August 4, 2007

Boukenger : Celebrating The Friendship Day

Jumaat, 3 Ogos 2007; Boukenger Wira-wira Kecoh ISM telah keluar beramai-ramai untuk meraikan Hari Persahabatan yang tarikh sebenarnya jatuh pada 1 Ogos setiap tahun. Alhamdulillah, (untuk perhatian umum kesemua Boukenger beragama Islam) segala perancangan seperti yang talah dibincangkan dalam agenda mensyuarat ke-entahberapakali pada hari sebelumnya di port mesyuarat biasa telah berjalan dengan baik dan bagus sekali walaupun terdapat beberapa perubahan waktu bagi beberapa aktiviti.

Agenda dimulakan dengan sarapan pagi a.k.a makan tengah hari di cafe Fakulti Sains, port biasa untuk bergossip pada jam 1130am. Boukenger Silver a.k.a Aimi (selepas ini akan disebut sebagai Silver) hadir lewat setengah jam atas alasan-alasan yang munasabah. Boukenger seterusnya bertolak ke OU dengan menaiki kenderaan persendirian yang dipandu Boukenger Yellow a.k.a Aan (selepas ini akan disebut sebagai Yellow) untuk agenda kedua pada jam 1pm dengan melalui sedikit kesesakan jalan raya. Mendapat parking space yang "baek punya", Boukenger telah bergegas untuk mendapatkan tiket untuk menonton filem Perng Mang yang telah dicadangkan oleh Boukenger Red a.k.a Ima (selepas ini akan disebut sebagai Red) dalam mesyuarat. Yellow kemudiannya telah ditugaskan membeli tiket-tiket tersebut dengan bantuan Boukenger Pink a.k.a Meme dan Boukenger Blue a.k.a Dila (selepas ini akan disebut sebagai Pink dan Blue) sementara Silver dan Red bersama-sama Boukenger Black a.k.a Nurul (selepas ini akan disebut sebagai Black) membeli popcorn sebagai kudap-kudapan ketika menonton.

Beraksi comel sebelum menonton

Tontonan berjalan lancar sehingga semuanya berpuas hati dengan tayangan tersebut walaupun tidak memberikan 5 bintang. Boukenger kemudiannya bersolat Zuhur di surau, seterusnya bertafakur sementara menanti waktu Asar.

Agenda yang dinanti-nantikan bermula iaitu window shopping.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengalas perut yang lapar di Waffle World


Selepas solat Maghrib Boukenger bersedia untuk misi seterusnya yang paling dinanti-nantikan. Sebelum meninggalkan OU pada jam 830pm, setiap Boukenger sempat membeli sejenis barangan yang didefinisikan sebagai gelang kuasa.


Perjalanan diteruskan ke Tasik Titiwangsa untuk menikmati pandangan malam dari Eye on Malaysia. Boukenger bergegas ke tempat kejadian dan sampai 20 minit sebelum kaunter tiket ditutup. Keadaan ini jelas menunjukkan kepantasan para Boukenger untuk menamatkan misi-misi penting yang telah dirancang.

Gurl's nite
Boukenger juga telah bertemu dan dikejar dinasour selepas menikmati panorama malam. Namun tiada Boukenger yang cedera atau terkorban. Boukenger telah berada di tempat kejadian sehingga jam 1115pm.

Misi seterusnya diteruskan dengan menikmati makan malam di port makan tak berapa biasa iaitu Bomba. Para Boukenger telah sampai ke port makan-tidur beberapa minit sebelum gate ditutup secara automatik. Sekali lagi kepantasan Boukenger terbukti di situ!

Secara keseluruhan, semua misi yang ditancangkan berjalan dengan lancar tangpa gangguan anasir luar yang boleh menyebabkan Boukenger bertukar ganas sebagai langkah-langkah mempertahankan diri. Kesemua Boukenger telah menunjukkan sifat-sifat wanita sejati sepanjang misi berlangsung. Syabas dan tahniah kepada para Boukenger kerana berjaya meraikan Hari persahabatan bersama-sama pada tahun ini. (Untuk perhatian umum, ini adalah kali pertama para Boukenger keluar dengan korum yang penuh iaitu semua Boukenger turut serta dalam misi tersebut.

2 precious comments:

Anonymous said...

blue aku rse, kering mulut gelak2 guling =))
btw, tahniah r, krn tlh berjaye menulis blog nie ngan jaye nye!!! aja aja!! -fromRed- attack!!!! (aku kn chief)

kudozu said...

syabas kpd boukenger2 sekalian itu~!
[bersame2 ini dikepilkan ikon gelak guling2 =))]

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers