June 25, 2008

ini cerita duka, ceritera jiwa yang luka

**kembali belajar menghargai hati dan diri sendiri :: aku terluka lagi**


... Ku andaikan semalam satu kenangan yang suram bila cinta kita putus di jalan.
Ku harapkan impian menjadi kenyataan namun aku kecewa ...


Gelora hati buat aku malas untuk menulis kebelakangan ini. Server pun asyik "mencari pasal", bikin aku lemah menunggu. Minggu lepas, hari aku berulang tahun. Gembira. Gembira sekali kerana dikurniakan usia setahun lagi. Tapi hati, belajarlah menjadi dewasa yang gagah. Belajarlah menerima ketentuan dan perpisahan (untuk kesekian kalinya!)
Hari lahir tahun ini, hati aku gagal lagi, cinta aku kecundang lagi. Aku jadi terlalu penat untuk berkenalan, bercinta dan kecewa. Penat untuk menjaga hati orang lain dan biarkan hati sendiri terluka. Kata orang tua-tua, cinta dan kecewa itu pengalaman berharga. Ya, hati aku yang jarang-jarang berlembut ini terlalu berharga untuk ditoreh luka sekali lagi! Syukur, kegagahan aku belum lebur dengan kegagalan ini.
Buat encik yang masih tersayang; "Please take care while I'm away. Don't forget meal. Get enuf rest even if works flooded you. Don't forget to call mak & abah. Drive carefully. I'm sorry for everything!"
Buat rakan-rakan yg berkongsi kekecewaan dalam bulan Jun yang indah ini bersama-sama aku, tabahlah dalam mengharungi kesepian hati ini. Sesungguhnya, tuhan masih dan sentiasa menyayangi kita. Mungkin Dia pinjamkan mereka pada kita untuk mengajar kita lebih menghargai hati dan diri sendiri. Dan sekarang, masanya mereka diambil kembali dari sisi kita dan kita perlu terus menghargai hati yang terluka ini.
Kita terlahir ke dunia atas dasar cinta ibu dan ayah kita. Maka jangan biarkan cinta kasih kita pada insan yang tidak memerlukan kehadiran kita di sisinya menghancurkan kewujudan kita di dunia. Berusahalah untuk sebuah kehidupan baru yang lebih bermakna!
~~~
p/s: Tahniah buat Amy a.k.a Akak Kumeg (yg dah kurus huhu) yang dah pun bertunang 31 Mei lalu (sampai hati ko x cerita kt aku ye!) dan pasangan Aadilah & Hasbullah yg bakal naik pelamin 5 Julai ini. May Allah bless us!

0 precious comments:

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers