D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

January 16, 2012

dalam hati ada arteri pulmonari

Assalamualaikum...
Wahhhhh lamanya tak menulis secara bersungguh-sungguh... Pemalasnyer... Mommy sape lettew! Hehehe

Hurm... Minggu ni dah 32 minggu si anak baby membesar dalam rahim si mommy. And as my baby grow up in my tummy, her mommy grow big and bigger too, day by day hehehe and it's never been a heart break when her ayah said, "Wah, lengan dah macam peha ayam!" or "Peha tu dah lapan jengkal, yang!" or even asked, "Eh, apasal ade empat bontot ni?", never! In fact, mommy merajuk-merajuk manja jer did laugh a lot... Yes, a lot! And asked him back, "Siapa punya angkara ini semua?!" Hahahaha

Korang tahu apa tu Braxton Hicks? Haaa... Saya tahu! Ececeh! Tapi tahu pon tak guna sebab bukan tahu rasa dia camana hihihihi sampai la appoinment dengan gynea last week, dia tanya ada rasa sakit macam begitu atau macam begini tak? Saya jawab sungguh-sungguh, "Ha, ada! Sakit! Sampai mengalir air mata..." Then she asked me back, "Habis apa kamu buat?" Hahahah "Saya tahan je la nak buat apa lagi kan?" Pasrah yang amat sangat ok jawapan tu hehehe "Tak pe... Tu Braxton Hicks je..." Jengjengjeng... Ternganga di situ! Hahahaha Mak aih kalau camtu namanya Braxton Hicks contraction, camane agaknya contraction betul-betul... Ok, boleh balik sekarang!

Hurm, at this stage of 7M pregnant, dalam tak sabar ternanti-nanti si anak lahir, dalam sibuk-sibuk sediakan barang-barang keperluan untuk si anak membesar di alam buana ni nanti, kekadang naluri keremajaan saya tersial jugak... Ceh, keremajaan kate kau! Hehehe tp korang dengar la dulu soklan dia baru tau sebab pe saya cakap keREMAJAan... Ha, kekadang saya tertanya-tanya, "Aku ni dah betul-betul sedia ke nak ada anak, ni?" Hurmmmmmmmm

Sedia. Kalau katakan persediaan, kebendaan tu insyaAllah menjelang kelahiran si anak ni semua hampir lengkap lah. Saya pun dah mula membasuh mencuci barangan baby supaya nanti tak kelam kelibut mana nak g hospital la nak balik kg la ape sagala kan. Alhamdulillah, progress bagus. Kewangan, insyaAllah adalah untuk kecemasan. Sebenarnya saya kekadang sedih pulak pk UA cari duit utk si anak kan. Mmg la tanggungjawab... Oh, mungkin bukan sedih tapi terharu! *tak tetap pendirian lettew* Tapi camana dari segi mental, emosi, rohani? Haaaa... Persediaan tu la yang sering berlegar dalam pemikiran saya dewasa kini, Ececeh!

Sejak termimpi-mimpikan hari-hari indah bersama si anak, bangunnya pasti saya gembira sebab mimpi tu seronok sangat dan pastinya bila berlaku yang sebenar, lebih seronok lagi. Tapi di sebalik seronk tu, bersediakah saya memikul gelaran MOMMY itu? Gelaransahaja mungkin biasa, tapi tugas dan tanggungjawabnya? Memikirkan ini, saya kekadang berlinangan air mata. Semoga tuhan sentiasa melindungi keluarga kecil kami yang baru bertatih ini dan semoga tuhan selalu membantu kami berdua memberikan yang terbaik buat zuriat yang tak terhingga nilainya ini.

0 precious comments: