November 2, 2014

Tempoh dan tempat penyimpanan susu ibu perahan (EBM)

Assalamualaikum...
Salam pagi Ahad.
 
Jom refresh sikit tentang penyimpanan susu perahan.
 
Sekadar berkongsi.
Semoga bermanfaat untuk semua :)
 
 
Susu perahan yang baru diperah (dalam suhu bilik) – ia mampu bertahan sehingga 4 jam.
Susu perahan yang baru diperah (dalam suhu berhawa dingin) – ia mampu bertahan dari 4-8 jam.
Susu perahan yang disejukkan (bahagian sejuk) – 5 hari

Susu perahan yang dibekukan (bahagian beku) 
– 2 minggu (untuk peti sejuk 1 pintu), 
– 3 bulan (untuk peti sejuk 2 pintu), 
– 6 bulan (untuk peti sejuk beku sahaja)
 
Susu perahan yang dicairkan – 24 jam
Susu perahan yang dipanaskan – 1 jam
 

Then, please bear in mind on the folowing things ye mommies :)
  1. Susu perahan yang dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  2. Susu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
  3. Jika anda ingin mencampurkan susu perahan berlainan sesi, campurkan susu tersebut pada suhu yang sama. Contoh, susu sesi petang nak dicampurkan dengan sesi pagi, sejukkan dulu susu sesi petang itu sekurang-kurangnya sejam (atau sehingga suhu sama), kemudian baru anda campurkan keduanya. Main pointnya, suhu mesti sama!
Ingatkan sekali benda-benda ni kat pengasuh dan family members.
Bukan utk org lain, utk anak kita juga!

 
Sincerely,
post signature

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers