October 30, 2008

[no title available]

Isnin lepas, dalam perjalanan balik ke Kuantan melalui jalan lama tiba-tiba saya bersuara "Ayah, xnak drive dah!" dan terus berhentikan kereta kat bahu jalan tanpa menukar gear. Ghost! Saya berhentikan kereta masa dlm gear 4 huhu. Saya shaking! Ayah tak terkata apa-apa terus tukar driver dan jalan... Tak lama lepas tu saya bersuara lagi, "Sorry ayah, kepala xde atas jalan sekarang," dan ayah saya cuma cakap dengan lemah lembutnya, "Lain kali berhenti tukar gear oke!"

Itulah antara penangan-penangan putus cinta saye! Wah, bertahun-tahun saya terhindar dari penyakit putus cinta, berat sungguh rasanya kali yang kedua ini. Manakan tidak, mamat yang sorang ni dah pun buat lawatan mengejut ke rumah saya hujung tahun lepas, berkenal-kenalan dengan mak ayah dan adik-adik saya. Tapi kenapa masa saya sedang drive?!

Ceritanya begini... Beberapa bulan kebelakangan ni, hubungan saya dan mamat ni memang sadis sedikit. Dipendekkan cerita (tak baik pulak memburuk-burukkan orang yang pernah membahagiakan hari-hari dan hati saya secara berlebih-lebihan), satu malam yang mana saya sedang demam teruk, saya teringin menghubungi dia. Dalam bungkusan selimut saya berkali-kali menghubungi telefon bimbit dia tapi tak berjawab. Panas jugak la rasanya. Dua-dua nombor tak berjawab. Akhirnya saya cuba buat kali terakhir. Nah, berangkat... Tapi suara seorang perempuan!

"Helo, siapa ye ni?" tanya saya spontan sebab terkejut!
"Emmm, helo! Nak cakap dengan siapa?" perempuan yang entah siapa-siapa tu bertanya.
"Owh saya nak ckp dgn ***" saya pura-pura tabah!
"Dia driving. Call him back!"
"Oke thanks!" Dan saat itu saya rasa demam saya kebah terus!

Saya terus hubungi kawan baik saya, Ima. "Ma, pompuan jwb call ***. He's driving! Aku sakit ni. Sape dat pompuan?!"
Ima: Relaks D, relaks!
Saye: Aku nak call atok, Ma. Bye!

Saya hubungi kawan saya zaman belajar-belajar dulu, Din. "Kat ane tu?"
D: nak g Shah Alam. Nape?
S: Xpe la, xde pape. saje je.
D: blom nak g lagi. Nape?
S: x pape. (dan bercerita-cerita tentang raya, rumah terbuka dan perihal kerja bla bla bla..)
D: okelah nak gerak ni! take care!
S: ya u 2 take cre! drive leklok!

Saya cuba hubungi kawan pejabat lama mamat ni merangkap kwn baik saya tapi tak dapat dihubungi. Dia ke Taman negara. Takde coverage lah tu!

Saya sms Din. "I'm not oke actually dats y i call." He replied "Tau dah!"

Saya hubungi pulak sepupu terbaik saya, Pooja. "You, I ade hal ni. But if I cry, please dont laugh oke!"
Pooja: Kanape?
Dan saya yang tidak berapa gagah malam itu bercerita dan menangis marathon selama 3 jam. Tak pernah saya buat!

Habis menangis, saya cuba hubungi mamat ni sekali lagi. Berkali-kali tak terjawab. Saya nekad akan cuba sampai dapat bercakap dengan dia, biarlah samapai ke subuh. Hampir setengah jam mencuba, dia jawab akhirnya.

Mamat: Helo
Saya: Hai, sory ganggu!
M: Tak pe! Sorry, abg baru sampai rumah.
S: Knape tak jawab msg?
M: Driving td. (Since when driving x bleh jwb tepon n reply msg? Since when jd pemandu berhemah sgt ni?!!)
S: Owh oke. So who's she?
M: Who is she?
S: Yes. Who IS SHE?!
M: Kan dah pernah tanya:
S: pernah? mungkin! but i never get d answer! So who is she, please?
M: pernah tanya dh kan?
S: ye! Tapi tak pernah dijawab!
M: kawan.
S: Yes I know, A KAWAN. But who IS SHE?!
M: kn abg dh ckp, kwn. Staff office abg..
S: Ya, I know kawan... I mean, i wanna know who is she TO YOU?!
M: budak opis abg...
S: ye saya tau tap xde lelaki yg akan bg perempuan lain, budak opis die je utk jwb tapon die kalau perempuan tu bukan sesiapa! Siapa dia tu abg?
M: Seorang kawan yang memahami... (Kurang ajar punya mamat!)
S: Owh oke, so saya tak memahami! How long have u been dating her?
M: 3 to 4 months!
S: WHAT?!!
M: 3 to 4 months! dah jawab kn... 3 to 4 months!
S: Kenapa tak cakap? knapa tak bgtau saye?
M: Sbb belum pasti.. (Sekali lagi kurang ajar!)
S: Belum pasti?
M: Belum pasti.
S: so abg buat saya ni security? Kalau 3 tahun tak pasti dgn dia, keep saya ni 3 tahun la?! Habis tu dah confess ni, pastilah?
M: belum! Tapi nak sangat kepastian kan? Nak dengar dari mulut abg kn?
S: thanks! Saya dah dapat jawapannya. Kenapa abg mcm ni?
M: (diam)
S: abg ckp abg busy. xde masa nak dating. xde masa nak jumpa perempuan lain. ni bukan dataing? bukan perempuan lain?
M: abang dah cakap dia kwn office abg kan?
S: oke. sebab dia dekat, saya jauh?
M: jarak tak pernah jadi alasan.
S: Habis tu?
M: Maksud abang, sejak hari tu abang dah rasa tawar hati dgn hubungan kita.
S: Tawar hati tapi bila saya tanya abang ckp abg sayang saya lagi!
M: (diam lagi)
S: Tak jawab call n sms sebab dia kan?
M: Bukan dia semata-mata. abg kerja.
S: tapi dia antara penyebab kan? sia dia tu, abg?
M: kan abg cakap. Kwn, Staff kat opis!
S: Thanks. Abg memang...
M: tak, abang tak menipu! abang tak pernah janji apa-apa kan?
S: Tak janji? TAK PERNAH JANJI? abg ckp just call o sms kalau pape. i'll owez b there 4 u. tpi abg x jawab call. x reply msg. berbulan-bulan!
M: (diam jugak)
S: Xpelah abg, perkara dah jadi. Tapi kenapa tak mengaku 4 bulan lepas?
M: Abg dah ckp abg tak pasti.
S: sampai bila nak pasti? sampai bila nak keep saya?
M: Abg rasa sekarang, jgn tunggu abang lagi.
S: Salah saya ke abg?
M: (diam lama....) I'm sorry! Sorry.... (dia nangis!!)
S: No, it's oke. tak perlu mintak maaf. It's ur rite to love sesiapa pun selain saya. (aku pon x nangis! bersalah la tu!)
M: (diam sbb nangis...)
S: Tapi abang tak bagi tau. abg keep saya. say bukan perempuan simpanan!
M: sorry....
S: Cuma satu je saya nak abg tau. saya lebih tabah untuk terima suma ni dari abg tapi bukan dgn dengar perempuan lain jwb call abg!
M: I'm sorry! I'm sorry!
S: takpelah abg, xyah mintak maaf. saya oke. abg tau saya kan. keras hati mcm abg selalu ckp. tabah la konon!
M: Sorry..
S: okelah, saye xpe. saye oke. abg take care ye. keje elok2. drive carefully. jgn lupa makan. enuf rest k (wah... mcm timemahsyuk berchenta dulu ayat aku! saje je nk wat syahdu!) i'm oke, i wont cry!
M: Cuk pun jaga diri! jgn lupa makan, mkn ubat, jgn...
S: sure! i'll take gud care of myself! (malas aku nk dgr nasihat-nasihat zaman berchenta beliau!)
M: abg mintak maaf.
S: Xpe abg. xpe. oke. assalamualaikum (dan trus letak tepon tanpa tgu salam berjawab mcm ms dulu-dulu)

Lepas tu saya rasa macam beban yang berat terlepas dari bahu. dia kejam kan? tapi dia dah bagi jawapan. so, saya lega! malam tu saya tidur nyenyak! hati saya masih teringatkan dia. terbayang-bayangkan dia dan perempuan tu. tapi saya oke. ya, saya rasa saya oke.

DIa, bukan sapa2 ketika saya mengenali dia. Tapi saya bangga sebab ketika bersama-sama saya, dia berjaya menjadi seseorang. saya cuma berharap dia akan sentiasa ingat (dan menginsafi) bahawa disebalik kejayaan dia hari ini, pernah berdiri seorang saya sebagai sokongan dan pendorong. Dan saya redha dengan segala pertolongan dan sokongan-sokongan saya dulu. saya tak terkejut dengan perubahan dia, sebab manusia memang sentiasa lupa bila sudah berada di atas!

Hmmm, sekarang saya nak menyambung kerja. nak jenguk anak-anak didik saya yang tengah final exam di bawah tu. saya harap mereka oke menjawab soalan-soalan saya sepertimana saya sentiasa oke menghadapi ujian tuhan yang getir ini.... amin!

P/S:
1. geng boukeger, ni la criter sebenar. sorry xlarat la nk citer verbally ngn korg!
2. judeng, ni la yg nk diceritakan hari tu!
3. sepat, i quit! hihi aku ni degil kan?!
4. kwn2 lain, lepas ni jgn tny banyak2 yer... sebarang pertanyaan sila hubungi encik atok sebagai peguam bela saye!

4 precious comments:

eL said...

saye kagum dengan kekuatan anda untuk bercakap seperti itu di talipon
kalo sy,sy sudah pengsan the moment i heard the woman's voice..
i really impressed!!
dun be sad
think of all the beauty still left around u and be happy =)


.hugs.

Cik D momy the ZAs said...

n i hope people'll see d beauty inside me hahaha
i'm oke.. i'm oke..
tq elun!!

Hudarling said...

wah.mcm telenovela pun ada.aku impress ngan ketabahan kau.bak kata elun,klo aku,aku dah tak tau nk wat apa.tp knp mesti simpan kan?lelaki kadang2 mmg terlalu kejam.haha.tapi takpe.aku pasti kau ok.kau mmg tabah.sentiasa.i salute u. :)

Cik D momy the ZAs said...

hahaha n im being sgt2 tabah sampai termuntah!
n dats me, selalunya...

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers