Ramadhan Al-mubarak yang aku rindui akhirnya menjelma lagi untuk kali yang ke 22 seumur hidup aku. Nak tau knape 22? Sebab aku lahir pada bulan Ramadhan yang mulia ni tanggal 27 Ramadhan 1405H. Bagus kan? Dan sesungguhnya aku terlalu merindui bulan yang teramat mulia dan istimewa ini... Sepanjang hidup, macam-macam perkara berlaku pada bulan Ramadhan yang menambahkan rindu aku terhadap bulan mulia ni. Dulu kecik-kecik, selalu sambut birthday masa bulan puasa. Esoknya birthday mak aku pulak. Bagus kan?
Masa aku 6 tahun, arwah opah meninggal, betul-betul seminggu sebelum raya. Aku ingat lagi, aku menangis semalaman dan bila ayah kata jangan menangis sebab Opah cuma sakit je, aku yang baru belajar-belajar tengok tv tu jawab, "Ayah tipu! Dalam tv tu, kalau tutup muka macam ni, maksudnya dah mati! Ayah tipu! Ayah tipu!" Dan esoknya, sebelum arwah dibawa ke kuburan, aku tak nak mencium dahi arwah opah sebab aku tak nak arwah dikuburkan. Natijahnya hari ni, aru sentiasa berharap untuk mengulang saat tersebut supaya aku dapat mencium dahi opah, walaupun buat kali terakhir.... Rindu kan?
Tapi kerinduan aku untuk Ramadhan bakal berakhir. Terima kasih tuhan kerana mempertemukan aku sekali lagi dengannya. Cuma sejak akhir-akhir ini banyak pulak perkara yang aku rindui. Rindukan budak bucuk, rindukan Izo (sorry to bucuk n all of my frens -u all hate this very much-, I know this is very very very wrong but I can't help myself! Really miss him sooo much it's hurt!), rindukan KLIKK3 (terutama sekali pengarahnya) dan KLIKK4 (miss it sooo much bila aku terpaksa menjadi org paling bertanggungjawab ntuk segala-galanya), rindukan geng-geng sekolah dulu (sekolah rendah: Ain, Ira, Aidah n Nad // skolah menengah: Sepat, Phyll, Huda, Nate, Hana, Watau, Ina, Golex, Cidot, Dean), rindukan The sRc (Anis, Fye, Kakyah, Ani, Liza n Mira) n lepas tu aku rinnnnduuuu sangat-sangat ngn adik aku yang paling jauh -Acik. Rindu sangat-sangat!!
Pape pon, rindu itu anugerah dan aku rasa kali ini aku nak bagi peluang untuk diri aku menghayati semua kerinduan ini. Izinkanlah...

0 precious comments:
Post a Comment