.
Kalau weather bad, traffic not being nice to us, ade pernah 3 jam baru sampai rumah.
Jadi pada saya car seat ni tersangatlah keperluan...

Saya mula ajar anak-anak saya duk dlm car seat waktu travel sejak dorang hbs pantang
i.e. dlm perjalanan balik dr kampung tu ke KL b4 start kerja semula.
Alhamdulillah, adik, at 100th days usianya dia dah takde melalak2 dlm tu.
Sebelum tu memang la the first few weeks tu chaos sgt keadaannya kitorg g & balik kerja.
Ye, sy travel sensorg dgn 2 kids - a toddler & a baby!

Tapi alhamdulillah la... memudahkan
Sy pon mudah nak drive, depa pon mudah nak tido ke hape... selesa!

Al kisah mother's day thn ni kitorg eksiden.
Langgar pokok pasal UA x sedar dia terrrtido
Mujur jugak ade pokok tu, else, kitorg dah tak tahu hape jadi menjunam ke MRR2 depan tu
Zihni tergolek ke bawah seat co-pilot tu
Sebabnye tak tied dia dlm carseat.
Alasan bodohnya, DEKAT JE GI GIANT JE PON!

Mujur kitorg baru balik shopping brg basah
Tergolek atad daging atas ayam atas sayur
so no injuries, alhamdulillah
waktu tu saya pregnant 7 bulan
Pon mujur xde pape sbb sy pon tak pakai seatbelt time tu.
So stupid!
 
Zihni pon until now on kalau masuk kereta je mintak "ikat"
Kalau saya atau ayah dia x pakai seat belt pon dia suruh "ikat"
Dan kalau lalu tempat kejadian tu, memang dia memekak je
ungkit2 pastu marah2 ayah dia pasal bawak kete tak hati2
Hailah anak... tensen ayah tu tau!

Sumpah, sampai skrg saya nyesal.
Sampai kekadang mcm paranoid pon ade
Bila atok opah dia nk bawak berjalan, saya paksa pindahkan carseat ke kereta depa.
Saya tak tahulah if they use it or not
Tapi if they arent, and bad things happen,
and Zihni effected sebab tak neatly tied kat carseat dia
Korang rasa korang tahu tak ape yg akan sy blame dulu?

So, hopefully...
Korang belikanlah satu carseat utk setiap org anak kalau korang mampu ye.
Kemalangan takberbau.
Ye, betul...
Kalau hati2 sangat pon kalau nak jadi, kun fa ya kun, kan?
Tapi at least, selepas berusaha memberikan yg terbaik utk anak kita,
mungkin sesalnya tak sebesar kalau kita tak buat pape, kan?

Tahu, tapi taknak buat.
Tu sombong namanya.
Allahualam...

Sincerely,
post signature

May 8, 2014

MDS: Kronologi episod 7

Setahun berlalu selepas entry ini...
Jom kita imbau semua kenangan pahit manis diberi peluang kedua untuk bertatih :)

Hari ke-5 kita muntah pain killer!
Whadda!!!
Setahu sayalah kan, saya takboleh makan panadol & ponstant je.
Kalau makan sure 4-5 jam kemudian saya muntah atau cirit-birit.
Mungkin aplikasi kali ni pon serupa kot huhu...
3 janis pain killer ok depa tuker.
End up pasang morphine semula T___T
Lagi disaster, tak boleh balik rumah lagi hohohoi...

Frends came in from for visit
A basket full of flowers & best wishes from Editorial team
Great food of my choice
Mak mandikan daku macam baby
Oh, I was a happy drug-user kahkahkah

The physiotherapy went very well, I like it best!
Ala, bukan buat apa sangat pun, angkat-angkat kaki jer...
Tapi sakit. Seriously sakit!
Sebab semuanya mcm start from ZERO.
Was like, kau tahu mcm mana nak angkat kaki tu, mudah dan tak sakit tapi kau macam tak reti nak angkat kaki yang mudah dan tak sakit tu camana. Gitu!

Malamnya tido dan makan lagi sampai boleh discharge 5 hari selepas pembedahan...
Ok yg ni nanti kita story mory lain ketika okeh :)

April 30, 2014

#throwback | P E L U A N G K E D U A

26 April 2011 - 26 April 2014 : 3 tahun pasca discectomy saya kongsikan #throwback nya di fb jer...

~~~~~~~~~~
FB post on 21 April 2014

Bumped into this post, 5 days before the third year of the tragedy.

As far as I remember, tomorrow, 3 years back, we went out for hantaran things shopping & having supper with a small group of SEMSASIAN9802. It was Friday.

The next day, woke up to feel the backpain which I was certain that it's only another "muscle cramp" as the doctors always said. Crawling down the bed for shower, sempat cuci bilik air ok time tu... Sambil duduk! At noon, cant bear the pain anymore, push myself to get up and drove to the nearest clinic. Yes, I cant stand up, not even sitting down!

The nearest parking bay was a few cars away. Again, crawling myself to the door of the clinic on the hot sunny Saturday. CRAWLING! The clinic was about to close.

Begging the nurse to meet the doctor. Got my turn, the last of the day. Managed to get into the doctor's room. "What's wrong with me? Is it my kidney?" was my last two sentences before I felt on the doctor's shoes. ON THE DOCTOR'S SHOES!

Was refered straight away to the nearest panel hospital (thank Allah for the permanent job with good medical benifits You gave me before all thise things happen!), did the MRI and the first thing the doctor told me was, "I can arrange your operation by tomorrow morning, I dont think you can wait!"

The rest... Nanti sambung.. Tetibe sesak nafas mengingat kisah silam huhu

P/S:
The "tomorrow morning" was SUNDAY, by the way... T___T 


 ~~~~~~~~~~
FB post on 23 April 2014 @ 7:11 p.m.


[sambungan...]

Mlm ini, 3 tahun lepas.
Saya terlantar di katil Damansara Specialist Hospital.
Dah x sakit dah tapi saya tak dibenarkan bergerak.
Ok saya gerak sikit2 sebab tak sakit dah.
Slip disc ni bukan setiap masa ko sakit.
Bila byk rehat nnt sakit tu tinggalkan ko kejap.

So saya sekadar baring.
Bangun g tandas je.
Tu pon mak tak bagi kunci. *shy*
Mandi. Shower. No bucket.
Gosok gigi. Slow2 je.
Sebab semua perbuatan boleh sebabkn disc makin gerak n himpit nerve saya.
Sangat tipis kawasan yg tinggal kata doktor.
Jatuh sekali, mungkin lumpuh.
Mau tak nangis kau dengar tu?
Eh tak... Saya tak nangis... Nangis dlm hati je, kejap!

Tunang sy & parents dia dtg.
PIL to be nasihatkn mak ayah sy utk teruskn operate.
"Kita jaga dia sama2," katanya.
Nikahnya lagi sebulan seminggu.
Bukan mudah utk menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Pembedahan TULANG BELAKANG!

Doktor dtg lagi.
Explen pada parents.
Ye, parents saya baru sampai ptg tu.
Kakak sy tengok film xray tu.
Dia pon cakap SIKITTT je lagi huhu.
Plg takbleh blah ayat doktor haiwan dia tu, "kalau anjing ke kucing ke ni, kitorg kna matikan dulu baru bleh operate."
Huhu kalo matikan aku, takyah la operste dah... Kahkahkah....

 Oklah, sebenarnya sebak... Nnt sbung lagi!





~~~~~~~~~~

FB post on 25 April 2014 @ 11:30 p.m.

[sambungan lagi...]

Sekarang, 3 tahun lalu, sy minum tegukan last dan start berpuasa.
Tak ingat sy mampu tidur atau tidak malam tu sebab esok seawal 730 pagi saya akan disorong ke bilik bedah...


Pagi tadi, 3 tahun lalu, Isnin 25/4/2011, saya kalut call pakar saraf dan tulang di KB, tak ingat namanya.
Menceritakan perihal mri saya, katanya dia x advice utk treatment lain selain operation.
Saya cuak! Called tunang saya, "Saya takut..." and that was my first tears after admitted on Saturday.

Later then, I made up my mind.
I need to get my life back.
I need the operation!

Tengah hari itu, ayah saya sampai.
Ayah nampak tenang.
Tapi saya nampak paper yg sedang dibaca sebenarnya dlm keadaan terbalik.
Saya katakan saya dah ada keputusan.
Jawab ayah, "Kalau boleh, ayah taknak anak2 ayah dioperate." dan saya tidak pun menanya alasannya.

 Petang itu Dr. Malik datang dgn dayang2nya.
Saya senyum-senyum.
"Saya setuju dioperate!" dengan riak penuh yakin tapi hati goyah sikit.
Terus dayang Dr. Malik hulur borang dan pen.
Saya sign.
"Ok esok 730 pagi nurse dtg ambil awak. First slot, saya taknak tunggu lagi."
Tamat...
Ini bukan terlajak perahu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 7:40 a.m.

[sambungan bahagian 4]

It's the day!


Jap tadi, 3 tahun dulu, nurse dtg bg baju OT.
Betul2 lps sudah mandi.
Saya pakai dgn perasaan kosong.
Tapi saya senyum!

Tak lama lepas tu family sampai.
Mak ikatkan baju tu, ikat belah belakang.
Tunang tiada.
Dia exam hari tu.
Paper master.
**Sebab saya, dia fail papernya!**

Lepastu saya baring.
Lebih kurang jam 745 saya disorong ke dewan bedah.
Saya tetap senyum.
Ada mak, ayah, adik saya, paklong & maklong.

Saya cakap dalam hati, "Eh, mcm drama pulak!"
Saya ckp mcm tu byk kali.
Especially bila scene lalu pintu byk.
Dan bila nurse ckp "Family tunggu sini je," bila dah betul2 sampai ke dewan OT.


Tiba2 air mata saya bergenang.
Sekarang!
Tengah bergenang!
Kalaulah 3 tahun dulu pembedahan itu tak berjaya, siapalah saya hari ini?

TERIMA KASIH ALLAH!
Terima kasih untuk kehidupan kedua ini.
Terima kasih untuk saraf tunjang dan kedua kaki ini.
Terima kasih kerana melahirkan saya dalam family ini.
Terima kasih menjodohkan saya dengan lelaki ini & keluarganya.
Terima kasih untuk semua ujian dan dugaanMu!

~~~~~~~~~~
FB post on 26 April 2014 @ 10:10 p.m.

[sambungan bahagian 5]

Alhamdulillah...

Tghari tadi, beberapa minit sebelum jam 1, 3 tahun lepas, saya ditolak keluar OT selepas 5 jam dioperasi.
Saya sedar dlm keadaan sedang menangis teresak2.

Tok Mat (pakar bius saya) yg paling panic.
Katanya, "Bertahun saya jadi doktor bius, saya belum pernah gagal. Awak jgnlah gagalkn saya yg dah nk pencen ni... Dah xde dos saya boleh bagi awak. Maksimum dah tadi..."

Alkisah rupanya saya 'terjaga' sekejap ketika operation.
Ya Allah... Taknak saya ingat!

Jam 4 saya dah boleh bangun.
Berjalan.
Tapi dengan bantuan tongkat kaki 4 tu.
Yup, saya berkaki 6.
Tapi tu dah cukup syukur...
Sebab saya boleh berjalan selepas 3 jam keluar OT.
Alhamdulillah...

Sampai di bilik fisio, ditolak atas wheelchair oleh Faizal (terapist), para terapist yg lain dah menanti.
Kak Akmal, Kak Siti dan 2-3 terapist lain yg sy x ingat namanya.
Semua tunggu saya dengan linangan air mata.
Sedih katanya sbb sy masih muda dan keadaan spine sy tu memang teruk (dorg dah tengok film MRI tu) dan tak sangka saya boleh bangun berjalan secepat itu.
Alhamdulillah...

Skrg, 3 thn lps, sy terbaring mengekek2 ketawa tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kakak saya!
Sakit?
On morphine maaa...
Heaven!
Hikhik

~~~~~~~~~~

Hmmm... Sehingga situ sahaja, tak mampu saya nak coretkan lagi tetapi masih mahu mencoret sebanarnya...
Hati saya suka, syukur...
Hati saya juga menangis...
Ya Allah, hanya Kau sahaja yang mampu memberikan kami KEHIDUPAN SEMULA!

3 tahun dalam kehidupan kedua...

3 tahun pasca discectomy... 
Hari ni 3 tahun 4 hari dah...
Alhamdulillah, melalui segala kesakitan...
Takde coretan khas di blog, tapi nanti ku copypaste dari fb ye :)
INSYAALLAH...



Salam sayang; Momy The Zs

March 21, 2014

Pantang bersalin bagi org2 yg czer...

Hmmm dek kerana daku ni bile dah minggu ke-34 camtu baru betul-betul decided nak czer forever dengan sokongan mak & mak mertua serta nenek-nenek & makcik-makcik belah sendiri n belah UA, so makcik memang la not well prepared untuk pantang czer ni huhu... Pulak tu bila balik pantang kat kampung bidan-bidan yg sorg dua jumpa tu namo urut sebab katenye takut etc maka pasrah. Pantang zihni setakat mandi air dedaunan yg mak rebus + jaga makan sikit-sikit... Mujur la rajin jugak blogwalking n ade sepupu n kekawan berpengalaman ni so belajr la sesikit...

Kalau ikutkan Nawal Herbal Beauty, kekdah pantang bg org czer ni acamni...

1. Minuman ais sejuk atau ais ketul tak boleh langsung wajib 100 hari elakkan. Ais ketul tu paling bahaya digalakkan elakkan selama 1 tahun. 
>> Saya memang elak ais & air sejuk complete setahun. Konon azam bila bday ZA nak try la sirap ais kan hahah sekali tekak pon dah tak eksaited nak inum ais. Myb sebab latihan setahun tu dah otometik set kat hati & minda yg ais-ais ni tak baguih huhu tapi kekadang minum juge la sekarang ni...

2. Telur tak boleh selama berpantang 60 hari, lbh lama lg bagus. Telur blh menyebabkan luka jahitan kembali sakit dan bernanah kalu diteruskan makan.
>> Saya tak ingat bila start makan telur & ayam sume tu tapi rasanya sebelum 40 hari dah makan cuma tak banyak la sesikit aje... Makan pon Alhamdulillah xde la gatal ka nanah ke hape. Tapi yg second ni nanti taknak la makan, nak jaga bebetol!

3. Sayur sejuk spt kangkung, timun, terung wajib dielakkan selama pantang 60 hari.
>> Saya dulu mcm belasah je makan sayur terutama lobak putih sebab nak banyakkan susu. Tapi alhamdulillah xde kembung. Za pon ok je kecuali hari tu mkn jagung tetibe hamek kau menangis tak benti dia pasal kembung huhu
 
4. Buah Oren manis kena makan selalu ya utk cepat baik luka jahitan.

>> Saaaangat betul dan saangat suka! Baik utk cepat pulihkan luka. dah la pesen x boleh mkn gamat n haruan tu sbb za jadi cirit birit pulak
 
5. Buah oren yg masam2 elakkan ya.

6. Amalkan minum air jeli gamat utk cepat sembuhkan luka.

>> Ohhh dulu masa zihni tak menjadi... cirit birit budak itu. trus stop. makan oren saja huhu tapi baru2 ni dapat info doktor kata gamat & haruan tu mmg cpt sebuhkan luka tapi akan tinggalkan lapisan tebal kat atas luka tu. kalau kena czer lagi, susah nak buang perut tebal dulu b4 kuarkan bby
 
7. Jangan banyak berjalan selama dlm pantang 40 hari. Kurangkan pergerakan. Kalau berjalan dgn langkah perlahan-lahan saja. semakin aktif berjalan, semakin payah luka nak sembuh.

>> Dulu terpaksa, mak kerja lagi, yg jaga adik lelaki ku huhu. Malam je mak ada kat rumah. tp sian mak. b4 g kje kna siap2 masak n mandikan cucu huhu. Tapi kali ni elok mak dah pencen sebulan hihi insyaAllah lebih terkawal pantang adik Z nanti.
 
8. Pakai bengkung ibu tiap hari, tapi longgarkan ikatan tali di bahagian perut tu. Bengkung ibu penting untuk menjaga postur tubuh dan mengemaskan badan. Juga utk back up perut supaya x jatuh.

>> Ah yang ni mmg nak buat lah. nak beli kat butikbengkungmoden.com nanti... Hehe
 

9. Mandi dgn air suam setiap hari dengan air rebusan herba mandian azzahra. Ia berkesan untuk membuang angin, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa sakit dalaman badan.
>> POn nak beli herba mandian azzahra kat puan liysa :)




10. Bertungku di bahagian perut tidak boleh dilakukan sama sekali langsung. Ibu hanya blh bertungku di celah peha, di atas peha, betis, belakang badan saja. Bertungku di celah peha paling penting untuk mengecutkan urat peranakan.
>> Ni memang buat... sebab badan sakit-sakit tak berurut... Maka kita tungkukan saja huhu... Harap-harap kali ni nnt jumpa bidan yg sanggup urut lepas czer di kawasan sekitar mak huhu

Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu tahu berkaitan tatacara berpantang khasnya untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Bersalin ikut kaedah 'tingkap' ini sememangnya agak mudah, kurang rasa sakit kerana ibu diberi ubat bius sepanjang proses bersalin. Berbeza dengan kaedah bersalin secara normal kerana ibu sememangnya dalam keadaan sedar sepanjang masa. Tetapi, dalam aspek penjagaan dalam pantang, ia agak sukar dan proses penyembuhan luka memakan masa yang agak panjang. Tempoh masa berpantang juga lebih lama iaitu biasanya 100 hari.

Hmm memang lah dah remind UA byk kali, kite nak pantang 100 hari tau... Pose tau... walaupun beliau cuba menggoda huhu siannnn die...

~~~~~
Barang penjagaan pantang yg nak dibeli nanti (tunggu bonus masuk huhu... demi badan yg sehattt!!!)
Senang tinggalkan link sini saje huhu
1. Bengkung Moden 4 Panel Saiz L RM235
2. Laundry net untuk basuh bengkung tu RM7
3. Black Seed Honey untuk sembuhkan luka czer luar & dalam
4. Pati Minyak Serai Wangi Nawal Herbal Beauty RM30
5. Herba Mandian Azzahra NHB RM50
6. Bedak Panas Syifa NHB RM24
 

April 26, 2013

MDS: Kronologi episod 6

ALHAMDULILLAH... 26 April 2013, genap 2 tahun saya melaluinya dengan kaih dan rahmat Allah

Sambungan episod 5 -hari ke dua pasca discectomy :)
Dah boleh jalan ke sebenarnya???
Eh dah...
Malam tu siap boleh bergolek bergelak ketawa tengok movie
Hantu Kak Limah Balik Rumah
ngeee...
pasal malam tu ayong jaga

rasa macam tak yah jaga kot sebab boleh bergerak sume tapi actually saya tak dibenarkan bergerak so itu ini sume kena org buatkan
Oh ok part gelak tu kan takyah nak gelak sangat la sebab kau ade morphine tu mmg tak aci sangat hehe




So esok pagi dorgplan nak switch off the machine. Katanya dah sihat sangat kannn
Pagi berfisio lagi dgn mesin tu bawak ke hulu ke hilir
then tengah hari Tok Mat dtg pastu decide bukak drip. kalau sakit makan pain killer
ok kat situlah bermulanya disaster *nangis berlagu balada*
Sejam lepas makan painkiller...
Muntah!
tghr tukar pain killer...
Muntah!
Petang dah lembek, tak boleh bangun sebab...
bayangkan lah belakang tu masih lembut lagi ok tisu dia baru 2nd day operate belum cantum betul kan
pastu kalau muntah korang bayangkanlah postur badan sume
tu fizikal
yg dalam tu?
yg kena hiris koyak2 pastu allocate semula bagai tu
ok takyah tahu rasa cane

So pasang morphine semula
gila, ok... patut esok tu saya dah boleh discaj tapi menjadikannye seminggu tau...
bayaran pon up lagi la huhu
ok tetibe sedih bila teringat part bayaran...
hurm... nantilah sambung *sobs*
 

April 17, 2013

MDS: Staff RC yang sangat superb!

Cerita tentang rakan-rakan di Rehabilitation Center, Damansara Specialist Hospital.
Hari 1st admitted, Sabtu. Org kerja halfday, so x ke rehab sebab prosedure semua pon setel dalam 3++ p.m.

Then 3rd day tu, Isnin 25hb pagi ada sorg terapis tu datang. Nama kat name tag tulis Faizal.

Faizal: Cik Basripuzi Nuru... (dgn penuh susah payah putuih napas)
Saya: Nuruladila (mcm biasa teruih jawab dulu)... Hehe
F: Ha, Cik Basripuzi Nuruladila ye ni? Saya Faizal, nak bawak cik ke bilik terapi. Naik kerusi ni. (tunjuk kat wilca)
S: (bangun)
F: Eh, perlahan-lahan la mana boleh laju-laju.
S: Oooo, ek? Dah tak sakit dah.
F: Memang la awak rasa tak sakit tapi dalam tu mana nak tahu. (I guess he is a Kelantanese)
S: Hooo, ok! Saya jalan sendiri la ye. (malu pulak nak naik wilca pastu lelaki tak dikenali tolak. ha, imaginasi you!)
F: Haish mana boleh! Naik... Naik...
Ok la naik wilca. faizal pesan pakai selipar kalo tak kena selimut. Ha, gitu prosedur dia. tapi mmg la aku pakai selipar kan... huhu
So tolak... turun lift... sampai rehab center. daftar. masuk.

Datang sorang terapis pompuan. pakai mask. tapi i guess dia cantik. perkenalkan diri as Siti. tanya nama saya, umur. pastu bahasakan diri Kak Siti padahal rasa cam sebaya. ha, gitu.
Then cam biasa la kan kena temuramah pesakit. So temuramah. Pastu.... Tetibe kak siti tu nangis korang tau! Huhu...
Saya: Kenapa akak nangis.
Siti: Sedih la cerita awak. Camana awak boleh tak tahu awak sakit?
Saya: Ntah. Doktor cakap saya nerve tersepit. pastu injection, baik. So saya ikut je la janji tak sakit.
Siti: Eee... sedih la... Dah la awak nak kawin bulan depan.
Saya: Hehe (speechless wei... dah la aku tak nangis ni... adoyai...)

Pastu dtg plak sorg lagi terapis nama dia Akmal. pon bahasakan diri "akak" so ok, tibai la labu akak pon okeh. Finally find out Kak Akmal is a mother of 3, waktu tu, now dah 4 heroes haha
Ok, kak Akmal ni tegas sikit. I tot dia super duper senior. tapi Kak Akmal pon sedih cuma dia tak nangis lah. Hurmmm sedih ye? Entah la...

Saya tak rasa sedih pun tapi terkejut. Semuanya tetiba! Tetibe sangatttt
I guess both mak n ayah lagi la super terkejut & merasa lemah segala urat saraf kan.
Ye la, anak yang dijaga sehingga 26 tahun tetibe sakit pastu immideate kena operate la hape kan...
Adoyai... Saya kalau ZA sakit pon dah rasa separuh jiwaku pergi weiiii!!!

So the friendship goes on sampai sekarang pon kalau saya drop by RC DSH tu dorg kenal lg saye hehe...
Baik sangat.. Mmg memulihkan fizikal dan mental la team ni!
Rasa nak belanja makan kek je! #EH!

March 18, 2013

MDS: Kronologi episod 5


Tetiba saya rasa ya tuhan sakitnya!!!
Tetiba sy dengar suara.
"Kenapa Cik? Sakit sgt ke? Bukak mata, cik... Bukak mata."
Sy bukak mata.
Dpt saya rasakan muka saya basah.
Saya menangis.

"Sakitnya... Prosedur dah selesai ke?" saya cuba bersuara.
Tok Mat dtg.
"Sakit sangat? Eh, kenapa mcm ni? Awak jgn gagalkan saya. Saya dah x boleh bg bius lg. Dah maksimum sy bg awak masa kat dlm td!" jelas beliau gelabah.

Sumpah sakit!
Rasa mcm seluruh kulit di belakang bdn sy disiat2 dlm keadaan sedar.
Sejuk! Menggeletar laju!

"Nurse, we need morphine!" kata Tok Mat.
"Sabar ye cik. Doktor akan bg ubat tahan sakit nnt."

Tak lama lps tu sy nampak mereka masukkan sesuatu dlm line drip di tgnsaya.
Sambung ke mesin.
Dan lepas tu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LEGA!

Later I found it was morphine was used on me as pain killer.
And later too I found dat I was crying a few times during the operation and dats make Tok Mat finally have to supply me the max amount.
Huhuhu sedar ketika dibedah should be d very very last think i would dream of huhu.
Dh beres pon sakit cam nak ma**, kalo tgh2 tu...
Mmg ma** trus huhu...

Lepas tangisan reda, sy dgr Tok Mat arahkan nurses stroll sy ke luar.
Oh, after prosedure mmg patient will ne left to anaesthetist n d team shj kot.
Surgeon tah ke mana.

Bila keluar saya tgk semua yg saya syg sdg menunggu.
Ada mak ayah doin maklong paklong dan tunang saya.
Semua wajah lega tp cemas masih bergaris.
Manakan tidak, saya disorong masuk jam 8 a.m.
Dan dijanjikn selesai dlm masa 2+ jam.
End up saya disorong keluar dari OT menghampiri waktu Zuhur.
Syukur alhamdulillah, saya disorong terus ke wad, bkn ICU hihi...

Pemindahan dari troli OT ke katil ialah azab kedua pasca discectomy.
Sakiiit!!!
Selepas itu saya direhatkan tanpa mkn minum.
Menjelang petang, saya kehausan.
Sakit menjadi2 buat saya asyik menekan butang morphine tu.
Saya lalok.
Saya ulang morphine.
Heaven!
Oh, ini rupanya nikmat penagih hahaha.

Belum sampai 6 jam, lbh kurang jam 4, dtg rakan2 dari Rehab Center.
Oh, tak ingat kalau-kalau saya pernah cerita tentang mereka di RC yang berjuraian air mata meneripa patient semuda saya dalam kes ini.
Nanti saya check.
Jika belum, nnt saya ceritakan :)

En. Faizal was d only male staff yg berurusan dgn saya.
Tugasnya menyorong saya ke RC dari katil dan balik ke katil semula.
Sepanjang perjalanan, Faizal akan bg saya kata-kata semangat.
Saya seronok ke RC.
Hari pertama, kurang 6 jam selepas pembedahan, saya berjaya berjalan, beberapa langkah... tanpa mengangkat kaki!
Wasn't it an impressive achievement?!
Syukurrrr tuhan!

Tapi esok menulis takdir yang berbeza.... 

**Bersambung**

January 27, 2013

#throwback 2012

Assalamualaikum semua... Rindu saya tak? Eceh!

Hurm... Lamanya tak menulis! Sungguh! Sejak entry terakhir dulu (tu pun copy-paste-edit), terimalah entry pertama saya bagi tahun 2013, merangkap entry ke-408 setelah 100 hari berselang dengan entry ke-407 yang menutup diari 2012 bolg ini...

Alhan wa sahlan 2013, harapnya belum terlambat biar usai sebulan usia tahun baru ini. Sungguh, terlalu banyak coretan hati yang tinggalnya saya simpan diam-diam dalam hati sahaja sepanjang beberapa bulan penghujung tahun lepas. Ada perkara, yang jika ditelek belek, sudah terbayar dengan rencana Allah yang lebih membahagiakan. Namun ada juga halnya yang masih bersisa luka belum kering sepenuhnya. Ah, biarlah! Biarlah ceritera yang duka kita biar ditiup angin bersama berlalunya 2012 itu. 

Kembali acap saya pengingatkan diri sendiri; hidup ini tidaklah lama untuk aku sia-siakan dengan gurisan luka di hati orang lain. Luka aku? Hati aku? Basuh dan rawatlah sendiri, sayang! Sungguh, sejak saya menjadi saya yang "baru" selepas discectomy, dan selepas cinta hati sampai mati kami lahir ke dunia ini, saya rasa ada sedikit "saya" yang telah pergi namun berganti dengan "saya" yang lebih baik. Oh, memang susah nak jadi perfect, tapi baguslah jika kita semakin baik; semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga esok lebih baik daripada hari ini.
Tahun 2012 saya tinggalkan dengan sedikit gurisan di hati beberapa insan (maafkanlah...) disamping kenangan-kenangan indah untuk masa depan, Alhamdulillah... Ada kala saya digoyang riak dengan kelebihan yang tuhan uji ke atas saya dan tidak dikurnia kepada hambanya yang lain. Tapi bila hati kembali kepada pencipta, saya akur kembali yang saya juga tak punya banyak perkara yang Dia kurniakan kepada yang lain. Ya Allah... Subhanallah... Jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan ujianMu, tuhanku!

Sekadar imbasan; 
Februari 2012 saya & UA diuji dengan masalah trimester terakhir kehamilan, yang kemudian terubat dengan kelahiran benih cinta hati sampai mati kami pada 1 Mac 2012. Performance appraisal saya sekali lagi hanya dinilai thru phone interview pada April 2012 dan Alhamdulillah (syukur ya Allah atas kepercayaan yang Kau sematkan dalah hati HODku terhadap kerja kuatku setahun yang lalu), sedikit lagi imbuhan kenaikan gaji sebagai rezeki si anak. Kembali bekerja pada Mei 2012 dengan berita gembira menerima tender buku teks utk tahun kedua. Cuma ujian peritnya, bekalan susu ibu momy untuk si puteri merudum teruk lantas kekeringan biar segala usaha cuba jaya dilakukan untuk memberi yang terbaik buat kesayangan hamba. Jun 2012 sekali lagi rezeki bonus berkat tender terdahulu, berhasillah menghadiahkan UA hadiah 3 in 1 -1st anniversary cum father's day cum birthday :) Ogos 2012, Aidilfitri pertama sebagai momy, gembira alahaiiiii tak terkata! September 2012 baby ZA mula sakit-batuk-demam-kebah-sakit semula. Disember 2012 dirayu paed untuk bercuti menjaga si anak yang sakit, maka bercutilah saya tanpa gaji selama 3 minggu dan merasalah hidup Januari 2013 ini sebagai orang bergaji kecil.

Indah kan jalan yang tuhan bina untuk kita, amnya saya dalam tulisan ini, selusuri. Hakikatnya kita tidak sendiri. Jika kita sebatang kara pun dalam dunia ini, pandanglah ke dalam hati kerana cahaya Ilahi sentiasa tinggal di situ menemani kita dalam setiap denyut nadi.

Tiba-tiba hati sebak untuk terus melihat ke belakang. Teringat satu pepatah; Don't look back! If Cinderella go back to find her shoe, she will never be a princess! So cheers, dan teruskan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat untuk dunia dan seluruh isinya :)

Wassalam...

November 22, 2011

MDS: Kronologi episode 4

"Ye, B tau hati syg susah tapi satu je B mintak, syg jangan nangis, k! Kena kuat. Kalau nangis nanti semua pon ikut nangis. B pon nangis. Nak ke B nangis?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya kemudian call ayah. Nekad! Nekad nak lakukan discectomy tu.
Ayah pause sekejap.
"Takpelah, mak sampai nanti kita bincang. Ayah sebenarnya kalau boleh taknak anak-anak ayah kena operate..." itu jawab ayah.

Petang Isnin tu mak dan ayah datang berbincang dengan Dr. Abdul Malik..
Eeh, suka betul saya dengan nama Malik tu ohhhhh *ok lari topik!*
Mak dan ayah buat keputusan dan benarkan saya ambil keputusan yang saya nekad tu.
Maka petang tu jugak, Isnin, 25 April 2011, Abdul Malik dan dayang-dayangnya nurse-nursenya datang bawak dokumen-dokumen yang perlu saya sign.

Saya?
Senyum.
Sign.
Wajah yakin.
Hati cuak!

"Esok saya schedule awak 1st patient, 830 a.m. ye. Nanti kol 10 start puasa. Esok nurse datang ambil." ohhh cuak!

Malam tu mak tunggu di hospital.
Tidur.
Tak nyenyak.
Pujuk hati, keputusan muktamad ini yang terbaik!

Esok subuh-subuh hari mak dah bangunkan.
Mandi.
Baru nak berbaju, nurse datang bagi baju surgery dan suruh tukar.
Elok je siap tukar, ayah, ayong, doin, maklong & paklong sampai.
Baring atas stroller.
Semua lambai-lambai dan ucap kata-kata semangat.
Wajah happy, hati tak mungkin!

Saya cuba... Cuba sehabis baik untuk tunjukkan reaksi slumber.
DAlam hati saya janji, kalau apap pun berlaku bila saya keluar OT nanti, itulah keputusan yang saya relakan sendiri, bukan salah mak, bukan silap ayah.
Dan kalau ditakdirkan yang tak baik berlaku ke atas saya, tiadalah sesiapa yang bersalah melainkan kehendak Allah jua.

Disorong masuk ke OT.
Semua orang sampai had pintu je.
Sempat feeling-feeling macam dalam drama swasta. Eh??
Abdul Malik datang bagitau prosedur n ect sambil perkenalkan nurse pembantu dia.
Ada ku kesah? Eh?
Heheh takdelah, waktu tu macam pasrah dan takut so ape pon tak ingat yang penting dalam hati asyik doa semuanya lancar je...
Lepas sign satu lagi borang, dia pegi tah ke mana.

Pastu datang bius atau dorang kat situ panggil Tok Mat.
Tok Mat pon sama perkenalkan dayang-dayang nurse-nurse dia sambil melawak-lawak dan suruh saya sign lagi satu borang kebenaran.
Lepas tu saya disorong masuk dan pindahkan ke katil operation.
Tok MAt buat lawak lagi pastu nurse sampuk, "Tok Mat ni memang pantang jumpa patient gadis bujang!"  dan kitorg sama-sama gelak.
Lepas tu semuanya gelap...

**Bersambung**

November 4, 2011

3 hari yang tertinggal semalam...

AMARAN: Ini entry panjang.. Jika takut bosan, tak perlu baca, tengok gambar ihsan Google tu aje =p

Wah... Lamanya tak post sebarang kata-kata manis bak gula walaupun hati macam cuka, eeh??? kan!
Banyak faktor... Banyak! Begitu banyak... Banyak sekali! Oh, dah! So dek sebab tunggu punya tunggu punya tunggu dei brapa banyak kali tunggu daaa maka kita buat summary of the week sajork hehehe

Selasa 1.11.11 hari tu UA balik lambat. Orang dah tertido senget benget da pon skali terasa ade cubaan mencurik spek maka bukak mata tgkk UA sedang cuba tanggalkan spek sambil cakap, "tido betul-betul eh... B dah balik ni." Oh, sumpah tengah mamai tapi terdengar dia cakap kat ayah yang dia balik lambat sebab ade bangunan runtuh ke ape kat UM tu. Oh, my! Universiti tertua katenye kan bangunan pon sure la semua tua-tua.

I was sooo mamai tapi nasib baik ingat nak solat Isyak. Natijah?

October 27, 2011

Setengah tahun sudah berlalu...

Semalam deepavali wordless wednesday maka tak boleh tempek entry membebel panjang2... Eh, kaitan?
So kita tempek je hari ni untuk coretan tentang tarikh 26 semalam la tu...

Semalam, Rabu, 26 Oktober 2011, genap 6 bulan = setengan tahun saya selamat menjalani disectomy.
Alhamdulillah, pada usia 26 ini, saya diberikan kesempatan merasai nikmat diuji dengan pembedahan.
Eleh, ada orang sejak lahir dah berkali-kali dibedah, tak kecoh, pon!
Mungkin la saya terlebih kecoh tetapi apabila betul-betul berdiri dalam kasut sendiri eh ayat ape ni?! perasaannya sukar untuk diucapkan...

Ingat lagi usai menerima keputusan MRI Scan. "You have to wait 2 to 3 years to get pregnant!"
Jiran tetanggga pulak me'rumours'kan, "Anak cikgu tu tak jadi kawin, tangguh majlisnya..." atau "Dah sebulan dah kat hospital belum keluar lagi tak boleh berjalan..." dan lebih dahsyat, "Ish, mesti tak boleh mengandung dah lah tu!"
Ayah senyum, emak ketawa, kakak dan adik-adik yang masih darah panas menggelegak je yang kadang-kadang sentap!
Saya? Berita-berita macam tu la yang buat saya nak lebih segera sembuh.

In fact, sehari selepas pembedahan saya dah berjalan pun...
Tapi haruslah dengan bantuan orang lain *terima kasih daun keladi semua*
Cuma hari ke 3 & 4 yang terlantar kesan ubat yang tak sesuai buat saya muntah sepanjang hari.
Dan sebulan tiga hari selepas disect saya selamat diijabkabulkan dengan lelaki paaaaaaaaaaaaaaaaling saya admire sejak awal remaja lagi... Oh, paling tu over! Hehe
The most happiest is enam bulan selepas disect saya dah pun hamil 4 bulan setengah!
Kata-kata tuhan kan jauh lebih bermakna!

Bila saya renung lama-lama, jalan hidup saya sebenarnya sukar...
Tapi setiap kali tiba saat saya putus asa, Tuhan pasti gugurkan sekuntum bunga.
Wangi.
Segar.
Lantas saya cepat sedar, hidup ini hadiah yang indah!

Saya selalu fikir, mungkin tuhan bagi baby ni sebagai satu cara untuk cepatkan penyembuhan saya.
Macam mana?
Dengan semangat...
Kalau orang lain pada usia kandungan hampir ke penghujung baru nak sakit-sakit pinggang lenguh-lenguh belakang...
Tapi saya sejak usia si anak baru 10 minggu dalam kandungan saya dah mula menangis-nangis tak larat bangun dari pembaringan.

Kadang-kadang saya rasa serba tak kena.
Orang selalu kata, "kalau mengandung memang macam tu!"
Tapi pendapat saya berbeza.
Dan saya selalu jawab semua, "dont blame my pregnancy!"
Kalau baby dengar nanti kan dia kecil hati...

Entahlah...
Ramai yang kata semangat saya kuat...
Tapi ramai yang tak tahu saya cuma buat-buat kuat *big grin*
Kadang-kadang bila sakit dah tak tahan, saya buat-buat tak tahu saja.
Nak ke hospital memang tak lah!
Selagi saya boleh tahan, saya akan tahan, taknak baby merasa bahan-bahan kimia ubat-ubatan yang saya perlu telan.
Mommy rela sakit, asal anak sihat :)

Bila tengok dia melompat-lompat berjimnastik dalam kantung rahim saya, doktor selalu kata, "Dia tahu emaknya sakit sebab tu dia aktif, taknak emaknya sedih."
Eh ye ke? Kalau anak tahu, baguslah....
Mommy bukan sakit sebab kamu, mommy memang sakit sebelum mommy "jumpa" ayah kamu... Ehem... Ehem...
Nanti bila kamu besar, kalau mommy dah tak boleh bangun, kamu mesti jaga ayah macam mana ayah jaga mommy, ok, baby?!
Haaaaaaaaa... Mcm tu lah anak mommy!

Above all, saya syukur sangat sebab berjaya lalui enam bulan yang sakit ini.
Sumpah, sakit! Eh, salah! Alhamdulillah, merasa jugak nikmat sakit!
Sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang betul-betul sayangi saya...
Dan paling penting saya tahu setinggi mana balasan kasih saya pada mereka-mereka...
Terima kasih tuhan sebab letak saya dalam golongan yang berjaya untuk lalui ujian ini (setakat ini)...
Saya harap hari-hari yang akan datang saya akan kembali pulih... Macam dulu!

Boleh solat sempurna tak perlu duduk lagi...
Boleh jadi driver angkut adik-adik kemana-mana merakan sebut nak pergi...
Boleh angkat barang dan buat kerja berat supaya tak bebankan suami...
Boleh lompat-lompat dan berlari untuk ekspresi kebebasan hati...
Dan boleh sempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah, isteri, anak, kakak, adik, kawan malah mommy untuuk cikenit yang bakal lahir nanti...

Rindunya saya pada zaman tahan sakit gamble ke sana-ke mari.
Tapi zaman sakit begini seronok juga sebab semua orang beri perhatian untuk saya.
Kalau dulu bila cakap, "sakit sikit je..." semua orang ambil sebagai 'sikit jer..."
Tapi sekarang jangan harap ada yang percaya walaupun betul-betul 'sikit je...'

Indahkan ujian tuhan? :)

October 13, 2011

MDS: Kronologi episode 3

Choiii... dah berhabuk baru nak sambung! Dah almost sihat wal afiat dah melasak bagai hahah tapi takpe la pengisahan kronologi perlu diteruskan hehehe


Gambar beberapa minggu sebelum kejadian... and i guess baju sama la yg ku pakai dalam gambar episode 1 tu hahaha

From ep2: Doktor suggest untuk operate but i still have another choice to choose...

Since it was Sabtu so memang lama sikit la nak uruskan admited to ward tu.
1 sebab halfday je kan hari tu pastu kena uruskan dgn insurans la ape la so tunggu lama jugak around 5  campu lepas family saya sampai dari Benta baru dapat bilik.
So berdedai-dedai la mengusung saya yang terbaring sambil ketawa-ketawa masuk ke bilik.
1st thing terus text tuan tunang yang on the way bgtau nombor bilik sume.
Then they arrived...

Saya waktu tu cam biase la dah x sakit sangat kalau tak bergerak hehehe sebab dia kasik painkiller kan tapi cuba kau angkat kaki sikit sure meraung hahaha...
PIL-to-be (waktu tu) then berbincang la tah pape dgn my parents n maklong paklong while adik2 n encik tunang borak-borak dengan saya.
Like nothing to worry kot sebab kitorang gelak-gelak mcm tgh party lak rase waktu tu haha.
Soon bila tetamu dah balik ayong, mak n ayah bgtau that they had meet Abdul Malik and look at the film.
Ayong kata memang teruk baiklah kalau buat sesuatu but the decision is all mine macam tiru Abdul Malik punya ayat je huhuhu

So malam tu ayong decide untuk tunggu me @ the hospital.
Actually saya tak pasti la perlu ke nak tunggu-tunggu bagai sebab nurse kan ramai saya boleh cuma tak dibenarkan berjalan je.
Ha biar la kan nak tunggu pon best gak ade kawan but sedih la tengok dia tidur atas kerusi tak selesa kan...
Kasih kakak <3 namanya tu!
Ajak tido sebelah but she refuse takut tergolek lebih kena saye ke bagai kan ye la dia tu doktor haiwan sedangkan anjing pon dia kasik treatment baik ni kan pulak adik sendiri yang dah tahap teruk (sebab dia baca report tu and dia paham la kan katenye blajar anatomi bagai...)..

Sunday mak n ayah datang tapi masih tak berkeputusan.
Nampak muka mak n ayah totally frustrated.
Mungkin lepas Abdul Malik kata dia suspect saya dah start sakit sejak more than 10 years ago mak n ayah rasa..
Tah la tapi korang pk sendiri la kan selama ni anak sakit bertahun-tahun tapi skrg baru tahu...
Letak la diri kat tempat my parents kejap than mungkin kita dapat telah perasaan dorg...
Saya rasa saya faham, perasaan tu mesti menyesal pon ade rasa useless pon ade n etc la tapi tak perlu tanya mak n ayah biar je cerita hitam tu hilang dari benak dorg tak payah dibaja ingatan tu...

Later on that day mak n ayah decide nak balik uruskan ape patut sambil masing-masing pk ape yang terbaik untuk dilakukan.
Tanya keputusan saya? "Angah tak tahu, mak!" tu je yang mampu saya katakan.
Fake smiles look real, mcm biasa la tapi hati ni dah belukar risaunya...

Esoknya Monday kawan office baru tertahu cerita dari BFF Aan then some of 'em buat research and Kak Aida called with a Doc's number yang katanya boleh buat rawatan tanpa surgery.
I was like tak tahu nak decide apa ++ waktu tu tinggal sorg je kat ward kan.
Call doktor tu, bincang pastu dia suruh g KPJ mane tah kat Kelantan hari tu jugak tapi when i told Abdul Malik dia kata dia x setuju sbb saya dah teruk dia takut nanti dah tengok keadaan saya doctor tu tolak balik ke DSH untuk surgery.
By the time pergi balik tu mcm2 boleh jadi n saya mungkin lumpuh.
Ok, menangislah kau dengan beban kepala sarat penuh ragu-ragu tak tahu ape nak putuskan...

Then i cried and call UA...
"Sayang tak mo la nangis... Tak selesai masalah... Tak hilang sakit... First thing kita kena redha dengan ujian... Bila kita redha, semua benda jadi mudah untuk diterima n dilalui..."

Oh, ok! Syarahan agama seperti ustaz penuh lemah lembut dan kasih sayang cam tu lagi la bikin gua meleleh. "Kite tak tau nape kite nangis... Hati ni susah..."

"Ye, B tau hati syg susah tapi satu je B mintak, syg jangan nangis, k! Kena kuat. Kalau nangis nanti semua pon ikut nangis. B pon nangis. Nak ke B nangis?"
Maka secara otometik terus diam tak nangis hahaha paling takut la kalau sume org ikut nangis matik sape nak pujuk nanti banjir bumi Malaysia!

Then I called ayah and told him my decision... Nekad!

**Bersambung**

July 26, 2011

Selasa 26/4/2011 - Selasa 26/7/2011

Baru saya perasan, it's been exactly 3 months since the surgery....


Macam mimpi! Ok, tak! Hehe


Ayuh kira rujuk rajah-rajah ihsan pakcik gugel yang berikut...




So bahagian yang dalam bulatan tu apabila dibesarkan akan jadi macam gambar belah kanan tu.


Nampak tak ada spinal chord & nerve, vertebra & disc.


Ok yang ni MUNGKIN vertebrat anda hehehhe kenapa mungkin?


Sebab herniated disc atau glamernye slipped disc ni boleh berlaku kepada SEMUA orang bergantung kepada kekdah korang jaga lumbar korang.


Ok, fine! Saya jaga tapi mungkin tak sangat hehehe


SO kalau MRI, gambar berikut adalah lumbar yang bagus....


See... Kemas teratur je susunan disc dia! Macam vetrebrata korang yang sehat tu la kan...





So in my case, disc tu dah bulged (tengok yang merah dalam rajah kat bawah tu).
Dia dah amek ruang spinal nerve tu kan.
Proses ni bergantung kepada keadaan. In my case, dia jadi slowly within years...
Yes, YEARS sebab estimation doktor dah 10++ tahun maksudnya sejak saya sekolah.
End up saya punya nerve yg bahagian L5/S1 tu dah tinggal lebih kurang sebesar seurat benang je...
Sumpah waktu tgk scan tu rasa cam fengsan!


SO daripada yang cantik tadi, saya punya dah 3 parts herniated (dalam bulatan)




Korang bayangkan je la dekat 3 discs saya tu, garisan putih tu semua dah hitam sebab dah xde ruang untuk nerve sebab disc dah keluar n amek ruang yg sepatutnya spinal nerve saya duduk sehinggakan nerve tu terpaksa keluar ikut facet joints tu (dalam rajah 1st sekali) mengikut kata doktor saya la....

Kalau ikut cakap kakak saya (walaupun dia bukan doktor manusia tapi rangka haiwan & manusia ni lebih kurang je ekceli), kalau org lain tulang belakangnye ade bengkok sket, saya ni dah straight sebab disc saya dah gerak.

Berdasarkan radiologist report pon, 2 part tu (L4/5 dan L5/S1) dah teruk sangat sebab tu la dorg decided nak operate saya hari tu jugak sebab takut nanti saya terus kelumpuhan sampai bebila.

Oklah, delay 3 hari... Tu pon dah buat doktor tak bagi saya buat pape kecuali baring!

Alahai filem2 MRI dan x-ray (2 months after surgery) nye masih kat hospital. Sabtu ni baru cadang nak amek sebab dorg baru call semalam.

Nanti kalau ada, rajin & sanggup, saya cuba uploadkan.

hajat hati nak beli DVD waktu operation berlangsung tapi macam tak sanggup je nak tonton pembedahan ke atas diri sendiri.

Ke korang rasa kena tengok?

Nak upload kat youtube, tak? *overacting pulak kau! heheh*





July 11, 2011

MDS: Solat duduk post-discectomy

Selepas pembedahan tempoh hari (back on Tuesday, 26th of April 2011), pertama kali saya solat duduk seumur usia saya 25 tahun 10 bulan ++, air mata saya mengalir deras. Teresak-esak terus. Saya hilang khusyuk, saya lupa bacaan. Puas saya cuba ingat apa yang patut saya baca dalam duduk antara dua sujut tetapi hampa. Lambat-lambat saya bangun. Cuba cari mana letak buku panduan sembahyang. Ya tuhan, saya tak simpan buku tersebut di rumah! Saya cuba telefon sahabat terbaik saya, jawapannya klise "Aku pun lupa... Biasalah dila, kita lupa kot kalau kita bukan dalam posisi tu." Lagi kuat saya menangis! Tapi akhirnya saya dapat... Dapat ingat bacaannya "

Sentiasa, saya rasa down dan tak sempurna kerana tak mampu solat berdiri. Tak bersyukurkah saya? Bukan... Bukan saya menyangkal rukhsah yang Tuhan kurniakan, cuma saya yang pernah sihat sejahtera kadang-kala sentap apabila dah tak mampu menjadi yang selalu. Saya pernah cuba-cuba bersolat berdiri. Ada ketikanya saya mampu dan saya seronok dengan kemampuan itu! Ingat lagi kali pertama saya cuba-cuba solat berdiri, lebih sebulan selepas surgery. Waktu tu baru sangat-sangat lagi kawen dgn UA. Ceh, mcam la dah kawen patblas tahun hahaha.... Seperti selalu dia angkatkan kerusi comel, letak elok-elok di hujung sejadah saya.

"Tak nak!"

"Ape pasal tak nak sembahyang?"

"Tak nak duduk! Dah kuat, nak berdiri!"

"Ahhhh, xde! xde! Duduk!" marah-marah manja sambil tepuk-tepuk kerusi suruh saya duduk.

"Takmau! Bontot kite sakit la kerusi tu keras!" padehal alasan huhu

"Habis? Duduk antara dua sujud memang tak boleh la kan?"

"Boleh la... Boleh... Sebab tu kite nak solat diri... Aduh dia ni..."

"Ok! Ok!" sambil alihkan kerusi.

Saya solat seperti biasa dengan rukuk yang masih belum sempurna (sampai sekarang) sedikit aje bongkoknya dan rasa ngilu sengal-sengal di belakang dan tulang punggung sewaktu sujud dan duduk antara dua sujud. Tapi saya puas!

"See... Believe your wife, I am recovering fast!" ucap saya bangga selepas mencium tangan UA.

"Ok... Tahniah!"

Tapi soon after that... Yes, very soon after that saya mula rasa sakit kat kawasan yang sepatutnya sakit. Beberapa hari kemudian saya "give up" untuk terus sembahyang berdiri sebab sakit yang tak tertanggung tu. Sebenarnya therapist saya pun cakap belum boleh lagi. Mereka baru je ajar saya cara-cara sujud yang memudahkan saya dalam keadaan ni tapi saya yang degil nak buat jugak. Padan muka!

Tapi selepas lebih 2 bulan menyembah Allah yang Maha Pencipta tidak seperti saya yang dulu-dulu, ada waktu dan ketikanya air mata saya laju deras mengalir tatkala menghadap-Nya. Dalam hati selalu bertanya, "Sampai bila sujud saya harus tidak mencecah dahi ke sejadah?"

Usai solat, UA selalu fikir saya menangis kerana sakit. Ya, saya sakit hati dengan kemampuan diri yang terbatas ini. Akhirnya, terlepas juga keluh kesah saya. UA marah, katanya, "Tuhan tahu syg tak mampu dan Dia tak marah kalau syg solat mcm tu..." Tapi untuk menyenangkan hati, saya mulai solat dengan berdiri & rukuk yang kurang sempurna itu sehingga rakaat pertama saya lengkap tetapi tidak bangun untuk rakaat seterusnya sehingga salam. Tahiyyat akhir saya juga dalam keadaan duduk di antara dua sujud sebab saya tak boleh susuk bersimpuh sopan macam duduk tahiyyat akhir tu.

Alhamdulillah, saya masih mampu bersolat walaupun dalam keadaan duduk. Sehinggalah saya membaca blog post bertajuk Bilakah Boleh Solat Duduk? dari satu blog ni, saya rasa saya perlu cuba solat berdiri.... Hurm... Cuba! Yang oenting mencuba!

May 6, 2011

MDS: Kronologi episod 2


'Bodoh ke hape doktor ni?!' Saya menyumpah dalam hati.
Sumpah bodoh sebab suruh saya ke hospital dengan cab dalam keadaan macam ni!
Gila!
'Apesal x call ambulan je?!' 
Sempat pulak bg cdgn tapi dalam hati je.

Saya sekadar mengangguk dan keluar dari bilik rawatan untuk tunggu surat susulan.
"Nak pergi sendiri ke, dik?" Tanya nurse di kaunter.
'Saye tahu la ni lunch time tapi akak cuba la prihatin tengok saya nangis-nangis cani akak x kesian ke?' 
Erk, bukan tu jawapan saya tapi sekadar mengangguk.

"Lambat lagi ke kawan datang?"
"Jap lagi makcik saya sampai kak. Depan tu mcm jem aje."
"Akak bukan ape. Akak nak kunci klinik ni. Nak keluar makan n sembahyang kejap."
'Bodohnye akak ni!' 
Erk, tu pon dlm hati je.
Jahat ok, sakit-sakit pon sempat menyumpah.
Banyak kali lak tu huhuhu ampunkan dosaku!

"Akak tolong hantar saya sampai kereta. Saya tunggu dalam kereta aje."
"Kereta kat mana?"
"Depan Maybank."
"Ok, jom." Balas nurse tu sambil pegang bahu saya dan ikut saya jalan ke luar.
Sampai kat pintu, "Boleh jalan sendiri? Kereta mana?"
"Maybank kak. Jauh. Takpe la, sy jalan sendiri!" 
Sumpah akak tu memang paling bodoh aku pernah jumpa.

Kalau ditakdirkan saya jatuh sekali lagi dlm perjalanan ke kereta tu, memang kena saman la dorang dua tu!
Nasib baik dalam sakit-sakit tu sampai gak kat kereta.
Nak masuk kereta punyalah susah.
Menangis-nangis nak angkat kaki.
Alhamdulillah lepas gak, start enjin, psg air cond bagai pastu text mak long, "kite kat kete, klinik tu tutup."

Call ayah. "Kite tgh tunggu maklong. Jatuh. Dia refer g pakar."
"Kenapa? Takpe, ayah & mak dtg sekarang!"
Try call tuan tunang, tak berjawab.
Tido kot.
Xpelah.
Then, maklong sampai n gerak g KPJ Damansara (DSH).
Jem gile dari depan klinik sampai depan OU.
Air mata dah kering kat pipi. 'Cepatlah sampai. Apesal sakit sangat ni?!'

Alhamdulillah selamat sampai kat DSH.
Oh my, baru drop by sini lepas keje hari Selasa lepas untuk lawat sepupu saya yang surgery batu karang.
Hari ni? Demmit! Sendiri pulak!
Turun kereta, wheelchair dah tunggu.
Nak jalan sendiri?
Memang tak la kannnnn.
Pasrah! Trus ditolak ke klinik kecemasan.

Tunggu staff tu call ING, sempat cerita kronologi sejak semalamnya kat sepupu saya.
Lepas hal insurans setel, trus nurse hangkut naik atas katil.
Sakit ya amat weh!
Mmg janganlah kau usik-usik seluruh tubuh bdnku waktu tu kalau tak daku menangis huhuhuwaaaaa

Lama berbaring-baring, siap amek temperature n tekanan darah bagai, datang la Dr. Thajunnisa.
Lembut je. Cantikkk!
Ok, enuf! Sakit pon sempat haha!
Dia tekan-tekan kaki saya dua tiga kali then ckp kat nurse, "MRI Scan and admitted!"
Lepas tu doktor cantik pusing dan senyum kat saya.
And dat was the 1st & the last time I met her.
Muahaha kau!
Lepas tu text tuan tunang, "kat KPJ Damansara, tunggu nak buat MRI Scan."

Menunggu adalah seperti memancing (waiting is like fishing)!
Bosan sampai tertidur sebab baru lepas kena inject painkiller.
Nurse dtg amek darah.
Daku pasrah. Proses sangat lama.
Demmit la specialist pon lambat huhuhu then dia tolak ke tempat scan.
Rase cam drama lak. Hehe.
The machine was so noisy but the pain was worst sampaikan bunyi tu saya rasa alahai tadek la bising sgt pon...
Dalam hati, habis segala surah yang saya ingat saya baca dan kat telinga terngiang-ngiang kata-kata doktor, "awak x pape ni, muscle cramp aje."

Memang harap sangat TAK PAPE will be today's news too, by that time.
It took 1 hour ++ to finish the prosedure.
Keluar je dari bilik tu, maklong mendekat dan cakap, "he told me that ur only choice is to undergo operation."
"Hah? What's wrong?"
"Awak slipped disc. Not one, but THREE!"
'Oh, my! Cite hindustan ke ni?!'
Saya ditolak semula ke klinik kecemasan sementara nak tunggu admitted.
I told myself, "apa pun terjadi, senyum!"

Gile kau tetibe nak nangis kat sini ramai org kottt!
Lepastu datang sorang doktor.
Saya baca tag nama, Dr. Abdul Malik.

"So, I dapati ada 3 disc you on ur spinal yang dah slipped. I bet u r a naughty girl. How old r u by d way?"

"26." =)

"Hurmmm might be naughty during kid. So now u'll be admitted 1st. I advice u to do the surgery a.s.a.p but the decision is all yours. Take ur time. But it's getting worst."

"Kalau saya setuju, bila boleh buat."

"I can arrange it if u request for even tomorrow. But I'm sure u need ur time to think."

"Do I have another choice?"

"Ada! Don't do the surgery, I don't mind. Tapi the pain will come and go, and when it come, u'll be in this condition."

"I'm getting merried end of next month."

"Alamak! Takpelah, awak pk dulu. Most of my patients choose not to do the surgery. Tapi at one time bila dah tak tahan sangat, mereka dtg balik and ask for surgery. 10 years, 20 years later. Tapi waktu tu I have no choice but kena masukkan besilah kat spinal mereka."

Senyum! Sayalah yang senyum tu!

"It's ok. Take ur time to think. I'll see u again."

"Sure. Thanks doctor!" 

Dila, yang penting kau senyum je konon-konon cam tabah.
Nak nangis la tu... Nak nangis la tu... 
Maunye taknak?!
Kau rasa? Kau rasa? Kau rasa???

**Bersambung**

May 2, 2011

MDS: Kronologi episode 1

Foto ehsan Saudara Hilmi: Sehari selepas pembedahan selamat dilakukan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang melimpahkan maha besar rahmatNya untuk saya dan insan-insan tersayang. 
Rupa-rupanya inilah yang saya deritai selama berbelas tahun ni.
Tak sangka pada usia 26 tahun baru sy tahu saya mengalami slipped disc dan dah kronik pon.
Nasib baiklah usia 26 tahun taklah lewat untuk melakukan semuanya.

Ingat lagi 12 tahun yang lalu, pertama kali saya jatuh di tapak perhimpunan.
Waktu tu seingat saya sedang menyanyikan lagu sekolah.
It wasn't painful but I was shock jugaklah sebab "aik, apesal jatuh lak ni?!"
Tapi rupa-rupanya tu petanda awal yang muscle saya dah mula terkesan dengan gerakan discs tu.
So sejak hari tu sesekali adalah jatuh juga tapi setiap kali ke klinik doktor menyatakan saya cuma muscle cramp atau "nerve tersepit" dan diberi painkiller.
Kelakar kan?!

Ingat lagi waktu di tingkatan 5, peperiksaan percubaan SPM Pahang.
Sakit yang amat sangat sehingga saya tak boleh berjalan.
Ya Allah, sumpah saya tak tahu ini sakitnya.
Tapi sejak sakit pada tahun itu yang saya sifatkan paling teruk seumur hidup sayalah, saya jadi gagah untuk mengharung sakit yang tak ketahuan ni.

Di matrikulasi, sekali lagi saya sakit seteruk-teruknya dan bersambung hingga ke universiti.
Itulah yang menyebabkan mak menolak tawaran saya ke overseas; bukan satu tetapi dua tawaran.
Frust? Tak ada lagi perasaan tu dalam hidup saya.

Waktu sakit yang terakhir kali ini, Jumaat (22/4/2011) saya rasa sangat dizzy melebihi hari-hari sebelumnya.
Pelik. Tapi mungkin sbb period pain so saya decide utk mc.
Balik dan tidur, ptg tu sempat keluar dgn tuan tunang mencari hantaran.
Tak sangka itu yang terakhir kali dia melihat saya berjalan dengan 'cantik' dan baik sekali.

Esoknya, (Sabtu 23/4/2011) bangun daripada tidur saya rasa back pain yang teramat.
Dalam hati dah sign, "malasnye nak g klinik!"
So saya sambung golek-golek tetapi tetap tak hilang sakitnya sampai hampir tiga jam.
Lastly saya cuba bangun.
Mak aih, sakit tak terperi.
So sy decide terus ke klinik.
Dengan siapa?
Seperti biasa, self driving hehe

Sampai di klinik yang BIASA dgn doktor dan nurse yg BIASA, klinik dah tutup untuk lunch.
Saya dah menangis-nangis merayu doktor untuk merawat saya.
Seperti biasalah, doktor tu pegang-pegang sikit kaki kiri saya dan cakap, "Macam biasalah ni, muscle cramp. Saya bagi kamu painkiller."
Tapi takdir tuhan sewaktu saya nak turun dari katil rawatan tu saya seperti lumpuh sekejap menyebabkan saya jatuh terjelepuk betul-betul di kaki doktor.
Terus dia ambil keputusan untuk refer saya kepada pakar.
Sambil menulis surat tu doktor tu suruh saya ambil teksi ke hospital.
WTH!
Walaupun hospital tu cuma 20 minit je dari klinik tapi jalan jem teruk la pada hari Sabtu!

*Bersambung...*

Kenalah reda dgn ujian :(

Sedihnya hati... Mak dah balik, tinggal adik saya, Doin, yang jaga di rumah. Lelaki. Dia tidur. Saya tahu dia penat. Nak kejutkan tak sampai hati tapi lapar dan tak boleh nak ambil makanan sendiri. End up jalan slow-slow bukak peti ais dan minum susu kotak je. Air mata, janganlah mengalir. Kuat! Kena kuat! Kena kuat!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

April 25, 2011

MDS: Ini dugaan terhebatMu ya Tuhanku!

Gambar: Terakhir kali tuan tunang melihat sy sihat. Esoknya (Sabtu, 23/4/2011) sy didiagnosis mengalami slip dics, bukan 1 tetapi 3 dan perlu undergo surgery dgn segera. Ni malam ke dua sy di KPJ Damansara. Apa yang berlaku sepanjang Ahad kali ini menyedarkan saya bahawa saya belum cukup kuat untuk melalui dugaan maha hebat ini.

Hanya selepas bertahun-tahun (rasanya lebih 10) melalui kesakitan yg sama, baru semalam saya tahu penyakit sy yg sebenar, waktu keadaan dah kritikal. Sy x tahu apa yg sy fikirkan sekarang. Yang pasti, sy takut utk menghadapi hari esok.

Sy pasti setelah sekian lama, mak, ayah, ayong & adik2 saya masih tabah menerima berita buruk ttg sy yg kesekian kalinya ini. Maafkan sy kerana tak putus menyusahkan kalian; fizikal, mental & emosi.

Dan sy tahu, ini juga ujian terhebat buat tuan tunang tersayang. Terima kasih sbb sudi sekali lagi melalui kegetiran ini di sisi sy. Sy saaaaayang sgt2 kat awak! Untuk parents tuan tunang juga, thanks for the support and care. Hanya tuhan dpt balas jasa kalian.

Sekarang saya nak cuba utk tidur. Esok, ada keputusan besar yg perlu sy fikir dan lakukan. Doakan semuanya selamat & di bawah lindunganNya, ok!

February 17, 2011

100 hari mencari cinta :)

Kalau ikutkan countdown yang ku kira manual pada kalendar, tinggal 100 hari je lagi nak bercinta dgn tuan tunang muahahahaha ayat mabok! Wah... Nak kawen dah cik Dila hahaha
100 hari lagi... Tetibe debar. Bkn dbr sbb nak kawen tu (maklum la bkn I yg kena akad nikah, kan? hehe) tapi debar bila pk beberapa isu semasa dan percaturan hidup pasca perkahwinan.
(1) Dah ade 1 lagi family which is family mertua. Walaupun family pakcik Isa & makcik Salbiah tu taklah ramai seramai family kitorg (beza 2 org je kot!) tapi kita tetap kena beradaptasi dgn suasana baru & 'kwn-kwn' baru, kan? Semoga mereka boleh menerima saya seadanya (sbnrnye skrg pon dorg baik2 je dgn saya, makan2, borak2, jln2 tapi takut tu ada la jugak kan...) dan semoga adik2 saya dpt menerima kehadiran lelaki lain dlm hidup kakak kesayangan dorg! Hahaha suke perasan kakak kesygn kan?! Xde ah, mmg adik2 sy rapat lebih dgn sy compared to kakak sy. Myb sbb sy melayan dorg lebih ++ sy ni boleh dibuli2 kot... Kakak sy a bit tegas. So kalau dh kawen nanti, saya TAKUT SANGAT2 kalau adik2 sy tu menjauh... Ye la, sy kn dh ada family sendiri. Dah xleh nk ajak lepak2 sampai malam kat uptown. Da xleh nk ajak pusing2 segala mak nenek mall setiap wiken. Bkn la xleh langsung tp dh xleh la nk sesukasuki hati cam skrg kan. Owh adik2 ku... Korg pepandai la melayan diri sendiri lps kite da kawen t eh... Sobs!
(2) Kakak saya. Adakah dia akan mendapat tekanan lebih dahsyat dpd skrg ni? Ye la, sy kan potong turn dia. Skrg pon mulut2 longkang asyik tanya2 je "kakaknye bila lagi?!" Haishhh kalau ikutkan mulut longkang sy, mmg sy jwbkan je tp sbb nk jg air muka mak n kakak sy lak keep on ckp dat she's ok, maka saya diam je la. So kalau nnt sy da kawen, pastu melalui fasa2 seterusnye lak kan... Camane nak tlg ttp mulut longkang eh? Mksdnye mulut sy ni la, yg gatal je rs nak jwb perlian2 org tu. Paling x tahan kalau tetibe ade org dtg dekat n tepuk2 bahu kakak sy sambil cakap, "xpe... Nnt adelah yg meminang tu..." Tibe2 je, ok! Langsung la tak membantu! Kakak aku bkn x laku, dia sibuk belajar la makcik kepohhhhh! Owh tuhan, percepatkanlah pengajkian kakak sy habis & percepatkanlah jodoh dia sampai (mcm sy) sbb sy xnk kakak sy stress2 huhuhu
(3) Time management. Saya... Dia... Memang gila sibuk tak hengat... Ok, sy boleh la kontrol2 lagi kot (ececeh nak jugak ckp diri tu lebih baik!) tapi tuan tunang tu mcm 24/7 je dia sibuk. Keje. Blajar. Ngajar. Outstation. Seminar. Syif malam. Etc (hahaha saje senaraikan org pny...) Takut nanti ade lak yg kata neglected la bagai kan... Kesian lak kat tuan tunang. Dah la dpt bini sibuk, tak tau masak lak tu! Haishhhh risaunyeeee! Pastu nnt kalau dh ade anak?! Ha, mak ayah keje mcm nak gile... Anak2 mak sape nak jage? Owh, ok! Jgn pk jauh sgt!
(4) Kengkawan... Skrg sy sgt rapat & bertambah2 rapat dgn 2 org bff sy like texting & calling2 almost setiap hari pastu dgn cik aan akan hangout sebulan skali la paling hampres pon. Kalau jahat lebih, tiap2 mgu bwk anak pakcik ayub tu kuar. Tapi nnt da kawen camane? Bkn la kate tuan tunang tu jaki sgt kat aan sampai xnk ktorg kuar same kan (hahaha ayat poyo rase disygi oleh sume org ni!) tp ye la wiken kan nnt nak kena blaja msk dgn mak mertua la, kena ikut laki g training la, kena attend org kawen la (langsung xde kaitan!) alah pendek cite kena mintak izin la (tu xde masalah sgt, pendek je cite) pastu mesti la xleh balik lambat kan mcm skrg kalo kuar mesti cam x jumpa jln pulang kan... Ha cane? Ce cite? Ce cite? Sbnrnye saye takut nnt sy nak g tp laki x bg pastu sy setuju x g tapi dlm hati sy x setuju. Ha camtu. Dose kan? Dose kan? Ok, sbnrnye takut derhaka kat laki! Haha
Hurmmmm seriously, lps kawin pny thingy lebih merisaukan sy sbnrnye. Baaaaanyak lagi tapi x larat nak bebel sini. So hopefully evrything akan selamatlah ye. Persiapan majlis tu dah x merisaukan sgt la. (Duit je yg dirisaukan skrg! Hehe ade sape nak sponsor x?) Skrg sy pk nak siapkan kerja88x tu supaya dpt la ct kawen @least seminggu pon xpe la... Ahhhh, sume2 pon pk keje la kan! Menyampah! Oklah, bye! *emo hahahaha*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers