July 31, 2012

[ZA 4 bulan] puasapertama

Benci ok sebab x boleh nak post entry via phone waktu tengah lepak2 sebelah anak yang ketiduran huhu. apekah pasal eh? Sebab tukar phone brand ke? aishhh takkan la mcm maxis jugak blogspot ni huhuhu

ekeh, lupa pulak nak kasik salam dan ucap selamat berpuasa :)

hai assalamualaikum kawan-kawan! selamat menghabiskan ibadat puasa hari ke-11.
wah wah wah dah masuk trimester puasa ke-2 dah kita kan... lajulah awak lari, encik masa... boleh menang olimpik! hai... ke saya yang selalu tertinggal dek masa?

alhamdulillah, tahun ni tahun kedua berpuasa sebagai isteri dan pertama kali sebagai mommy.
untunglah... suami dan anak tak buat perangai bulan-bulan ujian mcm ni :) jadual hidup saya mudah sahaja dan kantoi tak solat terawikh juga dengan kehadiran baby ZA yg mommy sayang tu...

kitorg sambut puasa kat benta rumah atok n opah... so xde la susah sebab kalau ZA bangun pun ade raaaaamai tukang ulit... tapi anak baik itu tiadalah bangun tidur selama 11 malam kami bersahur ni... bagus bagus bagus!

so puasa goes on sebab hari kerja kan... balik 430 n sampai taska fetched ZA dlm 515 ke 530 (extra heavy traffic bolan posa na...) pastu balik masak while ZA main kadang-kadang dia buli dengan atok. setakat 10 hari ni sekali je pernah berbuka beli kat bazar sebab saya meeting, tak sempat nak masak. maka hari ni moh pertimbangkan berbuka d mekdi pulak hohohoi

lepas berbuka laju2 solat maghrib sebab ratu mengempeng tu jerit kuat2 mohon diempeng huhuhu... lepas tu memang bahagialah dia dipeluk cium sampai mommy ni kekadang solat isyak sebelum sahur kol 4 pagi huhuu

esoknya jadual yg sama.... #kbye!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers