August 15, 2007

Andainya perempuan tahu....

Post ni aku dapat dari emel seorang kawan lama. Kawan sekolah. Dikirim lamaaaaaaaa dulu. Hari Jumaat tanggal 21 Januari 2003. Dah tak berapa ingat motifnya tapi secara samar-samar emel ni dia hantar sebagai nasihat dan pedoman untuk aku yang tengah sengal-sengal otak memikirkan kerenah kawan baik si pengirim emel ini. Entah macam mana terbaca semula. Sweet juga! Dan ada benarnya... bacalah!


Andainya perempuan tahu.........
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif
dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang lelaki meminati wanita
wanita itu tak semestinya cantik.
Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya
samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa,
lelaki sebenarnya tidak mengetahui
perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..
sebab itu mereka suka melihat wanita...
menjeling wanita...
dan menonton Baywatch! (^_^)
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi
ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu.."
itu seringkali bermaksud
dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal,
dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang
dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya
apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan
dari library atau buku semata2.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..
dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang
bagaimana berhadapan dengan perempuan
supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu
bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..
dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...
yang lain hanya kawan.. :)

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan,
lelaki juga rasa bersedih..
cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
perempuan itu patut bagi hint!
Mana tau lelaki itu juga menaruh minat.
Dan lelaki juga mahu berjimat cermat
Jadi, kalau bersetuju nak keluar bersama
Bukan maksudnya semuanya ditaja oleh lelaki,
sikit-sikit takpela
Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu
mengalir dari perempuan yg dikasihi.
Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%,
walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi perempuan,
janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers