April 15, 2007

the reason...


Hubungan enam tahun Putera William - Middleton putus

LONDON 14 April – Pewaris takhta Britain, Putera William dan teman wanitanya, Kate Middleton (gambar) yang menjadi perhatian seluruh dunia selepas mendiang Puteri Diana, memutuskan hubungan enam tahun mereka.
Perkembangan itu mengejutkan ramai pihak ketika wujud desas-desus sebelum ini mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.
Laporan akhbar, The Sun menyebut, pasangan tersebut mencapai “persetujuan secara persahabatan untuk berpisah.”
Bagaimanapun, Pejabat Clarence House milik putera itu enggan memberi sebarang ulasan kerana tidak mahu membincangkan masalah peribadi pewaris takhta kedua diraja Britain itu.
Dalam pada itu, The Sun memetik seorang teman rapat sebagai berkata, tekanan yang dialami oleh pasangan tersebut terlalu banyak, terutama kerana William sibuk dengan tugas tentera, bermakna mereka jarang berjumpa.
Disebabkan tekanan media, Middleton tinggal bersendirian di London.
“Apa yang membimbangkan Middleton ialah William tidak memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” kata rakan tersebut.
“Dia ‘terikat’ di London manakala putera itu pula tinggal di rumah pegawai di Dorset dan menyebabkan Middleton benar-benar kecewa,” tambahnya.
William, 24 dan Middleton, 25, bertemu ketika masing-masing menuntut di Universiti Andrews, Scotland pada 2001 dan keluar bersama sehingga Februari lalu.
– AP


...and this is why we were separated...

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers