February 24, 2008

Februari bulan voucer

Minggu lepas amat lah sengal. Test PL yang agak senang dan test Bio yang ntah hape-hape. Demam akibat ketidakcukupan tidur dan kepenatan. Kasihan seorang saya. Banyak juga masalah yang tak terpikirkan sehingga mengakibatkan kecelaruan emosi yang agak teruk tapi alhamdulillah berjaya dialihkan dari perhatain rakan-rakan di sekeliling.

Pergi ke UM Job Fair dan mendapat semangat untuk apply kerja-kerja untuk masa depanku selepas bergraduasi. Bertemu Skuad Era Avanza dan menerima voucer Food Republic di Pavilion bernilai RM50 selepas membuat aksi sedikit gedik di hadapan Encik Kiran yang hensem itu huhu. Pulang ke rumah pada Jumaat untuk menyelesaikan beberapa perkara urgent yang tak bisa ditangguh-tangguh. Dapat pule voucer LENO bernilai RM30 dan sampai ke rumah mak bagi voucer Padini RM10 pula, baru sampai beberapa hari sebelum kepulanganku. Wah... seronok sekali! Tak dirancang, ayah pun balik juga minggu ini. Seronok sekali lagi!! =P

Sebelum pulang, pergi melawat kawan-kawan di bank sekejap. Mula-mula cuma nak withdraw aje tapi terkantoi pule. Masuk je kat situ ade ke patut Mr. Rady kata saya sudah "membesar"?? Hampeh betul semua customer memandang ku. In upgrading process la pakcik!! Naik atas bertemu Mr. Hasnol & Nasrul. Mr. Azlan juge bagi approval dengan kata-kata Rady. Hampeh juge kedua-duanya. Bila datang pakcik Azamzaki, boleh pule beliau bertanya pasal kawen. terus je cakap tarikh pilihan 10/11/12 nanti =P. Huhuhu rosak akhlak ku bertemu kesemua mereka. Berjanji dgn saudara Nasrul mahu berjogging di Bukit Cinta tapi entah bila haha. After all, thank God tak terserempak "pakcik yang gatal" di 1st floor itu haha

Terkejut news last week dapat berita Encik Zainal papa ku kehilangan isteri tercinta kerana demam panas. Kesian papa & kids yg masih kecil. Tak sempat ketemu kerana masih bercuti. Apa-apa pun saya doakan kalian tabah menghadapi ujian kehilangan kekasih dan bonda tersayang. Terngiang-ngiang pule saat romantis dengar papa menelefon arwah yg dia panggil ibu. Sure Cik Nal lost gile la dengan pemergian tu. Bertabah Cik Nal!!! Alfatihah untuk arwah juge.

Pulang bercuti minggu ini saya kedemaman. Siksa betul. Tidur saja. Merancang nak potong rambut lagi tapi tak jadi sebab takut pendak sangat pule nanti. Sabtu, hari mencuci akuarium dan memandikan para kura-kura yang tak bernama bersama bonda. Tak percaya ka? Nanti saya upload gambar aktiviti tersebut ya! Comel juga tapi memang geli la!!! Lepas mencuci, tidur hingga ke petang kerana sakit kepala dan flu fever yang teruk. Kesian diri ku.... Flu juga masih keluar kadang-kadang hari ini. Siksa betul laaaa...

Encik Adzim "menghilang" tanpa berita. Hari pertama kehabisan kredit khabarnya. Ai, takkan kredit habis tak boleh jawab call pule. Hari kedua menghantar pesanan ringkas meminta maaf tetapi lupa untuk bagi tahu akan outstation ke Jengka. Takde alasan tak boleh balas message walaupun outstation oke! Boleh pulak off hp sampai balik Shah Alam semula. Semua kelakuan kamu bikin aku panasssssss saja. Bertabah la wahai diri sendiri!! Tiba-tiba terasa macam nak mengadu je kat Nasrul segala kelakuan sahabat beliau ini! GERAMMMM!!!

Akhir sekali, dah sampai semula ke kolej, menyemak kiriman-kiriman masuk e-mail serta komen-komen dan mesej-mesej di frenster. Sekarang bersiap siaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti ilmiah pula. Wahhh, to-do-list ku sudah membanyak semula huhu. Akan pulang semula pada hari Rabu untuk appoinment dengan Pakar Orthodontik ku yang sengal itu. Yeah, minggu menggosok gigi dengan bersungguh datang lagi!!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers