Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts

May 8, 2014

the second pregnancy

Assalamualaikum...
Isnin aituh cuti so utk kali pertamanya g bukak buku rekod kehamilan utk Adik Z.
Wah, Z sangat! Walaupun belum tahu ape perkataan yg Z tu haha
Kemudian terkenang kali pertama tahu Zihni Aflah (waktu tu blom boh nama lagi) ade dalam tummy momy.
That was an unforgetable life event I should mark!

Masa tu rasanya kitorg baru je 2 bulan kawin. Which means baru 3 bulan lepas discectomy dijalankan kat spineku yang telah ditahap kritikal itu...
I didnt expect that I was pregnant tapi perasaan gatal nak buat jugak UPT tu sentiasa je membuak-buak kahkahkah
Paling lekat di ingatan, pagi tu sebaik bangun tido momy amek UPT kit dan nah, double line di situ!
OMG! OMG!
Terus ku menangis ketakutan.
Ceh, takut pulak bukannye peknen anak luar batas norma huhuhu
Mau kau tak takut???

Ini kisah seminggu sebelum double line...
Saya buat xray di bahagian pinggang ke bawah!
OMG! OMG!
Waktu tu siap sign surat kompem tak peknen.
Kompiden!

Same goes to this 2nd pregnancy.
An unexpected expecting mom again!

Pada saya, adik Z ni membawa sekali lagi cahaya dalam hidup momy.
Kenapa? Selama ni gelap ke?
Biarlah rahsia :) Bukan semua perkara kita boleh kongsi dalam hidup ni hehe
Tapi rahsia Allah memang kita takkan dapat jangka
Apa yg Dia susun untuk kita, Dia buat kita merencana begitu dan begini, lalu Dia jadikan segala rencangan tersebut tak menjadi. Maha besar!

Sekarang adik Z dah masuk 28 minggu dalam tummy momy ni.
Sangatlah melasak macam Along.
Senget2 momy dibuatnya pasal adik dok kanan jer...
Kiri tummy kasik kosong dan tempel uri. Sama mcm Along dulu!
TQ adik sebab bg momy rasa pengalaman ni sekali lagi!

Masa adik 21 minggu, momy admitted 3 hari kat siptal Selayang.
Sebab musabab nye momy bangun Subuh terus muntah2 sampai ke petang.
Bacaan potassium kurang sampai 2.5 sahaje walaupun momy keep on makan minum semua.
Pastu doktor yg garang dan suka maki hamun tu siap cakap adik kecik dan uri bawah jarak 1 cm je dari pintu rahim.
Whaddaaaa.... Sebenarnye lps kuar spital momy g scan kat panel, semuanya ok aje, Alhamdulillah...

Tapi sepanjang warded tu memang momy merasai semua yg dilalui oleh Along.
Dripped all the time sampai tangan bengkak yg paling momy sedih. momy dok 3 hari je, 2x tukar iv line sebab bengkak...
tu pon lepas ngadu kat doktor sambil meraung2 kesakitan.
memang sungguh dah bengkak tapi nurse still cakap masih elok.
Hello, yg sakit tu aku!
Memang asyiklah teringatkan ZA dengan tangan yg sampai seminggu dua di iv drip tu...


Subhanallah, besar sungguh dugaan dan tahap sabar NUMBER ONE MOMY tu...

Masa minggu ke-24 momy diserang asma kali pertama setelah berbelas tahun tak asma.
Ingatkan sekadar penat biasa.
Perutkan dah besar...
Sekali g klinik hambek kau kena neb huhu

Nest 2 weeks (26 weeks) kena lagi huhu
so doktor sahkan momy kena asthma attack during pregnancy
So kena amek inhaler biru (mcm ZA) & cokelat tu thruout pregnancy tapi momy jahat skip2 jugak hehe

Adelah baik dan buruknya di situ...
Yg baiknye, higher chances la untuk momy nak request czer lagi kali ni heheh...
Oh, sape takmau bersalin normal kan tapi pilihan ditangan saye dengan sebab yg sangat ketat.
Jika anda tak setuju, jaangan komen yg boleh bikin ibu mengandung terasa unless anda arif tentang anatomi saye :)

Oklah, sekian saje, nanti kite tulis2 lagi.

Love,
Momy The Zs

March 21, 2014

Pantang bersalin bagi org2 yg czer...

Hmmm dek kerana daku ni bile dah minggu ke-34 camtu baru betul-betul decided nak czer forever dengan sokongan mak & mak mertua serta nenek-nenek & makcik-makcik belah sendiri n belah UA, so makcik memang la not well prepared untuk pantang czer ni huhu... Pulak tu bila balik pantang kat kampung bidan-bidan yg sorg dua jumpa tu namo urut sebab katenye takut etc maka pasrah. Pantang zihni setakat mandi air dedaunan yg mak rebus + jaga makan sikit-sikit... Mujur la rajin jugak blogwalking n ade sepupu n kekawan berpengalaman ni so belajr la sesikit...

Kalau ikutkan Nawal Herbal Beauty, kekdah pantang bg org czer ni acamni...

1. Minuman ais sejuk atau ais ketul tak boleh langsung wajib 100 hari elakkan. Ais ketul tu paling bahaya digalakkan elakkan selama 1 tahun. 
>> Saya memang elak ais & air sejuk complete setahun. Konon azam bila bday ZA nak try la sirap ais kan hahah sekali tekak pon dah tak eksaited nak inum ais. Myb sebab latihan setahun tu dah otometik set kat hati & minda yg ais-ais ni tak baguih huhu tapi kekadang minum juge la sekarang ni...

2. Telur tak boleh selama berpantang 60 hari, lbh lama lg bagus. Telur blh menyebabkan luka jahitan kembali sakit dan bernanah kalu diteruskan makan.
>> Saya tak ingat bila start makan telur & ayam sume tu tapi rasanya sebelum 40 hari dah makan cuma tak banyak la sesikit aje... Makan pon Alhamdulillah xde la gatal ka nanah ke hape. Tapi yg second ni nanti taknak la makan, nak jaga bebetol!

3. Sayur sejuk spt kangkung, timun, terung wajib dielakkan selama pantang 60 hari.
>> Saya dulu mcm belasah je makan sayur terutama lobak putih sebab nak banyakkan susu. Tapi alhamdulillah xde kembung. Za pon ok je kecuali hari tu mkn jagung tetibe hamek kau menangis tak benti dia pasal kembung huhu
 
4. Buah Oren manis kena makan selalu ya utk cepat baik luka jahitan.

>> Saaaangat betul dan saangat suka! Baik utk cepat pulihkan luka. dah la pesen x boleh mkn gamat n haruan tu sbb za jadi cirit birit pulak
 
5. Buah oren yg masam2 elakkan ya.

6. Amalkan minum air jeli gamat utk cepat sembuhkan luka.

>> Ohhh dulu masa zihni tak menjadi... cirit birit budak itu. trus stop. makan oren saja huhu tapi baru2 ni dapat info doktor kata gamat & haruan tu mmg cpt sebuhkan luka tapi akan tinggalkan lapisan tebal kat atas luka tu. kalau kena czer lagi, susah nak buang perut tebal dulu b4 kuarkan bby
 
7. Jangan banyak berjalan selama dlm pantang 40 hari. Kurangkan pergerakan. Kalau berjalan dgn langkah perlahan-lahan saja. semakin aktif berjalan, semakin payah luka nak sembuh.

>> Dulu terpaksa, mak kerja lagi, yg jaga adik lelaki ku huhu. Malam je mak ada kat rumah. tp sian mak. b4 g kje kna siap2 masak n mandikan cucu huhu. Tapi kali ni elok mak dah pencen sebulan hihi insyaAllah lebih terkawal pantang adik Z nanti.
 
8. Pakai bengkung ibu tiap hari, tapi longgarkan ikatan tali di bahagian perut tu. Bengkung ibu penting untuk menjaga postur tubuh dan mengemaskan badan. Juga utk back up perut supaya x jatuh.

>> Ah yang ni mmg nak buat lah. nak beli kat butikbengkungmoden.com nanti... Hehe
 

9. Mandi dgn air suam setiap hari dengan air rebusan herba mandian azzahra. Ia berkesan untuk membuang angin, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa sakit dalaman badan.
>> POn nak beli herba mandian azzahra kat puan liysa :)




10. Bertungku di bahagian perut tidak boleh dilakukan sama sekali langsung. Ibu hanya blh bertungku di celah peha, di atas peha, betis, belakang badan saja. Bertungku di celah peha paling penting untuk mengecutkan urat peranakan.
>> Ni memang buat... sebab badan sakit-sakit tak berurut... Maka kita tungkukan saja huhu... Harap-harap kali ni nnt jumpa bidan yg sanggup urut lepas czer di kawasan sekitar mak huhu

Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu tahu berkaitan tatacara berpantang khasnya untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Bersalin ikut kaedah 'tingkap' ini sememangnya agak mudah, kurang rasa sakit kerana ibu diberi ubat bius sepanjang proses bersalin. Berbeza dengan kaedah bersalin secara normal kerana ibu sememangnya dalam keadaan sedar sepanjang masa. Tetapi, dalam aspek penjagaan dalam pantang, ia agak sukar dan proses penyembuhan luka memakan masa yang agak panjang. Tempoh masa berpantang juga lebih lama iaitu biasanya 100 hari.

Hmm memang lah dah remind UA byk kali, kite nak pantang 100 hari tau... Pose tau... walaupun beliau cuba menggoda huhu siannnn die...

~~~~~
Barang penjagaan pantang yg nak dibeli nanti (tunggu bonus masuk huhu... demi badan yg sehattt!!!)
Senang tinggalkan link sini saje huhu
1. Bengkung Moden 4 Panel Saiz L RM235
2. Laundry net untuk basuh bengkung tu RM7
3. Black Seed Honey untuk sembuhkan luka czer luar & dalam
4. Pati Minyak Serai Wangi Nawal Herbal Beauty RM30
5. Herba Mandian Azzahra NHB RM50
6. Bedak Panas Syifa NHB RM24
 

March 13, 2014

Part 4 - Breastmilk storage bags

Hurm.... Bahagian breastmilk storage bon dah selesai sediakan 100 storage bags siap dah buh pelekat tulis numbering & volume (6 oz each bag) dengan satu sticker kosong untuk tulis tarikh dan waktu.

So targetnye bulan 8 nak simpan 100 bags x 6 oz = 600 oz huhu gigih tak?
Note: Baby umur 2-3 bulan berapa sgt la dia minum kan, so 1 bag 6 oz tu untuk kegunaan 2x minum kat taska i.e sekali minum 3 oz (berdasarkan kekdah ZA minum dulu dan teori ruang perut bayi hehe)... Nanti kalo dah start minum banyak kita adjust la ikut kesesuaian pulak...

Trial and error guna 4 jenis storage bag berlainan:

1. Arielyx Essentials Standard Breastfeeding Milkbag 10 oz (25 pcs) RM19.90 **bought at 20% discount



2. Sunmum Triple Ziplock Breastmilk Storage Bag 9 oz (20 pcs) RM19.90 **bought at 55% discount


3. Natur Breastmilk Storage Bag 10 oz (30 pcs) RM27.90 **bought at 40% discount



4. Malish Breastmilk Storage Bag 10 oz (25 ocs) RM12.90 **bought at 31% discount

P/S: keempat-empat gambar adelah ihsan Google sebab nak bg korg roughly view cane rupanya bila dah buh susu nanti... Rupa itu oenting, tau!

Kalau ikutkan semua 100 bags yang saya spare sekarang ni nilai asal RM80.60 (sekeping dalam 81 sen la lbh krg). Tapi dek kerana beli dengan membajet sangat maka saya jimat RM30+ jugaklah. Not bad at all hehe :) Syukur UA dapat bini berkira cam ai hehe Alhamdulillah...

Masa ZA dulu semua guna storage bottles & bekas dadih.
Kali ni konon nak jimat ruang dan nak beli drawer upright freezer ehem! so ayuh guna liner sahaja.
Mudah pon mudah pakai buang saje hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~
Target nak kumpul waktu dalam pantang nanti (sebab EDD 29 Julai 2014 katenye hehe... mungkin request awal la dalam 25hb)

Ogos 2014
Pack #1 (Arielyx): 25 bags x 6 oz = 150 oz
Pack #2 (Sunmom): 20 bags x 6 oz = 120 oz
Pack #3 (Natur): 30 bags x 6 oz = 180 oz
Pack #4 (Malish): 25 bags x 6 oz = 150 oz

September 2014
100 bags x 6 oz = 600 oz

Total = 150 + 120 + 180 + 150 = 600 oz
So, 600 oz x 2 = 1200 oz

~~~~~~~~~~~~~~~
Target penggunaan (anggar la masuk keje semula bulan Oktober kan)

Bulan pertama (Oktober 2014)
1 hari = 6 botol x 3 oz = 18 oz
1 minggu = 5 hari bekerja x 18 oz = 90 oz
1 bulan = 4 minggu x 90 oz = 360 oz

So, 1200 oz tu insyaAllah cukup la untuk adik Z sampai bulan Disember.
Tapi ni kiraan teori sahaja, tak ambil kira kalau hal-hal lain yang memaksa momy terbagi adik EBM nanti, jiga tak termasuk peck pecah atau EBM rosak (mintak dijauhkan...)

Cuma hajatnya walaupun banyak storenya, kalau boleh biarlah semua atau separuh susu yg bekalkan nati yg fresh, maksudnya yang pump malam sebelumya atau pagi2 subuh hening tu, insyaAllah...

~~~~~~~~~~~~~~~
So dah ade target simpanannye, kena la ade kekdah nak ngumpulnya kan huhu...
Begini tentatif pumping yang dah disusun untuk masa pantang nanti.
Jadual masa dalam pantang mungkin akan diubah kalau dah masuk kerja nanti sebab perlu sesuaikan dgn masa :)
Oh, saya peruntukkan 10 ke 15 minit je untuk satu sesi. Warming up katenye...


Sesi #1 - 5 a.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #2 - 8 a.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #3 - 11 a.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #4 - 2 p.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #5 - 5 p.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #6 - 8 p.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz
Sesi #7 - 11 p.m: 2 oz x 2 (double pumping) x 5 (power pumping) = 20 oz
Sesi #8 - 2 a.m: 2 oz x 2 (double pumping) = 4 oz

Stok 1 hari = 48 oz (24 bags x 6 oz)
Stok Ogos = 48 oz x 31 hari = 1488 oz
Stok Sept = 48 oz x 30 = 1440 oz
Total stok 2 bulan = 1488 + 1440 = 2928 oz

Ok, nampak macam wah sangat kan sebab dlm pantang boleh kumpul 3k oz huhu
Sehari boleh kumpul 24 bags kononnye...
InsyaAllah, tak mustahil.
Tapi ni sebagai tentatif saya sahaja. Penaik semangat kononnya :)
Belum lagi kira kot2 susu tak sebanyak 4 oz dalam satu sesi
Belum kira kot2 kena guna susu tu buat topup
Belum kira Along ZA tumpang stok susu adik..
Banyak ye kemungkinannya puan-puan
Yang penting, perancangan tu ade, InsyaAllah..
Doakan saya berjaya, ye!

Yours truly,
Mommy The Zs

March 4, 2014

Twin Stroller -perlukah?

Alhamdulillah, adik Z dah menghampiri bulan ke-5 dalam kantung momy :)
Nama pon insyaAllah, dah ada. 
Kalau boy kita namakan je mcm pilihan yg ada waktu pilih nama Along ZA dulu.
Kalau girl pulak kita namakan je mcm yg momy cadangkan walaupom ayah tak setuju hahaha

Ok, the last thing yang akan ku belikan untuk si anak nanti ialah stroller.
Sebabnye, kondisi ku menyatakan bahawa mmg tidak fit la nak mendukung anak-anak ku huhu sedih!
Maka ku terfikirkan nak membeli twin stroller. Actually ada 2 jenis stroller iaitu tandem dan twin. Twin tu anak2 akan duduk side by side, tandem plak yg depan belakang. Momy nakkan yg twin sbb adil, dua2 tgk view yg sama. Hehe.. Yg tandem tu cam kesian plak yg kena duk kt belakang n sempit sket..

Mensurvey...
Berhajatkan Halford Fliplite Twin Stroller ni...
Kaler meroh!


Here goes lists website beserta harga yg ditawarkan untuk stroller ni sahaja ye..

City Baby (Harga jual: RM650.00 belum masuk postage)  

Baby Care (Harga jual: RM859.00 | Promosi RM687.20 free shipping!!!)
Fabulous Mom (Harga jual: RM859.00 | Promosi RM687.20 + postage RM20.00 tapi boleh COD juga)
babyland2u (Harga jual: RM859.00 | Promosi RM687.20 belum masuk postage)
AXEANA.com (Harga jual: RM859.00 | Promosi RM687.20 belum masuk postage)

The Baby Store (Harga jual: RM859.00 | Promosi RM699.00 belum masuk postage) 

BB Hypermart (Harga jual: RM899.00 | Promosi RM709.00 belum masuk postage) 

One Baby World (Harga jual: RM719.20 + postage RM25.00 tapi boleh COD juga)
Little Whiz (Harga jual: RM899.00 | Promosi RM719.00 belum masuk postage)

Little Arfan (Harga jual: RM799.00 belum masuk postage)

Baby Cottage (Harga jual: RM859.00 + Poslaju RM35.00)
The Baby Loft (Harga jual: RM859.00 belum masuk postage) 

Harga ni as per entry date ye, momy cadang nak beli ujung tahun nanti hehehe tapi boleh dijadikan panduan... Oh mostly bagi 1 year warranty :)

February 21, 2014

Part 3 - BF punya keperluan (untuk simpanan EBM di rumah)

So hari tu dlm entri ni kita cerita pasal keperluan untuk saya pam susu di opis kan?
Dah perah keringat dan air mata nak dapatkan susu tu, mestilah kena pikir cane plak nak simpan bila dah balik tu kan hehe...



Jadi, apa pulak yang saya perlukan untuk buat stok EBM yang banyak-banyak insyaAllah untuk adik Z & along ZA boleh share sekali?

1. Storage bags/liners (checked)
>>> Saya beli 4 kotak yang brand Malish (25 bags sekotak, 10 oz setiap bag). Jugak beli dengan Jannah Little Store sekarang jugak sebab dia tgh buat crazy sale!!!
Gile tak beli???
Dari harga RM12.90 dia jual RM8.60 jer tau...
Cari kat mudah.my pon takde org jual murah camtu huhu
Tapi kenapa Malish jadi pilihan? Hehehe...
(i) Sebab dia colorful... ce tengok plastik tu hehehe... evelove liners pon colorful, lagi cun, pink gitu... tapi huhuhuuu mahal la pada saya huhu mahal untuk recycle item!

(ii) Sebab dia ada double ziplock, senang saya takyah seal sendiri dah (pemalas!) tapi kebanyakan liners sekarang dah ada ciri-ciri ni. triple ziplock pon ado.
(iii) Sebab rekabentuk dia sealed kiri kanan tu selamat, kurang sgt kebarangkalian leaking, insyaAllah. Liners yg ada ciri keselamatan mcm ni ialah Autumn dan jinggle Junggle kalau tak silap saya.

2. Labeling stickers (checked)
>>> yang ni saya beli yang kaler-kaler kat stationary shop je. sticker untuk numbering siap dah nomborkan sampai 420 huhuhu, untuk volume dan tarikh, untuk bulan (sebab saya akan kelaskan nanti). semua saya guna colorful sticker, hijau, oren, pink. 


3. Marker (checked)

>>> ish jgn tanyalah nak buat ape heheh nak tulis atas sticker tu nantilah hehehe

4. FM tupperware (checked)
>>> Ni untuk susun cecantik EBM saya... dan supaya mudah nak ambik batch mana dulu batch mana kemudian... mudah saje i kan dealer tupperware hehe. FM stand for freezer mate tau. paling sesuai dan selamat buh dlm freezer. yg lain bukan tak selamat tapi tak sesuai. FM ni Tupperware reka khas utk kegunaan di freezer. gitu... Sape nak beli tupperware harga kasih sayang boleh SMS?Whatsapp saya 017-3490890 ye :)



5. Upright frezer (kenalah beli baru sebab yg dulu dah juai huhuhu)
>>> huhhuhuuu dulu saya ada deep freezer mcm yang ini... beli baru, murah je... guna separuh penuh, susu mula merudum, bila habis, saya sedih tengok tu maka saya jual :( Sekarang saya nak kumpul duit beli lagi satu huhu



dan saya berhajatkan upright freezer macam yang ini huhuhu



 tapi buat sementara waktu mungkin saya nak beli yg comel je dulu... macam yang i haha

6. Pumping record (checked)
>>> yg ni daya dah buat awal-awal dah... 1 hari 6 ke 8 sesi mengepam, setiap 3 ke 4 jam... yang tu nanti kita cerita hehe

February 14, 2014

Part 2 - BF punya keperluan (untuk pam di opis) *edited*

Hurm... Alhamdulillah ya Allah dah masuk minggu ke-16 untuk 2nd pregnancy momy dgn adik Z.
Personally, tersangatlah lama rasanya nak melepasi 11 minggu ini (sejak tahu yang saya dah 5 minggu pregnant waktu end of November last year)... Lama sebab alahan adik Z super teruk I cant explain!

Teringat masa pregnantkan ZA dulu, masuk bulan ke-4 ni dah start looking for baju n etc.
Tapi this time, I started the prep with....
BREASTFEEDING STUFFS
yay!!!

So, lets check apa yang saya a working mom perlukan untuk menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

1. Breastpump x 1 (checked)
>>> Kalau ditakdirkan beranak sorg lagi selepas kegagalan menyusukan ZA selama minimum 6 bulan, memang saya berazam nak beli electric atau operated breastpump. Alhamdulillah, dalam entry ni saya dah cerita keberjayaan saya mendapatkannya. Biarpun cuma 2nd hand, tapi baru 2x digunakan untuk trial dan ahlamdulillah, nak diberi secara percuma tanpa power bank tapi takpelah kak, saya bayar sedikit huhuhu semoga murah la rezeki akak tu :)



2. Cooler bag x 1 (checked)
>>> Cooler bag ZA dulu masih cun lagi cuma zipnya je yang dah patah tapi boleh gunakan key-chain so selamat satu perkara, takyah membazir, kita gunakan saja Jingle Jungle - Awesome Mom Cooler Bag yang dibeli dari blog duniasusuibu pada 28 Disember 2011 dulu hehehe 3 tahun dah awak... Cuma kena basuh, steril bagai la sebab duduknya dalam store hehe
Sesangat membantu, ada 2 compartment. Atas buh pump, bawah buh ice pack dan botol susu :)
Cuma mungkin nanti nak jahit sendiri pouch untuk simpan motor tu sebab takut dia kesejukan kena sipi-sipi ice brick & ice pack kat bawah tu...
Gini rupe bagnye yg byk berjasa itu...



3. Storage bottles x 6 (surveyed)
>>> Ehem, mula-mula berhajatkan evelove jugak rasanya nak bagi sedondon hehe... Macam nak membeli dekat Jannah Little Store sebab dapat member price hehe

 gambar ehsan mudah.my ye :)

Sekali cari-cari storage lama Zihni terjumpa my favourite Mom's Little One punya 6 bijik yang 5 oz (peh, cukup-cukup) + 3 bijik yg 2 oz boleh la buat spare... so setel 9 bijik storage bottles untuk mengepam di opis nanti heheheh :)



4. Ice brick x 1 (surveyed)
>>> Berhajatkan Coleman tapi kalau dapat V-Cool pon jadilah heheh... Yang penting dia ada 6 lekuk tu, satu lekuk satu botol :) **tapi bila tengok kapasiti cooler bag setelah diisi penuh dgn 6 biji MLO storage bottles (tu baru botol kosong tu...) tu, macam tak muat jer ice brick seketul huhuhuuu


5. Ice packs x 2 (surveyed)
>>> Ice pack untuk isi kat tepi-tepi cooler bag tu sebab ice brick buh kat tengah kan :) Dan saya berhajatkan Malish Ice Pack  hehehe... **tapi bila tengok kapasiti cooler bag setelah diisi + 6 storage bottles tu, macam muat 3-4 bag ice pack yg nipis tu je. probably Jingle Junggle punye je huhu



 
6. Numbering clips x 6 (checked)
>>> yang ni saya beli sebijik cenggini, kat kedai stationary, sebab nak mark mana satu susu yg perah dulu mana yg kemudian :) Nak numberkan camana? Ha... kat kat entry barang nak bawak EMB ke taska saya tunjuk gambar :) **dah beli kan... hehehe... tapi sebenarnya kat botol pon dah siap tulis "SESI 1", "SESI 2" sampai "SESI 6" kihkihkih semangat sangaddd!



7. Pumping record book (checked)
>>> haha yg mudah ni buat sendiri saja pakai buku nota lama-lama. Balik nanti waktu nak simpan susu dlm fridge kita transfer ke jadual yg sebenar kita :)



January 30, 2014

Part 1 - BF the another journey

Sebelum tahu saya peknen lagi saya dah bersungguh-sungguh berazam nak susukan 2nd baby nanti dgn susu ibu sepenuhnya.Kenapa? Ha meh kita singkap sejarahnya...
Masa Zihni dulu, niat di hati memang nak fully breastfeed sampai 2 tahun atau paling cikai kasik la 6 bulan. Niat tu saya sertakan dengan persiapan mental dan peralatan secukupnya. Tapi saya lupa persiapan dan fizikal. Mungkin sebab saya tengok sepupu terbaik dan kawan-kawan saya buat macam mudah je, tapi hakikat sebenarnya adalah sangat sukar dan sangat banyak cabarannya.
Dipendekkan cerita, saya gagal menyusukan Zihni secara eksklusif namun tetap bersyukur kerana diberikan peluang exclusive breadtfeed sehingga usianya 5 bulan. Pernah cuba mengepam siang dan malam tapi Allah dah tetapkan tiada, maka tiadalah...

Pernah cuba pam semuala dan ambil supplemen tapi tetap hampa. Bermula daripada itu, saya nekad nak berusaha bersungguh2 untuk menyusukan anak2 seterusnya secara eksklusif sekurang2nya 6 bulan dan akan meneruskannya sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah.

Lepas tu tak disangka-sangka termengandung pula... Aiseyman! Hahaha... Terus saya survey pump susu yang saya idamkan dan kebetulan jumpa. Lepastu mula start gali ilmu tentang bf, emb dan sebagainya sehinggalah minggu lepas saya jumpa blog Mama Imans ni...

Terus la saya p beli barang-barang sebagai persediaan. Cewah takde la barang-barang sangat... Saya beli marker pen, sticker utk tulis nombor, tarikh, isi padu susu... Basic thing to start mengumpul ebm je :)

Alhamdulillah... Semangat ni nak menyusukan anak walaupun baby baru -+13 minggu dalam kantung hehe... Semoga Allah mudahkan urusan kali ini sebab saya berhajat nak bg Zihni & si adik sama-sama minum susu ibu nanti. Cuma mungkin Zihni taknak kot direct feeding so bg susu perahan saje, insyaAllah...Korang-korang tolong doakan ye. TQVM!

Salam sayang,
Momy the Zs

January 21, 2014

Berhajatkan sesuatu untuk si adik... dan mendapat!

Adik?
Oh, hari tu kan ade unofficial announcement... Hehe

Dan dulu kan sebenarnye berhajat bila ZA dah 3 tahun + baru nak proses adik... Heheheheeee
So sudahlah dijual preloved segala barang keperluan penyusuan susu ibu utk ZA dahulu...
Lebih sedih lagi, barang yang terakhir ialah breastpump yang sama-sama berusasa dgn momy mengumpul susu utk ZA dgn darah dan air mata huhuhuuuu

Tetapi Allah maha hebat perancangannya :)
Tiba-tiba si adik muncul...
Ye, tetibe sgt muncul dalam tummy momy hahaha tetibelah sangadddd!
Lantas, momy terus berhajat utk menunaikan hasrat yg terpendam sejak tahun lepas yakni nak membeli electric breast pump *peace* ZA dulu guna manual saje.
Dan dgn penuh kegedikan momy berhajatkan yang ini.....



Oh, membesarkan ZA bukanlah sesuatu yg mudah...
Terutama dlm keadaan tahun lepas yang hanya momy berincome tetap...
Tahun ni sebenarnya kami masih dalam fasa membina semula keluarga dan menyimpan huhu *sedih*
tapi ZA dan adik juga rezeki...
Dan adik telah beroleh rezeki pertamanya sewaktu berusia 10 minggu kerana kawan FB momy nak letgo Eve Love Flexi breastpump yg dia baru guna 2x for free *yay!!!*


Tapi momy segan...
So, untuk double pump yang berharga RM599 itu, momy janji dgn sahabat yg baik hati tu momy akan titipkan seidkit wang sebagai token.
So inilah yg adik momy akan dapat hehehe


Eve Love Flexi Breastpump tanpa power bank atau lebih kurang Eve Love Heavenly Breastpump la sbb xde power bank tu...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Rezeki anak-anak...
Momy akan bg Along ZA share susu adik sama-sama nanti...
Momy janji!

Dan adik mesti janji dgn momy utk jaga Along baik-baik, ye!

Salam sayang,
Momy The Zs

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers