February 26, 2008

once upon a steroid addict...

Kelas nutrisi pagi tadi bercerita tentang corak diet masyarakat Jepun, animal protein vs plant protein dan pengambilan vitamin. Owh... Barulah tahu yang makan ikan banyak-banyak pun boleh buat kita sakit... Tiba-tiba teringat suatu kisah beberapa tahun dulu; steroid addict.

Zaman-zaman sakit dulu, banyak la kena makan ubat itu dan ini sampai la satu tahap kena ambil steroid setiap hari. Mula-mula tu memang la rasa that is the best solution of all. Cure sangat-sangat la kononya pada ketika itu. Takde la konon-konon, memang sihat walafiat pun tapi by the time dadah tu flow dalam my blood la. Bila dah hilang kick dia, kena la makan lagi. Selalunya sehari dua kali mesti mau la hihi.

Tak dinafikan, masa tu memang sentiasa ada je steroid bersama-sama walau di mana berada. Kalau takde je memang cuak-cuak kucing jugak la takut unstable condition berlaku. That thing berlarutan lebih kurang dua tahun. Paling ditakuti kalau-kalau terkesan oleh para sahabat. Masa tu kebetulan sama matrik dengan geng form 5 sekolah dulu. So sebab selalu sangat buat-buat sihat dan mengaku sihat, terpaksalah pretending je all the time. My intent was taknak bagi my friends n my teacher (yang selalu ku buat rumahnya sebagai tempat lepak dan overnight) risau dengan keadaan yang aku sendiri tak bisa nak lalui (kalau boleh tak nak ingat langsung dah!).

Satu hari aku rasa down sangat-sangat. Kalau tak silap dalam tahun 2004. Masa tu on my birthday ada appoinment dengan pakar kat PPUM. Tiba-tiba macam tak mampu jen nak dapat apa-apa berita yang boleh buat aku frustrated as my birthday present. Mula lah buat alasan macam-macam n lastly tak pergi that appoinment (sampai sekarang kuikuikui...) Memang rasa sangat-sangat down sebab setiap kali treatment doktor tu akan cakap perkara yang sama. Tak perlulah diulang sebut tapi mungkin la akan ku ingat sepanjang hayat. Frust sangat sebab dah banyak masa dan tenaga terbuang malah harapan-harapan semuanya semakin menggunung tapi tak jugak cure.

Sampai tahap tu, aku nekad taknak dah ambil steroid walau dalam apa keadaan sekalipun. Lagipun by that time tiba-tiba muncul keinginan nak menguruskan badan. Hmmm guess what? Memang la bila stop steroid intake, ramai jugak la yang cakap aku makin kurus. Apekah rahsianya? Haaaa... Tu lah! Tapi semua orang tak tau... Bila dan bertahun-tahun steroid tu yang juga sejenis darah masuk tiap-tiap hari dalam badan kita, memang ADDICTED!

Setiap hari aku terpakse bertahan. Shaking jangan cakap la. Pernah tak kena makan ubat athma yang akan buat kita shaking macam hampeh tu? Haaaa, keadaan aku kurang lebih sikit macam tu la tapi since makcik ni the best actress kan, memang tak habis-habis hiphop la. But thank God, lastly aku berjaya juga lalui keadaan yang tertekan tu.

Beberapa tahun selepas itu (yakni pada 2006 kot) satu hari aku sakit yang tak bisa ditahan-tahan. Sebab taknak susahkan mak n ayah, aku makan la sebijik ubat. Tak banyak sebijik je. Guess what? Lebih kurang 5 jam lepas tu, aku terjaga dari tidur, vomit n cirit-birit. Memang tersiksa gila tak tau nak cakap. Tengah-tengah malam buta plak tu. Nak jalan pun tak larat nasib baik toilet dalam bilik je. Siksa nak tunggu pagi.

Esok tu aku terfikir. Mungkin aku dah tak boleh go kot dengan ubat-ubat yang macam dulu aku amek tu. So one day, dengan rela hati dan penuh bersedia nak hadapi kemungkinan yang bakal berlaku, aku sekali lagi test power dengan ubat tu. Memang sah, lima jam lepas tu bagai nak mati aku mengalami simptom-simptom tersebut. Lepas tu terus tak berani ambil dah. Siap bagi confirmation dengan doktor lagi dah haha

Maka hari ini, jadilah aku seorang insan yang masih lebih rela menahan kesakitan daripada makan ubat dan bertemu doktor. Haha tegar kan begitu? Sekarang aku pun dah get use dangan kata-kata orang sekeliling "Kau ni asyik sakit je!" Kadang-kadang panas jugak telinga, terguris jugak hati, terkaku jugak langkah tapi bila fikir janji tuhan, aku redha. Manelah tau later part of life dapat laki doktor ke. Haha

Once my mom used to said "Sabarlah, belum masanya nak sihat..." Aku balas dengan senyum, tapi menangis di dalam hati! Siapa tak frust dengan keadaan yang macam ni bertahun-tahun. Tapi takpelah, tuhan takkan uji kalau Dia tahu aku tak mampu hadapi. Terima kasih tuhan kerana memilih aku untuk Kau uji!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers