maafkan aku kawan-kawan
kerana tiba-tiba aku
menghilang dalam ramai
dan tidak pernah
meninggalkan pesan
maafkan aku kawan-kawan
kerana hari itu aku
menjadi terlalu tidak perkasa
untuk terus berusaha
menjadi gagah
seperti aku yang selalu-selalunya
maafkan aku kawan-kawan
kerana semalamnya aku
terlalu berpura-pura
menjadi aku yang tidak
benar-benar bergembira
seperti aku yang sebenar-benarnya
maafkan aku kawan-kawan
kerana menjauh seketika waktu
kerana terkadang aku
perlu ruang untuk bernafas
dan menjadi aku
yang tidak pernah kalian tahu
2 precious comments:
very nice!!!
tq...
kalau hati susah, mcm2 ayat leh kuar huhu
Post a Comment