March 14, 2013

Porridge for Princess

Pagi tadi ade post kat FB pasal bubur si Nini.



Bukanlah nak bangga diri tapi sebagai penggemar bubur sejak bayi, mmy pada saya her porridge is yummilicious even without salt & pepper cewah!
Ok tak payah mengarut sangat, mari kita tepek resipi senang mudah lazat sambil tido pon boleh masak tu hahaha


Bahan-bahan (sukatan ikut suka):
Beras (Zihni guna 3 sudu makan untuk 10-15 oz atau 2-3x makan)
Air secukupnya
Ayam/daging/ikan bilis (kalau guna ayam/daging minch la dulu -not advised guna yg dah siap minch tu, better minch sendiri sebelum masuk periuk)
Planta/margerin/minyak
Bawang kecil 1 bijik
Carrot (suku batang)
Kentang (setengah biji)
Sohun (optional)
Sayur 2-3 helai (ikut kegemaran baby/momy)
Daun bawang
Daun sup

Kekdahnye:
Panaskan margerin dlm periuk (saya guna Vision so dlm 40 minit dah masak -mula masak kol 5, kol 630 nak g keje huhu)
Tumis bawang
Masukkan air + beras yang dah dibasuh
kasik api kuat sikit pon xpe sbb kita ade kat dapo lg kan... sambil tu potong la brg2 lain
pastu masukkan ayam/daging/ikan bilis. kalau guna ikan bilis, belah 4 pon ok supaya laju je dia lembut. Masukkan dlm periuk tadi.
Carrot & kentang potong dadu haluuuusss haluussspastu masukkan dlm  periuk jugak.
dedaunan tadi tu potong mcm bunga rampai supaya baby boleh makan sekali. masuk gak dlm periuk.
Nini ade gigi sebatang je so kalau kunyah pon xde maknanya so selagi boleh kecik saya akan kecikkan daun2 dia huhu
pastu kecikkan api. ha boleh lah masuk tido semula. eh?!
hehe saya selalunya ngemas la susun beg skolah nini la hape so tuptaptuptap dah setengah jam berlalu.
masukkan pulak sayur yg sirampai td. sayur masuk last2 supaya tak layu sangat katenye hehe
kalau rasa bubur blom cukup kembang, tambah la air.
kalau nak sgt kembang dan seswai bg baby yg xde gigi makan, kacau selalu terutama waktu dia mendidih tu.
dah dekat nak siap tu kalau air masih banyak, bubuh sohun (yg panjang2 mcm mihun tu) supaya dia serap air.
dah siap, boleh tapau :)

bau wangi tu dtg dari dedaunan tu (bawang & sup) sementara warna warni tu selain dtg dari carrot & dedaunan tu, juga dari mentega tu, bubur jadi brownish. rasa masin dari mentega jugak dannnn ikan bilis! sedappp...

kalau nak kelainan, jgn masukkan ayam/daging/ikan bilis waktu masak tu.
goreng asing ikan bilis tu. garing2 tau. pastu blend halus.
nak makan nnt taburkan atas bubur. lagi yummy! hehe

selamat mencuba!

gambar xde... kosser nak snap sbb dapo selemoih haha
esok la kalo sempat buat lagi nnt saya tepek gambar dia

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers