D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

D: a caliph | a wife | a daughter | a sister | a momy | a friend | a little lady with huge heart

WAHM : Work at Home Momy

WAHM : Work at Home Momy
Klik untuk maklumat penuh

February 3, 2012

oh, ayah!

Berpindah dari hospital swasta yang bayarannya RM1K untuk "duduk-duduk" dua hari ke hospital kerajaan yang tertua di Malaysia memberi saya dua pengalaman paling berbeza. Malam yang pertama ini saya tidur di wad kelas ketiga. Apa kelas? Biarlah, janji bersih & selesa :) Esok jika ada rezeki, ke kelas satulah saya dan dengkuran saya akan ditemani UA juga. Tapi jikla rezeki lebih murah lagi, dptlah saya pulang berehat tidur tanpa diketip nyamuk di sisi UA di rumah manis rumah kami :)

oh, ya! Entry ini bukan hajat saya menyatakan baiknya hospital berbayar mahupun buruknya hospital biasa-biasa. Yang penting jururawatnya sama-sama memberikan layanan baik & jawapan memuaskan hati utk segala pertanyaan saya terutama berkenaan si anal dara yang masih dalam perut buncit saya ini. Yang ingin saya ketengahkan ialah perihal para bapa yang menemani/melawat para isteri tercinta di sini.

Saya sampai semalam kurang lebih jam 3 petang. Menanti di Patient Assesment Centre O&G Clinic HkL ni menyakitkan hati betul! Menanti giliran yg berlama2 tu dah 1 perkara. Yg paling menjengkelkan ialah melihat kelakuan para suami/ayah/bakal ayah yg ada.

Situasi 1:
Ruang menunggu yang dipenuhi umat itu tak kecukupan kerusi. Nisbah ibu mengandung dengan lelaki buncit lbh kurang sama tetapi kebanyakan kerusi telah penuh dimuati bontot lebar bapak2 yg mengandung td. Maka sy dgn perut yg kelihatan masih keciL dibandlngakan dgn perut bapa2 td terpaksalah berdiri menanti giliran dipanggil. Nsb baiklah disabarkan UA dan kakak saya. kalau tak, maunya babyZ terkejut merasai aura darah pahlawan mommy semalam!

Situasi 2:
"Ayah!!! Nak be**k!!!" Jerit seorang kanak2 saya kira 4 tahun usianya. Bukan sekali, berkali2. Si ayah buat x endah, sambil mengendong beg dgn tgn yg sebelah lg memimpin budak lelaki td. Sy lihat seluarnya dah basah dibahagian belakang. Mungkin najis besar yang ditahan2 dah hampir melimpah keluar dari diapers yang dipakai. Pegangan si ayah terlepas membolehkan si anak meluru ke bilik pemeriksaan. Si ayah mengejar sambil merungut, "kau ni sorang tapi mcm 8 orang!" sementara si anak masih mengulang dialog pertamanya td. Dijawab si ayah, "Boleh tunggu mak siap tak?!" Dan dengan jawapan itu, saya rasa naik angin! Terus sy pesan pd UA, "B nanti tolonglah uruskan anak sama2, jgn semua tunggu syg, ye!" Dan rupa2nya perangai si ayah td turut menjengkelkan UA maka panjanglah bebelannya melebihi saya. Semoga UA jadi ayah yang sabar layan kerenah babyZ nanti & bantu + sokong saya untuk membesarkan si anak...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 precious comments:

kudozu said...

gue tak sangke UA anda tu kuat membebel? (berdasarkan bacaan)

LaLaLOLa said...

haah dia kuat bebel tp berpoint la...