January 13, 2009

Stories dan moralnya sekali...

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman." 3:139


Assalamualaikum...
Lama jugak tak memblog. Rindu? Tak sangat... Hihi
Hari ini saya tiada kelas pagi so sambil-sambil menanda tutorial students ni, blogging la pulak!
Takdelah yang menarik sangat...
Malam semalam saya terfikir, Januari yang dah masuk hari ke-13 ini, satu aim pun belum saya buat untuk mengingatkan diri sendiri bahawasanya hidup ini memerlukan target huhu. 2009 ini, masuk fasa baru kehidupan saya, fasa ke-5. Maksudnya, saya perlu buat satu wishlist baru dengan beberapa wishes untuk tahun 2009 hingga 2013. Tiba-tiba saya tersedar, dah banyak rupa-rupanya wishlist saya yang tercapai, tepat pada waktunya, dalam fasa-fasa sepatutnya, Alhamdulillah... Soooo sekarang, apekah wishlist saya untuk 5 tahun berikutnya? Hahaha, ce teka apekah dia?

Alkisah, semalam lepas kerja saya keluar dengan sorang kawan. Dia ajak makan-makan. Dia cakap tempat tu oke. Saye on aje. Syok jugak lepak-lepak lepas gian. On the road dia pickup phone opismatenye dan caaaakap banyak-banyak. Tapi kitorang masih dalam jalan yang benar dan sikit pon tak ganggu lane orang. Dekat-dekat nak masuk satu simpang, kawan saya bagi signal masuk kiri. Tak masuk pon lagi! Tiba-tiba kitorang dengan bunyi horn yang saaangat panjang dan kemudian satu skuter ego yang dinaiki oleh dua orang makhluk berseluar pendek melintas kitorg sambil tunguk hand signal lucah. bangang apekah?! Saye yang sememangnye emo ni dah bengang-bengang dah. Yalah, tak pasal-pasal kena plak kan! Aku tak salah pun!! So saya dan kawan saya menyimpilkan di sini bahawasanya dua ekor mangkuk ayun tu sebenarnya nak potong kiri tapi tibe-tibe lak kitorang bagi signal. Pastu salahkan my fren yang on d fon masa driving. Cam bangang kan kan kan!! Gi mampus la nak on d fon pon, bukan makan jalan orang! Huhu saye sesungguhnya emo sampai pagi ni hahaha
Moral of story 1: JANGAN BUAT HAND SIGNAL KAT SAYE, BLEH PERANG NANTI!!

Lepastu kitorang teruskan perjalanan yang sekangkang kera itu sambil menyumpah seranah mamat skuter ego yang berseluar pendek nampak bulu kaki tu.. Sampai kat kedai yang tersebut, saya pon order mihun sup n air limau, macam biase la! Kawan saya makan ayam masak merah dengan nasi since dia tak sempat lunch tengah hari tu. Sambil makan kitorang.... gosip!!! Haha macam selalu-selalu jugak la kan... Sampai la 4-5 suapan terakhir, saya "terserempak" satu makhluk tuhan bulat-bulat gitu kat dalam mangkuk sup saye.
"JEMMMM!!!! Ko tengok ni!!! Huhuhu" saya sound geli geleman
"Yuck! Obviously itu seekor lalat!" kawan saya menjawab huhu
Saye stop makan, minum sikit dengan perasaan geli lagi berhati-hati dan kemudian panggil mangkuk ayun di kedai itu untuk menunjukkan hasil ternakan beliau.
mamat sengal itu tersengeh-sengeh bila tengok makhluk yang saya tunjukkan lepas tu bawak mangkuk tu ke belakang dan saya yang berbulu je tengok sengehan budak lelaki tu sempat jerit "I taknak yang baru oke!"
Lepastu tiba-tiba kawan saya bersuara "Sebab tu kot kedai ni macam tak ramai orang je..."
Moral of story 2: JANGAN MAKAN KAT KEDAI YANG SUNYI SEPI!

Buzzzzz!!!! Tiba-tiba di opis yang sunyi sepi ini....
Arghhhhhh!!!! Kenape pulak klon si encik mamat saye masuk ke opis saya pagi-pagi ni??!!! Wargh!! Kenapelah ditakdirkan saya punya anak murid yang sekali pandang macam encik, berkali-kali pandang pon macam encik? Saya akan bertemu budak itu sekurang-kurangnya dua jam seminggu (secara officialnya mengikut jadual) selama satu sem iaitu 14 minggu. Sekiranya menggunakan operasi darab maka saya akan terpandang wajahnya secara official sebanyak 28jam satu semester. Belum ditambah kalau dia datang jumpa saya untuk bertanya soalan n etc. Huhu kalau macam ni bila saya boleh lupakan encik?!!
Moral of story 3: CERITA INI TIDAK BERAPA BERMORAL!


3 precious comments:

Anonymous said...

kak
apsal ko sebulan baru update blog?


-kudozubaik

Cik D momy the ZAs said...

karena ku tiada masa utk membebel panjang di alam maya. ku lebih byk membebel di realiti skrg ni dik.

Anonymous said...

kekekekekxD



-kudozubaik

Powered By Blogger
Daisypath Friendship tickers