D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

April 13, 2012

Introducing my junior to the world~~~

~~~ berusia 4 jam ~~~

Alhamdulillah, malam ni, malam terakhir berpantang, malam ke-44 memeluk mencium menggomol anak kecil bukti cinta kasih sayang bertahun-tahun saya dan UA, barulah kuat hati ni nak memblog. Oh, semakin emo saya sekarang... Bukan apa, hati sangat-sangat tersentuh tiap kali ternampak gambar yang atas tu, gambar pertama zuriat saya, yang dirakam oleh UA sebab saya tak boleh bangun pada ketika itu untuk menikmati keindahan yang tuhan jatuhkan ke delam dakapan saya.

Saya namakan si kecil ini Zihni Aflah. Ya, Zihni Aflah binti Izhar.
Zihni ertinya mindaku (jika dieja "zal-ha-nun") atau saya berakal (jika ejaan jawinya ditambah ya di hujung "zal-ha-nun-ya") manakala Aflah (ejaan jawinya "alif hamzah-lam-ha bulat") ertinya yang lebih berjaya
Izhar yang ejaan jawinya alif-dzal-da-ra ertinya terang jelas dan nyata. #eh tetibe taruk maksud nama bapaknya sekali! hehe

Kenapa saya katakan saya memilih, bukan 'kami'? Sebab memang nama si kecil ini saya yang memilihnya (dengan bantuan seorang ustaz dan seorg ustazah yangn rapat dengan saya dari segi pemilihan kesesuaian) baik jika yg lahir perempuan mahupun lelaki (jika lelaki mahu saya namakan Ahmad Zahin; maksud Zahin dan Zihni hampir serupa). Dan UA, mungkin kerana kemuliaan hati seorang suami yang dia miliki atau kerana kesian melihat jerih perih saya keluar masuk hospital dan bersihat-sakit sepanjang proses mengandung, bersetuju terus dengan cadangan saya itu.

Owh tetibe terus cerita bagi nama kan kan kan hehehe...
Alamak, sakit pinggang ler hehehe... 
Nanti ada senggang saya cerita pengalaman melahirkan Cik Aflah (panggilan saya untuk si mucuk dentut mommy) atau Zihni (panggilan ayahnya) yang tak serupa seperti sakit sewaktu hampir dan sedang bersalin ibu-ibu di luar sana tetapi sakit saya selepas bersalin itu, okeh?
Ujian kami, sehingga hari ke-42... KesianCik Aflah terpaksa berkurung dgn mommy dalam isolation room selama 5 hari di hujung2 waktu berpantang kan...

0 precious comments: