Sebelum tahu saya peknen lagi saya dah bersungguh-sungguh berazam nak susukan 2nd baby nanti dgn susu ibu sepenuhnya.Kenapa? Ha meh kita singkap sejarahnya...
Masa Zihni dulu, niat di hati memang nak fully breastfeed sampai 2 tahun atau paling cikai kasik la 6 bulan. Niat tu saya sertakan dengan persiapan mental dan peralatan secukupnya. Tapi saya lupa persiapan dan fizikal. Mungkin sebab saya tengok sepupu terbaik dan kawan-kawan saya buat macam mudah je, tapi hakikat sebenarnya adalah sangat sukar dan sangat banyak cabarannya.
Dipendekkan cerita, saya gagal menyusukan Zihni secara eksklusif namun tetap bersyukur kerana diberikan peluang exclusive breadtfeed sehingga usianya 5 bulan. Pernah cuba mengepam siang dan malam tapi Allah dah tetapkan tiada, maka tiadalah...
Pernah cuba pam semuala dan ambil supplemen tapi tetap hampa. Bermula daripada itu, saya nekad nak berusaha bersungguh2 untuk menyusukan anak2 seterusnya secara eksklusif sekurang2nya 6 bulan dan akan meneruskannya sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah.
Lepas tu tak disangka-sangka termengandung pula...Aiseyman! Hahaha... Terus saya survey pump susu yang saya idamkan dan kebetulan jumpa. Lepastu mula start gali ilmu tentang bf, emb dan sebagainya sehinggalah minggu lepas saya jumpa blog Mama Imans ni...
Terus la saya p beli barang-barang sebagai persediaan. Cewah takde la barang-barang sangat... Saya beli marker pen, sticker utk tulis nombor, tarikh, isi padu susu... Basic thing to start mengumpul ebm je :)
Alhamdulillah... Semangat ni nak menyusukan anak walaupun baby baru -+13 minggu dalam kantung hehe... Semoga Allah mudahkan urusan kali ini sebab saya berhajat nak bg Zihni & si adik sama-sama minum susu ibu nanti. Cuma mungkin Zihni taknak kot direct feeding so bg susu perahan saje, insyaAllah...Korang-korang tolong doakan ye. TQVM!
Salam sayang,
Momy the Zs
Masa Zihni dulu, niat di hati memang nak fully breastfeed sampai 2 tahun atau paling cikai kasik la 6 bulan. Niat tu saya sertakan dengan persiapan mental dan peralatan secukupnya. Tapi saya lupa persiapan dan fizikal. Mungkin sebab saya tengok sepupu terbaik dan kawan-kawan saya buat macam mudah je, tapi hakikat sebenarnya adalah sangat sukar dan sangat banyak cabarannya.
Dipendekkan cerita, saya gagal menyusukan Zihni secara eksklusif namun tetap bersyukur kerana diberikan peluang exclusive breadtfeed sehingga usianya 5 bulan. Pernah cuba mengepam siang dan malam tapi Allah dah tetapkan tiada, maka tiadalah...
Pernah cuba pam semuala dan ambil supplemen tapi tetap hampa. Bermula daripada itu, saya nekad nak berusaha bersungguh2 untuk menyusukan anak2 seterusnya secara eksklusif sekurang2nya 6 bulan dan akan meneruskannya sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah.
Lepas tu tak disangka-sangka termengandung pula...
Terus la saya p beli barang-barang sebagai persediaan. Cewah takde la barang-barang sangat... Saya beli marker pen, sticker utk tulis nombor, tarikh, isi padu susu... Basic thing to start mengumpul ebm je :)
Alhamdulillah... Semangat ni nak menyusukan anak walaupun baby baru -+13 minggu dalam kantung hehe... Semoga Allah mudahkan urusan kali ini sebab saya berhajat nak bg Zihni & si adik sama-sama minum susu ibu nanti. Cuma mungkin Zihni taknak kot direct feeding so bg susu perahan saje, insyaAllah...Korang-korang tolong doakan ye. TQVM!
Salam sayang,
Momy the Zs
0 precious comments:
Post a Comment