D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

January 9, 2012

Mohon doa ikhlas kamu, kamu, kamu dan kamu...

PERHATIAN:
Entry ini bukan untuk meraih simpati, cuma jika kamu, kamu, kamu atau kamu yang membaca catatan ini, harap dapat sedekahkan setulus doa buat insan yang di dalam cerita supaya sentiasa dirahmati Allah & dipermudahkan urusannya, insyaAllah...

~~~~~~~~~~
Ini cerita baru, kisah benar, berita sahih bertarikh 6 Januari 2012.
Dugaan baru maha hebat buat keluarga mertua saya khususnya keluarga kakak ipar saya; satu-satunya kakak yang UA ada.

Alkisah balik ke rumah mertua Sabtu lepas perkara pertama yang bapak beritakan ialah keadaan Wawa yang nampaknya sihat tabah gagah biarpun seluruh rambut sudah luruh gugur kesan kemoterapi tetapi sebenarnya parah.


Kakak ipar saya, Siti Salwa Binti Mat Isa, 29, ummi muda kepada Nurdini Huda Binti Muhammad Mahyiddin, 1, disahkan menghidap lung cancer tahap keempat. Ye, tahap keempat! Gambar Wawa & Nurdini waktu majlis sambuat menantu saya dan UA bulan Jun lepas. Ceria, kan?!

Hari ini, selepas 5th cycle, Wawa masih ceria tapi jauh dalam hati Wawa, kami pun tak tahu.
Wawa dah decide untuk quit PhD nya... Cuma akan terus tinggal di London untuk mendapatkan rawatan terbaik. Dengan tumor yang kritikal; 3 spots pada peparu kanan sebesar 3 cm dan sedikit di peparu kiri, sesi kemoterapi yang dah dilaluinya 5 kali sejak Oktober lalu hanya mengecut 2 mm sahaja. So she really have no choice except to under go the surgery A.S.A.P.

Membaca luahan hati Wawa di family group wall, sedih hati saya sebagai adik, biarpun cuma adik ipar. Kata doktor kepada Wawa, "This operation is a chance to give you live little longer with your baby and family..." Wasn't it touch your heart to see your 1YO little niece looking at her ummi's bald head as if she know her ummi is suffering cancer?

"Wawa takut..." Itu yang paling saya sedihkan.... Saya tahu Wawa bukan takutkan apa, Wawa cuma takut kalau-kalau usianya tidak panjang untuk si anak yang tersayang... Dan lung operation bukanlah perkara kecil walau secanggih manapun teknologi duniawi.

Saya menangis... Menangis dalam hati tatkala lihat bapak UA dan adik-adik Wawa termasuk UA mengalirkan air mata... Menangis dalam hati bila dengar mak tersekat-sekat butir katanya mohon kami berdoa untuk keselamatan wawa.... Dan menangis dalam hati lihat Wawa tabah tersenyum tanpa setitis air mata pun tatkala semua ahli keluarganya menangisi ujian yang tuhan timpakan buat dia.

Perubatan di London tidak membebankan Wawa dan kelurga. Semuanya percuma walaupun Wawa sudah tiada biasiswa PhDnya. Cuma masalah sekarang ialah duit sara hidup di sana sehingga habis sesi rawatan yang entahkan bila.

Rumah yang mereka diami sekarang habis sewaannya hujung Januari ini. Bermakna, perlu mencari sebuah kediaman lain untuk dihuni lebih kurang 6 bulan lagi. Sistem sewaaan di sana yang lain daripada di sinilah yang semakin merisaukan Wawa. Saya tahu itu! Mana nak cari RM30k wang malaysia dalam masa 2 minggu ni? Saya sendiri tak tahu bagaimana untuk membantu...


~~~~~~~~~~

Saya cuma mohon para pembaca mendoakan kesejahteraan kakak ipar saya yang satu-satunya ini supaya dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat dia membesarkan permata hati yang satunya itu. Mohon doakan, ya!

Bagi yang berhajat menghulur sumbaangan, boleh salurkan ke akaun bank Abg Din (suami Wawa) seperti berikut:
09010007186721 (Bank Muamalat)
Muhammad Mahyiddin Ramli


Terima kasih, semua!

2 precious comments:

kudozu said...

baru2 ni asik nak ngs je baca entry2 mcm ni. biasanya sy jarang sebegitu. semoga panjang umur kak Wawa.

LaLaLOLa said...

usah nangis, dik sebab Wawa sedikit pun tak mengalir air matanya... TQ 4 d doa... tak dpt nak bygkan apa dlm hati my MIL, dua2 anaknya; Wawa operate in Feb & UA in April... Akak pun takut :( doakan keluarga kami baik2 sahaja ye, dik!