March 2, 2008

pilihanraya oh pilihanraya...


Sekarang demam pilihanraya. Kiri kanan poster merata-rata. Naik semak lebuh-lebuh raya apetah lagi jalan-jalan kampung. Dah tertutup keindahan kehijauan alam sekitar dek kerana gayutan-gayutan poster, baner, banting segala tu. Sakit jugak mata memandang. Bersungguh betul. Maklumlah, namanya pun pilihanRAYA. Kalau dah ada raya-raya tu, besar la tu, mesti la meriah kan. Raya lah katakan....

Nak keluar simpang pun dah tak boleh bajet. Pandangan tertutup dek semua yang begayut-gayutan mengalahkan puntianak langsuir tu lah. Warna pulak pelbagai meminarkan bijik mata. Merah biru hijau kuning. Alahai... Raya oh raya!

Sekarang ni pun dah bersepah-sepah. Tengoklah nanti pasca pilihanraya, bukannye reti nak kemas susun semula. Maka terbiarlah poster, sepanduk, bendera dan tiang-tiangnya terpacak kat tempat tersebut selama-lamanya. Hilanglah kebersihan keindahan kawasan-kawasan yang dulunya indah sejuk mata memandang. Penat kecik-kecik dulu cikgu ajar buang sampah di tempat sepatutnya. Siap ada bagi denda kutip sampah keliling sekolah lagi kalau kelas kotor. Sepatutnya, didikan zaman kanak-kanak tu lah yang melakat dalam kepala, bawak sampai dewasa, Ini tidak, dah tua bapak, konon-konon nak memimpin tapi kebersihan tak tau kan jaga!

Kenapa keadaan ini berlaku?
Tengoklah, siapa yang sebok-sebok mengalahkan menteri siang malam berkonvoi motor, panjat sana lilit sini menggantung poster-poster parti kebanggaan masing-masing? Yang bersubang sebelah, yang rambut karat agaknya bahana tangki air lama tak bertukar di rumahnya, yang bertindik di hidung atau yang kepala besi tak berhelmet. Semuanya budak-budak kononya belia bangsa yang sebenarnya tak habis sekolah. Semuanya setakat tahu membaca menulis mengira tapi tak sebagus mana. Bersungguh-sungguh patriotik menyokong sana, mengiyakan sini padahal entahkan faham entahkan tidak ape yang para YB janjikan tu kita pun tak tahu.

Kenapa tinggal golongan tak habis sekolah ni aje yang buat kerja-kerja macam ni?
Sebab... insan-insan terpelajar sibuk get ready nak final exam di universiti-universiti seluruh negara 2-3 bulan lagi. Belum kira yang di overseas lagi. Ai, para mahasiswa-siswi kan tak boleh terlibat dengan politik. Sebab itulah terpaksa jugak panggil golongan tak reti membaca tu buat semua kerja. Kesian kan? Kalau setakat bbuat kerja laksana buruh paksarela tu aku tak kisah langsung. Ni naik hangin kepala, berpinar bijik mata, berbulu telinga kalau perangai berlagak taktentu pasal dah mengalahkan pak-pak menteri. Macam ni ke nak jadi pemimpin? Langsung tak berjiwa rakyat! (Belum tengok lagi di pusat mengundi aku minggu depan. Pasti terpacak la sorang cik kak kita yang SPM pun tahap memalukan mak bapak dengan 9G sebok-sebok berlagak orang penting -tak sabar pulak nak balik mengundi!)

Aku bukan lah anti-kerajaan dan penyokong pembangkang. Boleh dikatakan, dalam politik, aku ni macam free-thinker la kononnya. Cuma kalau dikatakan pemimpin, biarlah kita memilih yang betul-betul boleh memimpin. Bukan yang cakap je bergegar-gegar, hasil jangankan setempayan, setitik pun belum tentu kita dapat. Janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji palsu insan-insan yang terlalu bernafsu. Silap-silap nanti, janji entah ke mana, kita masih di takuk lama, dia sorang saja yang menjulang nama. Tak kira dari fahaman mana pun dia, kita sebagai pemegang hak, undilah orang yang layak, yang mampu menegakkan hak dan maruah rakyat seperti kita.

Fikir-fikirkanlah. Selamat mengundi terutama bagi muka-muka yang baru first time macam aku ni. Hahah.

4 precious comments:

Anonymous said...

sudah cukup umur mengundikah? hehe

Cik D momy the ZAs said...

hello cik kak...
i dah lame mendaftar tau hihi
x sabo nak mengundi nih!

Anonymous said...

hidup Tok Mon... haha... sian die... hang ngundi dah?

Cik D momy the ZAs said...

tok mon 2 sapekah?
mesti le dh ngundi tp kalah huhuhu
dh la mulai thn dpn aku nk pindah je dr kwsn terbabit =((

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers